Sunday, October 31, 2010

Sambil Menyelam Sambil Minum Nescafe & Makan Biskut

Assalamualaikum

Sekarang aku tengah menunggu Cik Kelly diselenggara dekat Team Work Allgain, Shah Alam. Sesambil menunggu tuh, aku mintak la password WiFi kat sini. Bila dah dapat password tuh, baru la laju sket update blog ni kan. Maklum la quota Maxis Broadband dah mencecah 2.89Gb. Nak tinggalkan sket untuk malam ni. First time dapat fully utilize monthly quota! Kalau tak, nak cecah 2Gb pun bercinta! Maybe sebab bulan ni aku banyak surf youtube nak belajar Spanish and French before Europe tour tuh kot.
Security key kat sini pada hari ini ialah 'perodua2'! Thank you to Cik Nurul for providing the password.

Service detail; mileage 100,400kms.
Basic service.
Other services offered and recommended; engine mounting, balancing and alignment.

Friday, October 29, 2010

Follow Up @ Ampang Puteri Specialist Hospital

Assalamualaikum

Hari ni aku amik cuti lagi. Bukan amik, tapi replace cuti aku yang clashed dengan MC yang Dr Philip Jeremiah bagi untuk 11 dan 12 October aritu. Aku dah apply cuti awal-awal untuk gi makan angin tu dari 11 October jugak, sampai la 26 October. Kiranya aku ada 2 hari lagi cuti yang perlu aku utilize. Dan hari ni la salah satu daripadanya.

Appointment aku dengan DPJ tu kul 1500hrs. Tapi aku lambat sket la sampai. Ye la, hari Jumaat kan, kelam kabut la sket. Nak gi solat Jumaat dulu, dah tu baru boleh pergi ke APSH.

DPJ cakap condition aku dah ok. Cuma tak habis-habis komen aku ni kurus sangat. So, dia bekalkan aku dengan Dequadin untuk batuk dan 2 jenis vitamin untuk besarkan aku kot. Dah lama tak dapat vitamin dari clinic ni kan? Jangan insurance company tak cover pulak untuk semua ubat ni sudah la. Naya je nak kena bayar pulak.

Dia nak aku datang lagi dalam masa sebulan. Saje la tu, nak pau kat consultation la tu kot. Tapi lagi sebulan memang insurance dah tak cover dah. Tengok la dulu macamana kan.

Dah settle dengan DPJ, aku lunch kat cafetaria APSH sambil cuba-cuba nak connect dengan  WiFi  APSH. Tapi tak dapat. Tunggu je la wifey call untuk amik dia.

Monday, October 25, 2010

New T-shirt, A Gift From My Brother In Law

Assalamualaikum

Murah rezeki betul sejak 2menjak ni. Apai kasi t-shirt ni. Sangat sesuai untuk orang yang berjiwa motor ni. Walaupun aku bukan golongan mat-mat motor, tapi t-shirt Dainese ni, I like!!! Terasa macam mat-mat motor la pulak. Terus pakai sampai 2-3 hari baru la nak basuh!

Papepun, mucho gracias Apai! Semoga business terus maju! Business apa? Mat-mat motor dan superbike, take note yer, cari la kat FaceBook Custom Racing Suit. Ok?

