Kelly 3572

Monday, October 11, 2010

England, Warwickshire, Warwick Castle - University of Coventry

Assalamualaikum

Agenda hari ni ialah jenjalan ke bandar Warwick. Bandar ni terkenal dengan Warwick Castle ni la. Antara istana paling terkenal kat UK. 

Sebelum sampai ke Warwick Castle ni, kitorang gi shopping beli something for breakfast dulu. Padahal sebelum keluar rumah tadi dah breakfast dah pun. Kalau tak silap aku, kitorang gi beli fruit juice dan donuts kat Tesco Express. Meleleh air liur aku teringat kat donut raspberry ni. Dah la murah pulak tu.
kitorang guna Lebara Mobile di UK
Sebelum naik bas ke Warwick Castle, kitorang beli ambil Lebara Mobile starter pack daripada agent Lebara kat stesyen bas Coventry. Alang-alang dapat free, kitorang ambil 2 starter pack tuh. Daripada roaming guna Maxis tuh, baik guna Lebara ni. Murah pun murah. Tak caya, tengok la rate Lebara kat bawah ni.
berbaloi giler guna Lebara ni untuk buat call ke Malaysia
Starter pack Lebara ni mudah didapati di kedai-kedai di sekitar UK ni. Nampak je sign Lebara ni, maknanya, adalah starter pack tuh. Kitorang top-up GBP5 je. Nak tengok berapa lama boleh tahan dengan 5 pound ni.
satu kelainan dari bandar2 di Malaysia dari segi cuaca dan tahap kebersihan


donut 1 pound untuk sekotak ni. Sedap woo!!!

kalau time winter ni maunya putih dengan snow je kan tempat ni
Kat atas ni memang gambar picnic kat tengah-tengah castle tuh. Rumput tuh sejuk je walaupun pada pukul 1420hrs. Kalau kat Malaysia nak pakai tebal-tebal camni pastu port guling-guling atas rumput sure orang cakap kita baru terlepas dari Hospital Bahagia kan. Lembu tengok pun boleh gelak sampai koma! Tapi kat Europe ni, cuaca memang best. Panas dan dingin.
picnic di Warwick Castle!
Masa lepak-lepak makan donut best ni la kitorang try guna Lebara ni, called Malaysia. Wifey borak dengan mak, adalah dekat 10 minit camtu. Lepas tu bila check balance, hmm, macam tak banyak sangat yang ditolak dari credit yang kitorang top up tuh. Lepas ni boleh la call Malaysia sesuka hati!
Kawasan istana ni tak la luas sangat. Tapi penat jugak la nak pusing semua tempat, dan turun naik tangga pusing yang sungguh curam. Kat istana ni jugak la terdapatnya catapult/trebuchet yang terbesar di dunia. Ni kata one of the three princess kat tengah-tengah castle tu la. Lupa pulak aku nak snap gambar diorang. Ada demo untuk catapult tu melancarkan bola api dari kawasan istana ke sasaran musuh. Sempat la aku tengok.
macam orang tak kenal mamat ni
gambar dari castle punye tower

yang tinggi tuh mungkin St Mary's Church kot

masa layan show or demo catapult tembak musuh zaman dulu2
Lepas layan catapult demo tuh, kitorang jalan-jalan nak habiskan pusingan istana tuh. Ada la jugak posing-posing getik kategori 18 tak berapa nak SX yang tak yah la nak tepek kat sini. Untuk simpanan peribody sahaja! Masuk kedai jual souvenir, beli la apa-apa yang sesuai untuk di jadikan buah tangan balik KL nanti. Fridge magnet kat gambar bawah ni aku suka sangat, walaupun harganya 3 pound. Sempat la rembat 3 bijik!
3 pound harga satu fridge magnet ni
nyesal tak beli banyak2 sebab benda ni sangat sesuai nak buat souvenir
Dah habiskan duit kat souvenir store tuh, kitorang pun balik la ke Coventry semula. Naik bas berebut-rebut pulak dengan student University of Warwick yang nak balik ke rumah masing-masing kot.
ni la uni kitorang...ha ha ha
2 orang student dewasa yang sesat dari Malaysia
Sampai kat Coventry pun dah nak senja. KMJ bawak kitorang pergi University of Coventry, tempat dia buat program Master tuh. Kitorang yang takde kena mengena ni, tumpang posing la sket sebagai tanda landmark Coventry yang kitorang dah tinggalkan jejak. KMJ ada urusan sket kat uni tuh, kitorang tunggu je kat bawah.

Lepas selesai urusan dia kat uni, KMJ bawak kitorang dinner kat satu middle east restaurant berdekatan dengan uni dia tuh. Nampak cam best jer tempat tu. Ni second time dine kat luar lepas Bonda Cafe semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...