Thursday, November 4, 2010

Kumpulan Medic & Galas Batu Sapi

Assalamualaikum

Aku dah tahan dgn muscle pain bila batuk ni. Lepas je settle keje utk 1100hrs payment, aku jalan ke Klinik Kumpulan Medic kat Tingkat 4, Menara Boustead.
Mulanya aku ingat nak ke Mediviron jer, tetapi memikirkan esok Deepavali, sure Dr Harjeet takde ataupun balik awal nak buat last minute preparation utk pagi esok. Kat Kumpulan Medic pun, ada Dr Farida sorang je. Nasib baik la tak lama sangat waktu menunggu utk masuk jumpa doktor tuh.
Aku cerita la bersungguh2 kat doktor tu pasal aku admitted kat APSH, pastu gi Europe, pastu balik batuk tak hilang2 gak lagi sampai la muscle kat bawah rusuk kiri aku sakit bila batuk. Dia cakap perut aku banyak angin. Dia tanya aku ada gastrik ke tak? Setahu aku takde. Dia tanya aku bekfes ke tak? Aku cakap la aku bekfes pagi ni.

Dia bagi aku ubat batuk liquid, ubat utk muscle pain, ubat gastrik pun dia kasi gak, antibiotic utk batuk dan jugak aku mintak Strepsil utk legakan tekak yg gatal bila batuk nak menyerang! Aku agak musykil sebab apa dia kasi ubat gastrik sedangkan aku takde gastrik pon! Anyone can answer me on this?

Pagi tadi sebelum gi keje, aku minum air Zamzam setengah gelas, baca doa utk hilangkan penyakit dan virus2 dalam badan aku ni. Hasilnye, sampai office, aku batuk sampai la terkeluar semua kahak2 yg degil tuh. Serius banyak! Alhamdulillah, mujarab betul air Zamzam ni kan!


~Galas Batu Sapi~

Nampak gayanye, BN telah menang 2-2 PRK kali ni. Ok la tu. Mungkin la pihak yang menang tuh akan gembira sakan sebab tak sangka boleh menang kat Galas kot. Tu yang TPM pegi Batu Sapi kot, dia tak confident boleh menang kat Semenanjung.

Lepas ni, kita tgk la coverage dalam berita2 utama pasal kemenangan kat Kelantan tuh. Kalau boleh nak cerita berjam2 pasal pengundi dah mula pilih dan percaya kat diorang kot. Seminggu pun tak habis lagi kot. Biasanya kalau BN menang macam tu la hebatnye sambutannye. Kalau kalah, ha ha... tak yah cerita la kat sini, sendiri mau ingat la.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...