Kelly 3572

Tuesday, November 2, 2010

Kaka Visiting Petcare Veterinary Clinic


Assalamualaikum

Sebagaimana yang aku dah planned, hari ni aku cuti. Dan hari cuti ni aku nak bawak Encik Kaka jumpa doktor kat Petcare, Taman Melawati. Aku sampai Gombak dalam pukul 1400hrs lebih la. Kasi Kaka & Lucy kua dari kondo diekor. Sikat-sikat sket bulu Kaka yang nampak comot tuh. Kena la ensem sket nak jumpa doktor kan.

Dekat kul 1500hrs camtu aku gerak ke Melawati. Parked Cik Kelly depan clinic, sumbat MYR0.50 untuk DBKL punya tabung, pastu masuk clinic dan register. Guna record yang Papa punya la. Aku tak tahu kad clinic ni kat mana. Nasib baik nama Papa ada dalam record clinic ni.
Shortly after that, Cik Doktor UPM panggil masuk bilik rawatan. Belum masuk bilik lagi dia dah cakap,"Eee besarnya kucing ni, apa nama dia?". Takkan la dia ni tak penah jumpa kucing yang lagi macho dan lebih bersih dari Kaka ni. Saje la tuh nak comfortkan Kaka kot. Aku reply balik,"Kaka namanya!"

Masuk treatment room, kuakan Kaka dan letak atas treatment table tuh. Kaka tak memberi kerjasama yang sewajarnya. Kena tarik dan paksa sket. Cik Doktor tarik, aku pegang carrier tuh. Bila berjaya dikuakan, Cik Doktor puji akan keunikan Kaka tuh serta saiznya yang besar anak anjing tuh. Aku nampak hidung Kaka kembang kempis kena puji dengan doktor tuh. Nasib baik aku bagi signal kat Kaka to act normal and not to make a fool of himself! Pastu doktor tanya aku what's wrong with Kaka? Aku citer la, Kaka tak lalu makan. Makanan dalam bowl tak bergerak, monyot je muka macam baru lepas mati bini. Bulu pun kusut masai walaupun dah disikat tiap-tiap hari. The doc angguk-angguk kepala tanda faham la apa yang aku cakap tuh.

Sekali dia belek bulu Kaka tuh, terkejut dia sebab nampak banyak gila Encik dan Cik Kutu kat badan Kaka. Ceh! buat malu gue je Kaka ni. Pastu dia check mulut Kaka, dia cakap mulut Kaka berbau. Maybe sebab ada masalah gusi ataupun ada masalah dengan buah pinggang atau organ-organ badan yang lain. Doctor tuh panggil dia punya assistant/staff Petcare untuk tolong pegangkan Kaka. Then doctor tuh cakap dia nak kena buat blood test kat Kaka to make sure ada parasite tak dalam darah Kaka ni. Before that, dia amik tempreture Kaka dengan menyumbat thermometer melalui lubang montot Kaka.
Seriau jugak aku tengok termometer masuk lubang montot Kaka tuh. Seriau nak tengok reaction Kaka tu la. Dengan kukunya yang panjang dan tajam tuh, tak pasal-pasal doctor dengan staff Petcare kena autograf Kaka. Tapi nasib baik takda pape berlaku. Mula-mula tu memang la nampak Kaka nervous gila, pastu dia rileks je. Doctor kata Kaka tak demam. Pastu diorang timbang berat Kaka pulak sambil cucuk cuping telinga Kaka untuk amik blood sample. Berat Kaka 6kgs! Tak tahu la maintain ke atau berkurangan berat dia ni. Sekali lagi doctor tuh kagum dengan berat Kaka. Ye la, dah rangka badan mamat tuh pun besar kan. Doc tanya Kaka ni keturunan apa. Aku pun tak tahu, yang pasti bukan geng persian la. Maine coon campur dengan kucing kampung Malaysia kot.

