Friday, October 8, 2010

Ampang Puteri ~ Day 3

Assalamualaikum

Hari ke 3 aku melepak kat APSH. Keadaan aku ok la sket. Demam pun kejap ok kejap KO! Petang tadi Sani, wife dan iparnye yang keje kat APSH datang visit aku kat wad. Diorang singgah kejap je sebab diorang puasa hari ni, nak kene rush balik rumah untuk berbuka puasa pulak. Terima kasih banyak-banyak kepada diorang sebab sudi jenguk aku kat sini.
Malam pulak 2 orang bujang dari opis aku jugak datang menjenguk aku. Siap bawak anggur lagi tuh. Saje je nak suruh aku lambat sembuh ek. Papepun, terima kasih banyak2 kepada Encik Yusseri dan Encik Khairul Akmam yang meluangkan masa datang APSH. Diorang pun sebenarnye ada plan nak pergi lepak-lepak minum kat mana ntah. Pandai pulak masing-masing tak bawak family tuh. Ha ha...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...