Kelly 3572

Saturday, November 13, 2010

Angkut Blackwood Dan MU Way Below Par Performance At Villa Park

Assalamualaikum

Petang tadi aku ke Desa Tasik untuk aktiviti setiap 2 bulan aku; angkut 24kgs Blackwood Adult Cat Food di rumah Kak Nurul. Delivery BW dah dari minggu lepas lagi sebenarnye tapi sebab stock yang sampai tak banyak, maka aku tak sempat amik la. Hari ni pun aku join orang2 yang nak amik stock pukul 6pm. Tapi aku tersampai agak awal sebab aku all the way dari IKEA lepas hantar wifey nak soping IKEA utk Suria Residence.     Tapi masa aku sampai kat depan pintu rumah Kak Nurul tuh, aku nampak dah ada sepasang suami isteri duk menunggu pukul 6pm sebelum masuk dalam rumah Kak Nurul tu. Aku terus je tekan bell kat pintu sebab sebelum tuh aku dah called Kak Nurul bitau aku dah sampai dan Kak Nurul cakap naik je la. 

Bila dah masuk dalam rumah tuh, biasalah, sembang-sembang dengan kucing exotic Kak Nurul, dan yang paling best, dapat tengok munchkin kitten. Anak munchkin yang terlepas dari rumah Kak Nurul 4-5 bulan lepas. Camne la si ibu tuh boleh deliver babies dalam kotak peti surat apartment tuh? Kak Nurul berjaya menangkap ibu dan anak2 munchkin ni dalam 2 bulan lepas. Tapi anak munchkin tuh memang cute je, ye la, badan panjang, kaki pendek. Kata Kak Nurul, kalau kitten tuh dah penuh perutnya, maka perut kitties tuh akan hampir mencecah lantai. Ha ha...comel je kan?

Memeow kat Gombak ni according to papa, dah macam kureng minat dengan BW. Hmm, tapi since aku dah pun order dan bayar for this 24kgs, aku angkut je la. Nanti boleh kasi Cattyjah kat Shah Alam sket. 

~Worst Performance From Manchester United~

Dah lama aku tak ngomel pasal MU kat sini. Sebabnya, prestasi MU season ni nampak kurang mantop la. Tengok la macam game malam tadi, seri lagi. Aku rasa Villa deserved to win the match. Only for the woodwork to deny them twice okay? Pastu aku tengok ref game ni, Mike Dean pun macam tak best je. Aku rasa Chicharito patut kena yellow card masa first half when kicked the ball away after the referee temporarily stopped the game.

Mamat muda player Villa yang score 2nd goal tuh memang power, muda lagi, 21 tahun, English jugak, tak silap aku dia dari Aston Villa football academy kot. Dia lari memang laju giler. Ada sekali tuh dia rembat power nak mampus, sib baik tak on target. Kalau tak, aku rasa memang Van der Sar tak leh save dah.

Aku dah hilang keyakinan dah bila nak masuk minit ke 80, United were 2 goals down. Tapi kemasukan Kiko dan Obertan berjaya membuahkan hasil. Goal Kiko memang cun. Rembatan power dari dalam kotak penalti ke bahagian atas sebelah kiri Brad Friedel; Villa stopper. 

4 minit kemudian, hantaran silang yang cantik dari Nani singgah cute mute je kat kepala Vidic yang buat diving header. Masa tuh Villa Park dah bising dengan laungan penyokong Red Devils pulak. Aston Villa supporter dah mula risau, kot-kot MU dapat snatched a cruel last minute victory like what they did last weekend against Wolve at Old Trafford. The final 10 minutes tu memang nampak the real Manchester United. Kalau la dari first minute kau main camni kan bagus. Sekarang, even 5 minutes additional time pun dah tak cukup untuk mencari 3 mata! Dropped lagi 2 mata berharga. Sib baik tak kalah. Dan nasib baik Man City pun draw 0-0 dengan Bham at Eastland. Spurs menang 4-2 kot dengan Rovers. Liverpool kalah lagi, kali ni 2-0 di tangan Stoke City kat Britannia Stadium. Aku nampak dah stadium ni aritu masa kat Stoke-on-Trent.

So, kite tengok je la apa jadi dengan Chelsea dan Arsenal nanti. Boleh ke diorang amik kesempatan ni untuk jarakkan diri dari MU dan jugak untuk Arsenal memintas MU balik untuk naik ke tangga ke 2 liga. Harap-harap diorang kalah la... keh keh keh!

1 comment:

Hanida Lavida Moss said...

thanks fer dropping by and ur advice :)
nanti i try tengok macam mana.
tapi tak sure pulak nak let go the cats or nak keep sebab sayang sgt, just that ade small problem je :'(

anyway, i dah lepas interview tu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...