Saturday, October 23, 2010

From London Heathrow To KLIA Sepang

Assalamualaikum

Pagi tadi, tepat jam 0647hrs waktu Malaysia (GMT+8), Boeing 747-400 MH003 selamat mendarat di KLIA dalam keadaan cuaca pagi yang agak mendung. Prior to landing approach tuh, aku tak senang duduk jugak sebab asyik ada turbulence sejak burung besi ni masuk ke ruang udara Laut Andaman. Ni la first time pengalaman aku flying kena melekat kat seat paling lama dengan seat belt sign menyala. Macam-macam doa aku baca. Tapi Alhamdulillah, dengan pengalaman Kapten Megat dan co-pilotnya, takde perkara yang tak diingini berlaku.
bestnye breakfast dengan MAS ni...
Bila dah selamat cari parking bay untuk Cik Pangkor (sticker yang melekat kat bawah pilot cockpit dari luar flight tuh) tu, ada pulak masalah nak kua dari flight ni. According to the announcement from Kapten Megat shortly after that, the KLIA ground crew macam tak prepare untuk this arrival. Takkan lah ground crew tak tahu arriving flight pukul berapa dan kat gate mana kan. Aku rasa ada dekat setengah jam kot passengers berdiri menunggu pintu kapal di bukak. Pakcik Melayu depan aku dah membebel-bebel dah. Ye la, sedikit sebanyak dah menjatuhkan imej KLIA dan imej Malaysia secara umumnya. Aku dan wifey duk dendiam kat seat sampai la cabin crew allowed passenger keluar dari kapal. Agaknya, untuk 'clear'kan cabin tu ASAP, cabin crew allowed economy class passenger like us to exit through first class and business class exit door. Fuhh, memang comfortable giler aku nampak seat untuk first class passenger tuh. Aku rasa la tu first class kot, business class sure kat tingkat atas yang semestinya lagi canggih manggih.
Nanti la aku akan update lagi bila dah bertenaga semula. 12 jam dalam flight memang la keras montot dibuatnya. Tu belum direct flight ke US lagi kan. Ni pun aku dah segar sket bila dah pengsan dari jam 0930hrs sampai la tersedar jam 1707hrs tadi. Burn Zuhur aku?

Dari pengamatan aku la, cabin crew masa ke London hari tu lagi friendly dari flight balik KL ni. Hmm, mungkin la diorang penat akibat tak cukup rest lepas sampai dari KL semalam kot. Pastu sampai London, terus berebut gi shopping kat Oxford Street dan factory outlet yang bersepah tu.

Bila la nak pergi London lagi ni ek? Perlu ke MAS beli A380? Macam membazir dan tak berbaloi jer. 747-400 ni pun dah best dah.

Friday, October 22, 2010

England, London, Heathrow Terminal 4, Bye-bye Europe!!!


Assalamualaikum

Diari Europe tour berakhir hari ni. Wifey still ada last minute shopping yang sempat dibuat di Heathrow duty free shop. Perfume Victoria Secret yang menjadi mangsa kali ni. 3 kotak berjaya dirembat wifey pada harga GBP5.95 sekotak yang berisi 30ml. Berbaloi tuh!
Victoria Secret, mmg sesuai dengan orang perempuan!
Flight dari Heathrow ni berlepas pada jam 1205hrs (1905hrs KL). Kitorang check-out dari Travelodge London Farringdon pukul 0815hrs dengan agak kelam-kabut sebab takut terlambat nak sampai Heathrow dengan beban 5 beg yang beratnya agak menakutkan. Tak leh agak berapa berat semua beg tuh sebab tak timbang dulu kat hotel tu. Tak tahu la diorang ada penimbang ke tak. MAS kasi 20kg seorang untuk check-in luggage. So, 2 orang dalam 40kgs la kan. Banyak dan berat tuh, tu pun belum campur lagi 7kgs of hand carry. Tapi terasa sungguh frust bila dapat tahu berat 3 luggage yang kitorang check-in tuh dalam 30kg lebih je! Ish! Perasaan frust dan tamak nak shopping lagi tuh dah membuak-buak dalam hati. Dah la notes pound sterling dan euro ada banyak lagi.

Dari hotel tuh, kitorang menapak ke King Cross Station untuk amik tube ke Terminal 4, Heathrow. Dah la beg berat, besar dan banyak, pastu kena pulak berebut dengan orang nak pergi kerja. Peak hours kan! Nak tukar-tukar train lagi. Perghh! Serius macam dalam rancangan Amazing Race! Tapi, Alhamdulillah, takda masalah besar timbul sepanjang perjalanan ke T4 tuh. Kalau problem blur dengan laluan train tuh memang standard la kan! Dekat pukul 1000hrs jugak la kitorang sampai T4, check-in luggage dan amik boarding pass. Lepas tu aku dan wifey pergi cari kaunter untuk claim VAT refund. Tempatnya agak tersorok. Kat 2nd floor seingat aku la. Bila sampai kat situ, dah nampak ramai orang beratur nak claim tax refund tuh. Ada la terjumpa Malaysians yang tengah beratur. Kitorang join la beratur.

