Saturday, October 16, 2010

Spain, Granada, Alhambra Tour


Assalamualaikum

Pagi ni kitorang gi ke kota Islam terkemuka di Spain ni, Alhambra. Ticket price EUR13.00. Bas nak ke sana dari El Granado hotel ni ialah nombor 32 dengan tambang EUR1.20.

Waktu tour Alhambra bermula jam 0830hrs sampai la pukul 1400hrs. Sesi petang pun ada jugak. Ticket counter will be open at 0800hrs. So, make sure you'll be very very early to arrive there or else, korang tengok je la Alhambra tuh dari luar! Which is impossible...
Kalau nak ke Alhambra ni, korang dinasihatkan untuk book ticket seawal yang boleh. Macam kitorang ni, main redah je, tapi redah-redah pun, tengok le pukul berapa gambar aku tengah que nak beli ticket tuh. Jam kat gambar atas tuh, tolak 6 jam. Jam gambar tuh aku maintained waktu Malaysia. He he, rindu Malaysia ye tak! Kalau boleh korang berkhemah la kat pintu masuk Alhambra tuh, sebabnya, beratur nak beli tiket tuh macam beratur nak beli goreng pisang or macam nak amik bubur lambuk free masa bulan pose tau.
Ok, back to Alhambra ni. Ada guest yang stay kat El Granado ni dah booking ticket seminggu lebih awal dari tarikh diorang nak pergi. Menurut Frugile Virgil (staff El Granado yang baik hati dan friendly itu), Alhambra hanya produced 200 tickets untuk masa-masa tertentu. Maknanya, Alhambra nih bukan la macam Zoo Negara yang kita boleh gi sesuka hati janji ada tiket. Ada masa-masa tertentu ok!
Lagi satu tips, kalau nak cepat, sila beli ticket dengan menggunakan credit card kerana 'que'nya tak sepanjang orang yang beli secara tunai. Counter untuk pembelian dengan credit card ni agak tersorok, tapi dekat la jugak dengan counter jualan tunai tu. Tips ni pun diberi oleh minah saleh yang duk El Granado yang beli ticket a week earlier tuh. So, kalau korang pergi lebih dari sorang, boleh la gilir-gilir, sorang que kat cash purchase ticket counter, lagi sorang gi usha-usha cari credit card ticket purchase counter yang agak tersorok sebab malu-malu kucing itu. Macam kitorang pagi tu, aku beratur kat cash counter, wifey dan KMJ gi survey dan cari counter credit card. According to wifey, only 10 persons including her, queuing at the credit card counter compared to hundreds on cash counter. Ingat, ramai orang tak tahu pasal ni tau!!!


dinding coklat yang dipenuhi dengan kalimah Allah





one of my favorite photos 
One more thing, it's very important for you to put on a suitable walking or hiking shoes. Jangan la pakai high heels ke bagai. It'll take a lot of walking, dan jugak climbing anak-anak tangga dan bukit-bukit ok. Takde maknanya nak pakai 2-3 inci punya kasut tuh. Bukannya nak pergi dinner or tengok fashion show!
ada rupa macam entrance hotel tak?
Pastu bila balik dari Alhambra, pengsan. Gile penat. Sempat la guling-guling dulu, solat dan lelap-lelapkan mata sebab petang nanti nak keluar ronda-ronda Granada lagi.
Petang sket kua jenjalan ke taman, dan jugak gi beli souvenir sket, dan last sekali gi buffet dinner kat restoren halal. Gambar akan diupload kemudian. Harga buffet tu EUR10.50. Tapi memang berbaloi la jugak.

2 comments:

nizam omar said...

Duit malaysia berapa ek?

Kelly Chantek said...

salam Nizam,

maksud Nizam, ticket nak masuk Alhambra? Kalau duit Malaysia, ikut kadar tukaran sekarang mungkin dalam (RM4.30 = 1 Euro) RM55.90.

Harap jawapan saya dah membantu. Kalau ada pape nak tanye sila la tanya. InsyaAllah saya cuba jawap.

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...