Wednesday, October 13, 2010

England, Manchester, Manchester-Liverpool-Stoke On Trent-Birmingham

Assalamualaikum

Hari ni kitorang nak cover sebahagian England. Mintak maaf banyak-banyak ya, saya terpergi ke Liverpool pulak. Kah kah kah. Tapi tak gi Anfield ok? Kitorang pergi Albert Dock je. Wifey mengambil tempat behind the steering wheel kali ni. Den ponet la.

tak dapat study kat sini, dapat bergambar dekat landmark pun dah kire sangat ok kan

Sebelum bertolak ke Liverpool, kitorang gi jenjalan posing gedik URTV Mangga kat depan University of Manchester yang glamour itu.Hmm, glamour ke?

Perjalanan dari Manchester je Liverpool takde la lama sangat kalau ikut highway (M62) tu. Dekat sejam la jugak sebab wifey bawak slow and steady sambil nak tengok scenery yang takde kat Malaysia puas-puas. Ye la, lepas ni tak tahu la pulak bila boleh datang lagi.
wifey kat depan Liverpool Cathedral
Nak kejar masa sebab nak pulangkan kereta punya pasal, KMJ suggest kitorang terus pergi ke Albert Dock. Tapi sempat la jugak berhenti tepi jalan masa dah dekat nak sampai Albert Dock, amik gambar depan cathedral kejap. Lepas tu terus ke destinasi utama. Anfield tak masuk dalam senarai yer...
Ni masa baru sampai kat Albert Dock, Liverpool
Lepak-lepak breakfast di Costa, Albert Dock, Liverpool
Habis agenda di Liverpool, kitorang bergegas patah balik ke Birmingham untuk pulangkan kereta ni kat BHX dan spent the night kat rumah kawan aku di Birmingham sebelum bertolak ke Malaga, Spain petang keesokan harinya.

Dari Liverpool nak ke Birmingham ni pun lalu highway (M62 & M6) tanpa toll yang sungguh la best. Apa yang bestnya pun tak tahu, mungkin sebab takde toll la kan. Kitorang sempat singgah kat Mark & Spencer kejap kat MOTO Knutsford Services M6 (macam R&R la ni kalau kat Malaysia) untuk beli makanan sket, beli drinks kat Costa, pastu beli sedikit buah tangan untuk member aku kat Birmingham tu. Kat R&R pun ada Mark & Spencer ek? Kalau kat KL, yang aku tahu, kat KLCC je yang ada M&S ni kan?

Habis shopping kat M&S, kitorang sambung perjalanan ke destinasi seterusnya, Stoke-On-Trent. Ni orang-orang pompuan punya aktiviti la ni. Aku ikut je dan tershopping jugak. Tapi aku shopping souvenirs for family & friends la. Ada la beli 12 kotak English tea kat Whittard of Chelsea, Trentham Retail Village, Stoke-on-Trent.t
The Beatles outlet at Albert Dock
gambar kat dalam Merseyside Maritime Museum
ni la replika kapal HMS Titanic; kapal penumpang yang famous itu

sauh yang besar ni dah lindung ejaan Museum tuh...

Ni The Potteries Shopping Centre kat Stoke-On-Trent. Kitorang singgah sini sebab ada misi nak beli pinggan mangkuk. Tapi rupa-rupanya benda-benda alah tu takde kat sini. KMJ dan wifey masuk kedai peralatan sukan yang kebetulannya Stoke City EPL team store untuk bertanya kat mana lokasi untuk shopping pinggan mangkuk. Patut la banyak je aku nampak jersi Stoke City bergantungan dalam outlet tu. Nasib baik la staff kat store tuh very helpful to give the direction to the right place to shop for the girl stuff itu!
Aku beli berkotak2 teh ni kat Whittard of Chelsea, Trentham Gardens
Kitorang pun kua dari The Potteries tu untuk ke tempat shopping pinggan mangkuk tu kat Trentham Gardens. On the way ke The Potteries ni memang aku dah perasan banyak signboard ke The Brittania Stadium; Stoke City home ground for EPL matches.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...