Agak mengecewakan pasal VAT Refund ni. Penat la kitorang collected semua resit shopping kat UK, Spain & France untuk dituntut dekat kaunter VAT Refund kat Heathrow tuh. Dah sampai kat kaunter tuh, diorang cakap kita kena isi form untuk claim refund tuh. Takleh bawak resit je. Pastu form tuh available kat kedai-kedai yang kita beli barang-barang tuh. Hmm, mana la tahu kan! Orang kat kedai tuh takde pun kasi apa-apa form pun kat customer. Mana la tahu kita yang customer sendiri kena mintak dari merchant tu! Dah kitorang kerugian berbelas-belas pound kot sebab tak dapat claim balik VAT tuh. So, tips untuk korang semua yang terbaca posting ni dan planning to go to Europe, please ask for the VAT Refund form from the merchant, trader, shop-keeper what ever you called it lepas you all beli barang or souvenir kat memana kedai kat Europe tuh. Jangan lupa ok? 
simpan resit dan jangan lupa mintak VAT refund form dari merchant!!!

Masa flight nak take-off tu, terasa sangat-sangat terkilan, (sedih pun ada jugak) sebab cuti yang best ni dah berakhir. Memang tak cukup masa untuk cover London sepuas-puasnya. Nak merasa solat Jumaat kat London tapi tak tercapai lagi hajat tu. InsyaAllah, dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik, tahun-tahun yang mendatang, boleh pergi lagi.

Rasa gembira dan tak sabar nak balik Malaysia pun ada jugak. Dan tak sabar nak pergi kerja sebab nak bagi souvenir kat cronies! Walaupun sebenarnya, tak ramai yang tahu aku bercuti ke sini.

Thursday, October 21, 2010

England, London, The Last Minute Shopping

Trafalgar Square, London
Assalamualaikum

Hari ni hari terakhir kitorang kat UK, dan Europe secara amnya. Pagi ni cuma aku dan wifey jer. Baru nak familiarize dengan underground kat London ni yang makin hari makin mengkonfidenkan aku dan jugak wifey tentang route dan service zone yang nampak atas map sangat berserabut!
posing kat Westminster Bridge sambil usha London Eye
So, mana nak pergi hari ni? Shopping? Shopping? Dan shopping? Notes pound sterling banyak lagi ke? Apa susah? Cash takde, card credit kan ada. Belasah la sampai habis limit! He he he! Tempat utama untuk shopping dalam program hari ni ialah Oxford Street. Sebab kitorang belum familiar dengan tempat shopping yang lain.
Ni la ceklat yang aku rembat kat Mark & Spencer, GBP1.50 for 2!!! murahkan? Kat M&S KLCC hargenye MYR11!
set 5 botol miniature D&G neh hargenye GBP34.50! 
Davidoff  Cool Water; GBP19.90 kat kedai yang sama di Oxford Street
Sebenarnya KMJ will be joining us later. Semalam lepas balik dari Paris, dia balik ke Coventry untuk settlekan barang-barang dia dan ambil 2 bag kitorang yang ditinggalkan kat Coventry sebelum pergi ke Spain arituh. Takkan nak bawak semua bag ke sana ke mari kan? Travel light ok? KMJ hantar beg-beg kitorang ke Farringdon sebelum joined kitorang beli coklat dan barang-barang lain.

