Sunday, October 10, 2010

Malaysia, KLIA Sepang(KUL) To UK, London Heathrow (LHR)

Assalamualaikum
Selamat tinggal Malaysia.
MH004 at gate C17
Jam 1005hrs, flight Boeing 747-400 MH004 akan bawak aku, wifey dan passengers lain merentasi benua Asia untuk ke London. Bagi aku dan wifey, ni adalah holiday plus honeymoon. Dan ni la jugak first time aku fly dengan MAS untuk ke international destination. Dan jugak first time aku ke benua Eropah. Tunggu je la aksi-aksi jakun yang bakal aku ceritakan kat sini untuk tempoh 12 hari lagi! Ha ha ha.

on the way nak masuk Boeing 747-400
Peserta Europe travel ni adalah aku dan wifey dari KL. Dan bila sampai kat London tuh nanti, kitorang akan disambut oleh Puan Kodsiah Mohd Juzad, cousin kepada wifey yang kebetulan sedang menghabiskan program master kat University of Coventry. Actually dah habis dah pun. Tu yang dia pun nak menghabiskan sisa-sisa masa kat sana sebelum convo November ni dengan jenjalan cari makan. Kena pulak kroni-kroni dari KL ni tengah nak ngabihkan duit kan. Terpaksa la KMJ jadi tourist guide kitorang. Thank you in advance from both of us KMJ! He he.
Penerbangan ni amik masa selama 12 jam 30 minit. Setengah hari la tu. Nasib baik jugak fly dengan MAS. Sekurang-kurangnya jumlah tambang pergi balik tuh dah include semua benda. Yang paling best pada aku ialah bab makan le. 2 main meals and a snack, with free flow of drinks for the whole flight. Tapi sayang betul sebab aku kan baru je discharged dari Ampang Puteri semalam, batuk pun tak hilang lagi. Diorang kasi aiskrim Magnum pulak masa snack tuh. Hmm, aku tengok je la wifey melayan aiskrim tuh. Takpe, tunggu je la masa on the way balik nanti, akan ku pulun aiskrim habis-habis.
Dari Malaysia sampai la UK, flight ni melalui waktu siang. Susah la nak tidur kalau aku biarkan tingkap terbukak je kan. Tapi aku suka tengok earth view masa flight tengah cruising tuh. Aku noticed gak Cik Pangkor (the aircraft) ni sempat cecah 40,000 kaki. Masa tuh memang dah nampak sempadan atmosfera bumi . Subhanallah! Cantik betul!
cantik kan?
Selain dari aktiviti makan-makan dalam flight, aku layan je la in-flight entertainment yang available. Dari music, movies, tv series, Al-Quran dan jugak belajar bahasa. Memang kalau diikutkan, tak cukup masa 12 jam lebih tuh nak ngabihkan semua entertainment tuh. Memang tak membosankan. Cuma tak la seselesa kalau kau duduk kat 1st class atau pun business class!

Kalau bontot dah rasa kebas, jenjalan la pergi toilet ke, mintak pape kat pantry ke. Layan je steward or stewardess borak. Nak tanya tips pasal destinasi yang korang pergi ke, boleh je. Nak mintak tips pasal luggage quota ke... he he.
makan kenyang-kenyang sebelum sampai London!
Masa flight ni merentasi selat Inggeris dari Netherlands ke Great Britain, aku perasan ada banyak kincir angin yang dipasang kat tengah-tengah selat Inggeris tuh. Kagum jugak ni. Mana pernah tengok kincir angin kat Malaysia kan, apatah lagi kat tengah-tengah laut. Bila la Malaysia nak cari sumber tenaga alternatif macam negara-negara Eropah ni kan? Ke tak nak buat sebab nak jaga kepentingan sesuatu syarikat? He he...
ikut arah ni untuk ke Terminal 4 train station untuk ke London
Selepas 12 jam 30 minit di udara, MH004 akhirnya selamat mendarat di Heathrow. Aku tak ingat exactly pukul berapa. Tapi kalau ikut perkiraan 12 jam 30 minit selepas waktu berlepas di KLIA, maka, most probably kitorang sampai London pada jam 2235hrs waktu Malaysia. Tak silap aku, waktu di London sekarang ni ialah -7 jam dari waktu Kuala Lumpur (1535hrs London time).

Yang bestnya, sebelum mendarat tuh, sempat la kapal terbang ni bawak kitorang pusing-pusing London. Mungkin tengah tunggu turn nak landing kot, maklumlah Heathrow kan salah satu airport yang paling sibuk di dunia. Aku sendiri perasan betapa banyaknya flight yang tengah que nak landing lepas kitorang selamat mendarat tuh.

