Kelly 3572

Saturday, October 9, 2010

Ampang Puteri ~ Day 4, Finale

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Petang ni aku telah selamat discharged dari Wad Padeatrik Ampang Puteri Specialist Hospital dengan cutenya. Pastu berjaya menghabiskan MYR3,031.00 duit premium insurance kat Great Eastern tuh.

Ni kira discharged on time je sebelum nak fly beribu-ribu lemon kilometer esok. Dr Philip ni buat aku panic je. Dia kasi aku bekalan ubat untuk dibawak sekali ke benua Eropah. Hopefully aku dah betul-betul sembuh menjelang malam ni. Hmm, boleh ke?

Tapi aku kesian kat wifey la, sebab dia terpaksa packing beg-beg yang nak bawak tu sorang-sorang. Nasib baik la semua barang penting dah dikumpulkan setempat dan beg pun dah dikeluarkan. Risau pulak aku kot-kot wifey pulak yang semput or demam sebab kurang rehat akibat kerja, ulang-alik gi Ampang Puteri dan jugak balik rumah packing barang. Sorry ye darling, den sakit wrong timing! Sekarang baru aku tahu, (padahal memang dah tahu pun) bila kita sakit dan admitted ke ward, kita akan menyusahkan orang lain. Jadi, moral of the story; jagalah kesihatan anda dengan baik dan amalkan cara hidup yang sihat. Macam iklan tv la pulok!

To Dr Philip Jeremiah, nurses and all staff of Ampang Puteri Specialist Hospital, thank you very much from the bottom of my heart for the treatment, hospitality and giving me new remarkable experience.

Europe & Old Trafford! Tunggu la kedatangan gua!!! Tak sabarnya nak fly!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...