Tuesday, October 12, 2010

England, Manchester, Old Trafford Stadium & Museum Tour


Assalamualaikum

amik kereta di BHX
Ni la agenda yang paling aku nanti-nantikan. He he, member-member geng MU ni sure jeles tengok gambar aku ni kan. Berjaya jugak aku menjejak kaki di stadium glamour ni. Cuma yang tak bestnya ialah tak leh pijak rumput tuh. Kalau tak, sure ada gambar aku sliding ala-ala goal celebration kat situ kan.
berehat kejap kat Stafford rest area...
Sebelum bertolak ke Manchester, kitorang pergi amik kereta yang disewa tuh kat Birmingham International Airport (BHX). Kereta paling murah la kitorang sewa, GBP96.36, termasuk insurance coverage untuk tempoh 38 jam. Dapat le kereta Chevrolet Aveo Automatic. Sepatutnya Fiat Punto kalau ikut reservation yang aku buat, tapi sebab masa tu Fiat Punto not available, diorang kasi la kereta yang setaraf dengan Punto tuh. Merasa la jugak driving kat UK kan. Gabra ooo first time driving kat negara orang. Nasib baik la diorang pun right hand drive. Dah la masa tu aku punya driving license je yang still valid. Wifey dan KMJ punya dah tamat tempoh! Hopefully takda masalah timbul later.
sebelum simpang ke Old Trafford...he he he
Dengan semangat yang berkobar-kobar dan jugak bekalan Garmin navigator sebagai panduan, aku pun drive dengan berdebar-debar la ke Old Trafford Stadium dari BHX tu. Pergh... perasaan masa tu memang tak boleh digambarkan. Tetiba je aku kena drive, kat negara orang pulak tuh, dengan kereta yang aku sendiri tak pernah drive. Kalau aku sorang-sorang mungkin aku lagi panic kot. Ni sebab ada wifey, KMJ, navigator dan Old Trafford sebagai reward di akhir perjalanan, maka segala perasaan tak confident dan gabra tuh berjaya dilupuskan serta merta!
dalam lif pun nak amik gambar?
International Honours Board - nama player United dengan negara asal mereka
Treble Winning Season 1999

getting ready at players tunnel to enter the pitch
lampu ultra-violet yang disuluh ke atas rumput padang utk tujuan pemeliharaan quality 
rumput di Old Trafford ni tak pernah ditukar sejak 7 tahun lepas!
jersey aku tak kelihatan kat sini ok!!!
players changing room, where Fergie blown his anger to his player

antara souvenirs yang berjaya dirembat di MUFC Megastore

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...