Excited! Excited!
bekerja keras mengangkat beg2 yang berat dengan makanan!!!
Perasaan bila menjejakkan kaki di benua Eropah ni jangan cakap la. Kalau tak kerana control dan cover cute, mau je aku dan wifey guling-guling terlompat-lompat kat situ. Tapi sebab nak jaga nama baik Malaysia, maka adegan tersebut tidak berlaku.
dah sampai London atau Europe, map ni wajib ada tau!
Segala proses nak checked-out dari custom & immigration berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Kebetulan pulak que untuk non-EU punya passport holder tak sepanjang EU punya. Jadi prosesnye memang tak sampai pun 20 minit kalau tak silap aku. Sebelum ni dengar kawan-kawan cakap, nak check-out dari Heathrow ni macam boleh amik masa sampai 3 jam. Panik jugak bila dengar camtu. Mungkin keadaan tu cuma berlaku kalau ramai non-EU citizen datang melancong ke UK je kot. 

Baggage claim pun takde masalah sangat. Lepas tu, dengan muka selamba macam dah biasa datang UK, kitorang exit ke arrival hall Terminal 4 melalui green lane. Padahal, banyak je bawak makanan dari KL, rendang, maggi, serunding etc.

Dah sampai arrival hall, kitorang duduk la menunggu KMJ datang jemput kitorang. Masa kitorang baru sampai arrival hall tu, KMJ tengah dalam train on the way ke Heathrow T4 la. Bila KMJ sampai, kitorang pun  bergerak la ke station tube T4 untuk ke London for dinner dan jumpa house-mate dan jugak kawan-kawan KMJ yang menunggu kitorang di sana.

Sebelum naik tube ke London, kitorang singgah kedai kejap sebab nak top-up Oyster card untuk naik tube nanti.  
Aku tak ingat sangat dari Heathrow T4 tuh, berapa kali kitorang tukar train untuk ke Central London. Yang aku ingat, kitorang ada la bergambar kat stesyen tube Paddington. Masa tu kitorang dah berjumpa dengan kawan-kawan KMJ yang menunggu kitorang tuh. Ada satu couple suami-isteri yang baru je 2-3 minggu sampai UK untuk buat master, dan jugak housemate KMJ, Puan Arni. Jadi kitorang semua berenam la. Diorang tolong jugak bawakkan beg kitorang ni. Ish, malu den. And thank you so much guys for your help. Lepas ni kalau nak datang lagi, boleh la tolong angkatkan beg lagi ek? He he.

dinner; nasi goreng ikan masin dan teh tarik at Bonda Cafe
Bila dah jumpa kawan-kawan KMJ, kitorang semua nak cari something for dinner dulu! Dan, sebab perut dan selera pun still keMalaysiaan dan keMelayuan, maka diorang bawak la kitorang dinner kat Bonda Cafe. Hmm, aku ingat lagi yang Chef Wan (sebut Wan tuh dengan agak sengau yer...) dah penah dine kat Bonda Cafe ni dalam satu rancangan jalan-jalan dan masak-masak Chef Wan tuh. Baru je aku tengok rancangan tuh 3-4 minggu lepas kot.

Masuk Bonda Cafe, aku nampak staffnya memang orang Melayu. Ohh.. speechless kejap sebab excited dan tak sabar nak makan kat London! Aku order nasi goreng ikan masin dan teh tarik! Harga berapa pound pun aku dah tak ingat! Hek elle...kalau takat nak makan nasi goreng ikan masin, baik tak payah pergi UK! He he... tetiba rindu Malaysia. Cheh!

Bonda cafe ni tempatnya agak kecik la, underground lagi! Tapi bagi aku, ok je la. Feels like home. Excited lagi! Jakun tak aku? Ha ha...
cab dari Coventry train station ke Witnell Road yang kitorang naik malam tu
Lepas dinner dan meninggalkan Bonda Cafe, kitorang berenam bergegas balik ke Coventry dengan menaiki train dari London. Aku pun dah lupa train tuh aku naik dari stesyen mana. Perjalanan dengan train tuh agak lama jugak la. By the time kitorang sampai kat Stesyen Keretapi Coventry, keadaan memang dah lengang. Nasib baik ada cab lagi. 

Dari situ kitorang berpecah kepada 2 cab. Aku, wifey, KMJ dan Arni naik satu cab ke Witnell Road dan pasangan suami isteri tuh naik cab lain untuk balik ke rumah diorang. 

3 comments:

Ninie Hanis said...

Oh,kawan kelly chantek stay kat coventry ke..dekat dah ke stafford rumah i.hehe..tp sy pun belum pernah try bonda cafe.selalu mkn malaysian restaurants yg lain.

Kelly Chantek said...

kat coventry, ada schoolmate saya masa secondary school dulu. masa gi uk aritu, kebetulan cousin my wife yg study kat uni of coventry baru habis master.

lagi sorng member kat bham. tu lagi dekat dengan stafford kan? kalau dah kenal u before gi uk dulu, serius kitorang singgah stafford tuh..he he he

Kelly Chantek said...

nanti gi la bonda cafe tuh, naik underground turun kat Paddington kalau tak silap saya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...