Kelly 3572

Saturday, November 20, 2010

Mama Admitted To Ampang Puteri Specialist Hospital

Assalamualaikum

Pagi tadi adik aku, Tort called. Katanye abg aku nak bawak Mama ke APSH untuk further treatment pasal case batuk yang tak sembuh2 tu. Kata Tort lagi, maybe Mama kena masuk ward kot. Hmm, bagus jugak kot Mama masuk wad, sekurang2nye boleh la Mama berehat sket dari buat keje2 rumah. Doktor dan nurse pun ada utk monitor makan ubat on time. Dan yang paling penting, persekitaran yang bersih.  
Wifey helping Mama with the nebulizer
Pastu bila dah tengahari sket, abg aku text aku Mama punye room number at APSH; 536, single bed room. Tort terpaksa balik Penang hari ni jugak sebab hari senin dah nak keje. Tapi Tort dah tolong kemaskan barang2 keperluan utk Mama gunakan sepanjang masa di wad nanti. 

Aku dgn wifey planned asalnye nak gi kenduri kawin technician wifey kat TI. Tapi wifey cakap tak yah la pegi sebab nak prepare masakkan sup ayam dan bihun utk Mama nanti. Aku pun jadi runner la kejap petang tadi utk cari bahan2 wifey nak masak tuh. Ayam organik kat kedai kohilal pun dah takde, Sold out. Terpaksa la guna ayam tak organik,

Dah siap bihun sup tuh, kitorang pun gerak la ke APSH lepas maghrib tadi. Sampai kat bilik 536 tu, mmg Mama tinggal sorang je la, Papa je yang baru sampai. Spacious jugak la bilik ni. Aku ingat nak amik cuti la hari Isnin or Rabu kalau Mama still dalam ward. Untuk malam pertama ni, Kitam dgn Zura tdo kat wad tu temankan Mama. Aku dgn wifey balik dalam pukul 2230hrs, wifey pulak kene keje keesokan harinye. Masa kat wad tadi, aku sempat jugak called roommate aku masa aku jadi warga Ampang Puteri dulu. Saja je la aku called kot2 dia pun admitted lagi kat APSH utk treatment cancer. Tapi dia outstation ke Pantai Timur la pulak. 

Semoga Mama cepat sembuh! Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...