Kelly 3572

Thursday, October 14, 2010

England, Birmingham, Leaving UK to Malaga, Spain

Assalamualaikum

Pagi ni kitorang bangun awal macam biasa la. Tuan rumah prepared breakfast untuk kitorang dan jugak untuk family dia. Lepas breakfast, kitorang reramai walked their kids to school nearby. Masa tu baru nak pukul 0845hrs. Memang sejuk giler la. On the way ke sekolah tuh, memang dah nampak dah daun-daun bertukar kaler; dari hijau ke kuning. So autumn!

Anak-anak kawan aku ni bertuah la sebab dapat pengalaman belajar dan bergaul dengan berbagai bangsa kat sini. Dari apa yang diceritakan oleh Saiful dan isterinya, sistem pendidikan untuk anak-anak di sini nampak lebih baik. Aku tengok Aqil dan Auni ni pun memang excited nak pergi sekolah. Banyak yang diorang belajar selain daripada dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lebih fasih dan lancar. Kita yang dah tua ni pulak naik segan nak layan diorang bercakap. Cukup dengan British slang lagi tuh.
Masa tengah breakfast ni, aku dah lupa either KMJ or wifey yang tanya Auni; "Auni tak nak balik Malaysia ke?"Dengan selamba dan confident nya Auni reply,"I don't want to go back to Malaysia!" Fuhh! Sure pening ayah dengan maknya nak memujuk nanti bila sampai masa nak kena balik kan! Betapa budak-budak kecik suka dengan persekitaran dan pembelajaran kat UK ni. Sampai takmo balik Malaysia dah. Elok jugak kalau kerajaan kita amik apa-apa contoh yang baik dari sistem persekolahan di sini untuk diguna pakai di Malaysia mengikut kesesuaiannya.

Lepas hantar Aqil and Auni ke sekolah tuh, tetiba pulak Saiful & isterinya tanya kitorang nak gi kilang Queen Anne ke tak? Hmm, alang-alang dah sampai Birmingham kan, why not? Kena pulak kawan aku ni memang tokey Queen Anne kan. Maka, kitorang berlima pun bergerak la ke kilang Queen Anne tuh untuk kerja-kerja shopping lagi. Banyak duit ek?

Kepada readers yang nak beli product Queen Anne ni, sila la berhubung dengan kawan aku ni di blognye ok! InsyaAllah anda semua akan berpuas hati. Aku, wifey dan KMJ pun dah tengok sendiri product QA tuh kat kilang, memang berbaloi la beli. Maybe la ada sket defect in product finishing tuh, tapi bagi aku, orait la tuh, daripada beli memahal kat Sogo, dah ada peluang beli kat kilang, baik angkut terus kan!
2 beradik yang dah ready untuk ke sekolah
ni la antara kanak-kanak riang yang takmo balik Malaysia... he he he

Penuh bonet kereta kawan aku dengan barang-barang QA yang di borong. Bukan kitorang je la beli. Saiful dan isterinya pun borong jugak. Sekali-sekala datang, terus borong banyak-banyak. Cuma bezanya kali ni diorang bawak guest! Dari kilang QA kat Bham ni, Saiful hantar kitorang balik ke rumah sewa KMJ di Witnell Road, Coventry. Jauh jugak journey dari Bham ke Coventry ni, ada la dekat 40 minutes kot.

Kitorang planned nak gerak dari Coventry ke Bham International Airport dalam pukul 1400hrs camtu la. Saiful and wife sementara tuh berehat kejap kat rumah KMJ ni sambil layan rendang Bangi yang kitorang bawakkan khas untuk KMJ aritu. Saiful sekali lagi offer nak hantar kitorang ke train station untuk ke BHX. Terima kasih sekali lagi bro! Lepas packing barang dengan kelam kabutnya, kitorang pun gerak la dari Witnell Road to train station kat Coventry tuh dalam pukul 1415hrs. Risau pulak kalau-kalau kitorang dah lambatkan perjalanan Saiful & wife to pick up their kids at school by 1500hrs. Sorry bro! Sekali lagi kitorang dah menyusahkan korang.
Sampai kat train station, salam-salam dan mintak maaf pape yang patut dengan Saiful dan wife, kitorang pun naik tren ke BHX to catch a Ryanair to Malaga, Spain. Nasib baik semuanya ok, dan according to Saiful, dia pun sempat sampai kat sekolah anak diorang on time. Alhamdulillah.