Cecoklat kat Mark & Spencer kat sana sangat murah. Rambang mata ooo. Tapi tak de la beli sesuka hati. Tengok-tengok gak label to make sure ianya ada simbol 'V' for vegetarian dan jugak takde unsur-unsur alkohol dan unsur meragukan yang lain. Lebih bernasib baik sebab ada sorang staff M&S Muslim kat store tu yang sangat helpful dan responsible towards his fellow Muslims. Bila wifey tanya pasal kehalalan coklat tuh, dia pergi check dalam system dan tanya supervisor bagai. Fuhh! Kagum aku dengan brader tuh! Semoga Allah merahmati dia selalu!

Lepas selesai beli coklat, kitorang naik tingkat atas pulak. Cari baju untuk kanak-kanak dan t-shirt untuk orang-orang di Malaysia. Dapat la baju-baju comel yang murah kalau nak compare M&S kat KL tuh.

KMJ jumpa kitorang kat McD. Lepas tu aku ikut je la diorang shopping. Masuk Zara, Primark, Body Shop etc. Aku takde la beli apa-apa pun. Aku lebih enjoy merasa udara sejuk dan tengok kebersihan sekitar Oxford Street tuh.

Penat keluar masuk shopping mall, KMJ bawak kitorang round  London naik tube. Tak naik pun London Bus yang double decker warna merah tuh. Nampak sangat macam nak kena datang lagi ke sini semata-mata nak naik London bus tuh. Banyak lagi tempat menarik yang tak sempat pergi. Factory outlet yang melambak tuh pun tak terpergi jugak.
ikan keli goreng sambal... rindu lauk Melayu la ni kan?
KMJ bawak kitorang pergi Malaysian Hall untuk lunch hari ni. Naik tube turun kat Queensway kalau tak silap aku la. Ada lagi satu stesyen dekat area tu iaitu Bayswater. Dari stesyen Queensway tu, menapak dalam 10 minit je untuk sampai ke Malaysian Hall tuh. Malaysian Hall ni letaknya di Queensborough Terrace. Dekat-dekat area ni memang banyak kelihatan premis yang macam di miliki oleh Malaysian. Salah satunya ialah Berjaya Eden Park. Lepas tu ada lagi satu restoren, Lagenda Malaysian & Chinese Restaurant dekat Leinster Gardens. Nak cari Malaysian food memang agak mudah la kat sini. Sediakan duit je. Even Bonda Cafe pun dalam 10-20 minit jalan kaki je dari Malaysian Hall ni.
Masuk je dalam Malaysian Hall tuh, terus nampak tulisan-tulisan di sign board yang berbahasa Malaysia. Manusia-manusia pun dah nampak familiar, kulit sawo matang, bertudung, dan jugak pertuturan dalam bahasa Melayu. Pengubat rindu kat Malaysia la ni.

Sampai kafetaria Malaysian Hall, terus nampak lauk-lauk nasi campur yang tersusun macam kat restoren-restoren di Malaysia ni la. Pilih jangan tak pilih!
House of Parliament

Big Ben & House of Parliament on the left

Tower Bridge at 8pm in London

Wednesday, October 20, 2010

France, Paris, A Day Trip With Eurostar!