Dah berjaya amik sample darah, the doc gi skodeng sample tuh kat microscope and left Kaka with me to sembang-sembang petang sebelum tibanya saat brutal seterusnya. Dalam 10 minit lepas tu, doc masuk semula with the result. Confirmed ada parasite dalam darah Kaka. Doc kasi 4 bijik pil untuk Kaka telan. Ubat cacing, ubat utk tambahkan balik sel darah, antibiotik dan lagi satu aku tak ingat la. Time nak sumbat ubat ni la paling mencabar. Staff Petcare pegang badan, doc sumbatkan ubat, aku pulak pegang 2-2 kaki depan Kaka. Paling susah ubat cacing, sebab according to the doc, ubat tuh pahit. Aku tanya doc tuh, camne tahu ubat tu pahit? Pernah rasa ke? Dia cakap tu adalah berdasarkan reaction kucing tuh.

Bila dah settle sumbat ubat, doc spray pulak Frontline kat all over Kaka. Pergh..banyak gila dia sembur. Ye la, badan Kaka kan bagak nak besar. Berapa ml la ubat yang dia sembur tuh. Lepas dia sembur, selamba je doc tuh gosok-gosok nak ratakan ubat kutu tuh with her bare hands, tak pakai glove! Aku tanya doc, takpe ke tak pakai glove. Selama ni aku mmg tak kasi ubat tu kene tangan aku pun. Doc cakap takpe. Lepas ni basuh la. Ooo ok! TQ doc. Giler serabai doc tuh kerjakan Kaka. Mmg byk pun kutu yang berterabur atas table tuh. Terkejut cimpanzi semua kekutu tuh arini kena ambush dengan Frontline yang giler banyak. Kalau kekucing kat Kg Changkat tahu pasal Kaka banyak kutu ni memang jatuh merudum la saham Kaka kat Wall Street!

Dah lunyai Kaka dilanyak dek doc, aku ingatkan dah settle la kan. Rupa-rupanya doctor tuh offer nak potongkan kuku Kaka pulak. Alahai baiknya hati doctor. TQ again. Lupa nak tanya doctor tuh nama apa. Tahu dia grad or student faculty veterinary UPM je. Kali ni doctor tuh pegang kaki Kaka, aku pegang badan Kaka sambil gosok-gosok kepala dia supaya member tak nervous. Staff petcare tuh pulak potongkan kuku. Senang gila, memang Kaka tak melawan langsung kali ni. Kan best kalau semua kucing well-behaved macam ni masa potong kuku.

Dah settle semua, aku tunggu la kat luar untuk bayar ubat-ubat. Pastu aku beli sebotol Frontline 100ml untuk ganti Frontline kat rumah yang dah expired April 2010 aritu. Rugi betul tak habiskan. Banyak lagi isi kat dalamnya. Takpe, this time, memang akan habis or silap haribulan tak cukup. Harga Frontline 100ml spray kat Petcare ni ialah MYR35.00. Boleh dapat lebih murah kat petshop biasa ok. Maybe dalam MYR33 camtu la. Total bill including Frontline ni ialah MYR98. Puas hati aku!

Bill summary

Consultation MYR10.00

Treatment
-Tablets 2x MYR11.00

Others
-ETS MYR10.00

-Frontline Spray MYR20.00

Deworming MYR12.00

Frontline 100ml MYR35.00

TOTAL MYR98.00

On the way balik Gombak, Kaka duk depan. Senang sket aku nak borak-borak dengan dia kasi dia sejuk hati sket. Sib baik dia tak bising or nak melabur ke apa. Singgah beli nasi ayam untuk lunch aku sebelum balik rumah dan melantak sebelum meneruskan operasi seterusnya.

Lucy, Ronaldo, Bubut dan Messi dah pandang aku satu macam je. Frontline Spray akan mengerjakan korang pulak lepas ni. He he he! What a day!

3 comments:

Dwen Ihsan said...

rm98 tu claim je company

MiJa said...

siap ada kad klinik eh..nama skali..wah wah wah....

thisisfarhana said...

comel je post ni. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...