Friday, October 15, 2010

Spain, Malaga-Granada, El Granado Hotel Check-In


Assalamualaikum

Pagi ni lepas siap mandi manda dan kemas-kemas barang, kitorang breakfast kat hotel's cafetaria. Complimentary breakfast la ni. Makan pun memang kena berwaspada dan sangat selective sebab nak mencari yang halalan toyyiban.
dah kenyang breakfast boleh posing dan jenjalan tepi pantai

KMJ 
Cafetaria hotel ni takde la besar sangat. Kat tepi swimming pool cafetaria diorang ni. Masa kitorang masuk, orang pun tak la ramai sangat. Kitorang makan roti, telur rebus, minum jus, coffee dan buah-buahan. Makan sekenyang yang boleh sebab lepas ni nak gerak pergi Malaga town center to catch a bus to Granada. Tak tahu lagi bila pulak boleh jumpa makanan yang tak perlu dibeli.

Dah settle breakfast, kitorang gi jenjalan tepi pantai. Nak merasa sendiri air dari laut Mediterranean ni. Lagipun semalam masa jenjalan tepi pantai tu takde la kitorang gi main-main air. Dah lewat malam kan.
bot nelayan kat Malaga ni macam kat Malaysia jugak kan?
Lepas settled main air, posing gedik URTV dan Mangga, kitorang cepat-cepat la balik hotel sebab nak kena check out at 1200hrs. Tapi sebelum sampai bilik tu, sempat lagi kitorang singgah kedai kat tepi hotel tu to grab a few souvenirs.

Shopkeeper tuh most probably Muslim sebab masa kitorang dalam kedai tuh, ada kedengaran ayat-ayat suci Al-Quran. Ramai jugak Muslim kat Malaga ni. Malam tadi pun jumpa Muslim dari Morocco yang berniaga kebab tepi pantai ni jugak. Alhamdulillah. Terasa bangga dan betapa Islam tuh memang sangat berpengaruh di muka bumi Allah ini. Syukur sekali lagi.
beli souvenir kat sini lepas jalan-jalan kat tepi pantai
Lepas beli souvenirs, balik hotel packing barang cepat-cepat. Tu pun kitorang mintak extend our stay by half an hour dan pihak hotel bagi greenlight sebab diorang tahu kitorang checked-in malam tadi pun dah agak lambat. Dekat pukul 1230hrs kitorang checked-out dari Los Jazmines dan berjalan kaki mendaki bukit untuk ke town. Nasib baik bawak beg kecik jer. Travel light remember!!!

Agak happening jugak town Malaga ni walaupun tak la besar mana. Kalau tak silap aku, KMJ cakap, HRC pun ada kat sini. Banyak kekedai jual souvenir kat atas town area yang kitorang sampai tuh. Kitorang berjalan kaki ke bus stop untuk dapatkan bas yang menuju ke stesyen bas utama di Malaga ni. Dari situ baru la kitorang boleh dapatkan bas untuk ke Granada.
tak susah nak cari makanan halal!!!


tokey kedai ni most probably Muslim dari Turkey
Jangkamasa perjalanan dari Malaga ke Granada (140km) ialah 2 jam 17 minit, lebih kurang la tu.  Tambang bas dari Malaga ke Granada untuk seorang ialah 9.83 Euro. Harga tuh memang dah termasuk service tax.

Kitorang bertolak dari stesen bas Malaga untuk ke Granada pada jam 1600hrs. Segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Bas pun ok la, takde la bas mewah, just nice. Bila naik bas ni, best la jugak sebab dapat jugak tengok keadaan geografi Sepanyol ni. Memang agak berbukit bukau. Cantik dan bersih je kalau nak dibandingkan dengan pemandangan biasa kat Malaysia.

Kat Granada nanti, kitorang akan bermalam di El Granado Hotel. Aku tak boleh nak imagine camne rupa hotel ni. Zero babe. No idea at all. Tunggu dan lihat tengok je la nanti bila sampai. Agak saspen la jugak merantau ke Spain ni sebab KMJ sendiri pun baru first time ke Spain dengan kitorang berdua ni.

Sampai di stesen bas Granada, kitorang naik pulak bas bandar untuk ke town dan jugak ke hentian bas terdekat dengan El Granado Hotel. Kat Spain ni tak ramai yang boleh berbahasa Inggeris. Jadi, agak mencabar la nak cari sesuatu tempat yang kita nak pergi. Map memang wajib dibawa supaya tak sesat. Kitorang amik map dari stesen bas Granada dan tanya tourist information counter direction ke El Granado dan which bus to take.

Agak susah jugak la nak cari hotel ni. Dengan nama jalan (Calle ; pronounce as 'kaye', it's for jalan in BM or street in English) yang agak panjang dan berbelit lidah nak sebut. Papepun nak tahu pasal hotel ni boleh la click sini.

Mamat dalam gambar kat atas ni ialah Frugile Virgil (ntah betul ke tak ejaan nama dia). Takde rupa Spanish langsung kan. Aku expect Spanish should looks like Carlos Puyol ke, 'Fernando Torres dan menang' ke, Fernando Alonso ke.
ni la bilik aku dengan wifey kat El Granado, simple and cozy
Lepas aku soal siasat dia, rupa-rupanya, parent dia orang Indonesia. Tapi dah menetap di Amsterdam. Indonesia kan pernah di jajah oleh Holland kan. So, apa kaitannya? Saje je nak cerita pasal mamat Chinese looked ni. Tapi he's very friendly and helpful. Ye la, kalau tak friendly, camne nak jadi receptionist hotel kan.
El Granado Cafe, a place to hang out, cook, watching movies, or get to know a new buddy
Bila dah settled letak barang dalam bilik, kitorang kua jenjalan cari kedai dan cari makan. Sebab hari dah lewat dan esokpun nak bangun pagi nak ke Alhambra, jadi kitorang tak la jalan jauh sangat. Jumpa kedai jual bahan-bahan yang yakin boleh dimasak dan dimakan, terus kitorang beli.
dinner untuk malam ni; spaggeti, pisang kaki yang sedap!!!
Hasilnya, macam dalam gambar kat atas ni, spagetti. Freshly cooked from El Granado, yang pastinya, bukan aku la yang prepare semua tuh. KMJ dan wifey la yang sediakan. Tapi memang best! Pisang kaki tuh pun memang fresh dan besar saiznya. Harganya aku dah lupa, kena tanya wifey ni.

2 comments:

MiJa said...

hahaha kat amsterdam melambak2 dutch bleh cakap bahasa indonesia...seronok dengar..hehe

Kelly Chantek said...

mamat Frugile neh langsung takleh cakap bahasa indonesia. hantar balik indonesia ni mmg kena belasah teruk ni... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...