Assalamualaikum
baru sampai Paris 
Hari ni kitorang menawan sebahagian kota Paris dalam setengah hari. Kul 0530hrs dah bangun dari tidur. Siap-siap, tak mandi de... gile apa nak mandi walaupun ada hot shower. Bilik yang ada heater tu pun still terasa sejuk.
ni la Notre Dame de Paris
Dalam pukul 0630hrs camtu kami bergerak ke King Cross St. Pancras station dari Travelodge Farringdon untuk check-in Eurostar train. Jalan kaki je dalam 15 minutes sebab dekat je hotel dengan King Cross St. Pancras ni. On the way ke train station tuh, aku nampak ada satu bas double decker London yang warna merah tu berhenti kat tepi jalan. Lampu dalam bas tu terpasang, tapi takda sorang pun passenger masa tu. Bila aku lalu betul-betul kat sebelah bas tuh, baru la aku nampak driver bas tuh tengah solat subuh kat tingkat bawah bas tu! Alhamdulillah! Sejuk hati aku nampak orang Islam kat Kota London yang menunaikan kewajipan kepada Allah ditengah-tengah kota yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam.
Depan Notre Dame; masa amik gambar ni burung-burung merpati kat belakang tuh tetiba je terbang sebab terkejut apa ntah! 
Our train to Paris scheduled to depart at 0655hrs. Kalau ikut tiket, kitorang dapat coach number 5. Tapi sebab coach number 5 tuh ada masalah dengan heater, maka train manager hari tuh advice semua commuters on that coach to change to coach 4 which is warmer and comfortable sket. Lain la kalau badan boleh tahan sejuk untuk tempoh 2 jam lebih tuh.
Autumn in Paris, France
Tiket pergi balik untuk seorang ialah GBP69. Train yang kami naik tuh dijangka sampai kat Paris Gare du Nord station dalam pukul 1037hrs (GMT2), waktu Paris la ni, beza 1 jam dengan London. Seat train tuh memang la comfortable. Speed, memang la laju. Aku tak pasti berapa km/h dia bergerak, tapi dari sumber yang aku dapat, Eurostar train travel up to 300km/h. Laju kan? Masuk bawah English Channel tuh pun aku rasa tak la lama mana, maybe dalam 1/2 jam je kot. Lain semuanya overground track.
Masa baru sampai kat Paris tuh, aku terjumpa dengan sepasang suami isteri dari KL yang tengah melancong macam kitorang ni. Masa tu aku tengah tunggu wifey dan KMJ queing for Metro tickets. Sekali ternampak la this guy, Shahrulfazli Mat Wahab, tengah menunggu isterinya ke restroom. Bila dah eye to eye contacted tuh, aku senyum je la pastu dah takde buat pape, aku approached dia dan begin the conversation.

Dia pun baru je sampai dengan menaiki Eurostar jugak. Lepas borak-borak sikit, aku dapat tahu yang dia dan isterinya tinggal di Villa Wangsamas. La, dekat je la dengan rumah aku. Dia kasi aku namecard dia so that lepas balik Malaysia nanti boleh keep in touch again. InsyaAllah.

Masa kat Paris ni, kitorang ada jugak terserempak dengan satu group pelancong dari Malaysia. This Chinese guy from Sunway ni la yang tegur kitorang dulu. Dia siap cakap terasa sungguh lega bila dapat converse in Malay selepas beberapa lama asyik cakap English and cantonese jer.

Kat sini aku ada beli la sket souvenir, lighter. Cantik gak lighter ni. Boleh la kasik kat perokok-perokok tegar kat opis nanti. Kat sini jugak agak susah nak cari free public toilet. Masa kat Gare du Nord tuh kena bayar €0.70 untuk masuk toilet. Pastu leceh la pulak nak kena ada coins yang boleh la ditukar kat counter toilet tuh.
Penat jugak la kalau nak berjalan dan turun naik Metro nak cover the whole Paris ni, memang tak ter'cover' la  jawabnya. Sebab bandar ni memang besar. Nak bergerak dari satu landmark to the other tu memang agak memenatkan. Keluar masuk kedai-kedai dan butik-butik jual baju-baju dan perfume lagi. Tapi, bila lagi nak merasa merayau kat tempat glamour macam ni kan? So, kena la kuatkan kaki dan semangat! Kalau tak lenkali takleh ikut jenjalan macam ni lagi la...ha ha ha!
yummy yummy!!!
Bila tenaga dah berkurangan, lampu ultraman kat dada dah kasi warning neenong neenong, maka, kitorang pun cari la kedai untuk soru! Masa kejadian kelaparan tu berlaku, kitorang berada dekat area Ave Champs Elysees. Redah je satu mall tuh pastu jumpa la satu restoren tuh, ada la tulisan jawi sket kat papan tanda dia. Oo, mungkin ada serve halal food kot? KMJ dan wifey investigate orang yang jaga cashier restoren tuh. Orang tu cakap memang diorang ada sediakan halal food untuk Muslim. Lega hati kitorang dengar. 
Elysees Chtoura, boleh google kat internet kalau nak tengok more photo or info pasal tempat ni
Nama restoren tuh, Elysees Chtoura. Restoren ni ada jual kebab as well. Tapi hari ni, kitorang tak makan kebab la. Aku order nasi lauk kambing bakar. Tak reti nak sebut menu tuh in French! Wifey dan KMJ makan nasi apa ntah, aku dah lupa, plus roti cecah sambal apa pun aku tak ingat. Tapi memang laju je la kitorang makan sebab dah lapar sangat-sangat! Kenyang jugak akhirnya, Alhamdulillah!
Arc de Triomphe, Paris, France
Kalau korang berada kat Ave Champs-Elysees tuh lepas jenjalan amik gambar kat Arc de Triomphe dan terasa lapar, sila la cari Elysees Chtoura, 66 avenue des Champs-Elysées Galerie Point Show, 75008 Paris. Kalau naik Metro, boleh stop kat station George V atau pun station Franklin Roosevelt.