Journey dari BHX ke Aeropuerto de Malaga ni mengambil masa 2 jam 30 minit. Sebab bertolak pun dah dekat senja; aku tak ingat departure time kul berapa, jadi sampai Malaga pun memang dah malam dah pun. Malaga ni tepi laut Mediterranean. Hotel Los Jazmines yang kitorang nak stay tuh pun tepi laut gak. Untuk lebih spesific, hotel tu terletak di kawasan yang dikenali dengan nama Torremolinos.
Masa Ryanair nak landing tuh, diorang kena buat u turn kat tengah-tengah laut sebelum berpatah balik untuk landing kat airport tuh. Masa sebelum landing tuh, lampu dalam cabin memang semua dimatikan, tingkap semua kena naikkan. Jadi passenger semua boleh enjoy a beautiful scene of Malaga beach. Cantik je lampu-lampu kat sepanjang pantai Malaga. Happening jugak Malaga ni at night rupanya. Bila dah selamat mendarat, kitorang pun cari la cab dari airport untuk ke hotel.

Dah jumpa cab, mula la bab tawar menawar. First cab kitorang tanya, dia nak EUR20. Pastu kitoang tak naik. Pastu 2nd cab, pakcik ala-ala 50an camtu la kot, dia mintak EUR22 pulak. Malas nak tunggu lama, kitorang naik je la cab pakcik tuh. Dalam cab Audi tuh, dia membebel tak habis-habis kat kitorang, (in Spanish ok). Agaknya dia marah sebab kita memilih sangat cab, dah kena extra EUR2 dengan dia. Kalau naik cab yang first tuh, at least baru EUR20 je. Tak pe la, janji sampai hotel and what the heck, kira sedekah je la kat kau pakcik. Rezeki kau malam ni. He he he!

Bila dah sampai depan hotel baru la pakcik tuh nampak mesra alam sket. Dah bayar pakcik tuh, kitorang cepat-cepat gi check-in kat reception. Pastu dapat kunci, terus masuk bilik. Bilik kat tingkat bawah sekali kat hotel 5 tingkat tuh, kalau tak silap aku la.

Bila dah settle simpan barang, kitorang gi semula ke reception untuk tanya pasal bus stop untuk ke Granada esok. The receptionist yang helpful tu pun tunjuk la 2-3 map kat kitorang direction to Malaga bus station untuk ke Granada. Lepas tu, dia bawak pulak kitorang ke tempat complimentary breakfast yang hotel tu sediakan.

Last agenda malam tu, kitorang gi jenjalan tepi pantai tuh sambil cari makanan. Tak la ramai sangat orang kat tepi pantai tuh. Mungkin dah lewat malam kot. Pastu kitorang terjumpa satu kiosk kebab kat tepi jalan dan stopped untuk survey. And yes, the owner is Moroccan Muslim, and dia cakap dia jual kebab yang halal. Aku nampak dia pun macam gembira bila tengok kitorang singgah kedai dia dan borak-borak tanya pasal asal-usul semua. Dah 6 tahun dia berniaga kat Malaga ni, semua family dia pun ada kat Malaga ni la. Sebelum ni dia berniaga kat Italy. Dia cakap orang Islam dekat negara asal dia, Morocco, teruk. Tu yang dia merantau cari rezeki kat tempat lain tuh. Masa kitorang sampai kat gerai dia tuh pun, dia pasang kaset mengaji Quran kalau aku tak silap. Tu yang kitorang confident sket tu. Confident banyak la...

Dah beli kebab, kitorang cari port kat tepi pantai untuk layan kebab ayam yang agak besar saiznya itu. Alhamdulillah, kenyang kitorang malam tu dengan kebab dan juice buah apa ntah, dah lupa la. Pastu balik hotel tidur, simpan tenaga untuk activity esok pulak. Jauh lagi perjalanan ni. Good nite Malaga!

Ryan Air Ticket From Birmingham Int Airport to Aeropuerto de Malaga;


RM157.53 - Wifey (Dia booking awal sket, dapat cheaper price...)
RM196.92 - Aku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...