Lepas makan kitorang cari toilet lagi, kali ni kene bayar €0.50 sekali masuk. Yang uniknya, toiletnya ada satu je, sorang je masuk at one time. Lelaki ke, pompuan ke, kena que masuk toilet yang sama. Nasib baik la masa aku nak masuk tuh tak de orang sangat. Kalau tak dah jadi masalah pulak nak tahan buang air tuh.


Lepas menunaikan hajat, kitorang menapak la pulak ke kedai-kedai sepanjang jalan Champs-Elysees tuh sampai la ke hujung jalannya yang membentuk satu round about besar di mana terdapatnya satu lagi landmark Paris yang glamour dan fofuler iaitu Arc de Triomphe. Kalau naik Metro, boleh stop kat station Charles de Gaulle.Nak tau lebih lanjut pasal monumen ni, cari la kat google yer. Tak larat la den nak bercerita banyak-banyak kat sini. 


Dah puas posing kat sini, baru la kitorang pergi ke main attraction dan landmark paling popular di Paris dan France ni, tak lain dan tak bukan, juara bertahan untuk 121 tahun berturut-turut, (Eiffel Tower siap dibina dalam tahun 1889 kalau tak silap aku!) Eiffel Tower!


Untuk ke Eiffel Tower dengan menaiki Metro, korang boleh la turun di stesyen Bir-Hakeim. Pastu dari Bir-Hakeim tuh, menapak la sikit, amboi, nak terus sampai depan mata je ek. Menapak la dalam 3-5 minit bergantung kepada panjang langkah dan kelajuan kaki anda.


Kat sini la jugak aku duk jamak-qasar solat zuhur dan asar aku. Tengah-tengah orang ramai, solat sambil duduk atas bangku. Polis-polis pun ramai gak, risau takut diorang halau je bila tengok ada orang solat kat tengah-tengah alam neh! Tapi aku tawakal je la. KMJ pun solat jugak. 


Di sekitar kawasan Eiffel Tower ni memang ramai warga Afrika yang menjual cenderemata Eiffel Tower ni secara haram. Bila polis datang je, bertempiaran la diorang semua lari dengan barang-barang jualan diorang. Tapi kejap je la, bila polis dah takda, diorang muncul balik. 


Kitorang lepak kat sini sampai la pukul 8 malam kot, amik gambar dalam keadaan yang sangat sejuk sampai aku terpaksa tutup telinga dan kepala. Tak sempat nak naik ke atas Eiffel Tower tuh sebab nak kena kejar masa nak naik Eurostar balik London pulak. So, maybe next visit la ye aku naik sampai ke puncak menara ni ok? InsyaAllah!


Sampai kat Paris Gare du Nord, checked-in Eurostar, pastu masuk dalam tren dan hilangkan penat satu hari suntuk merayau kat Paris! Fuuhhh..bestnya. Memang tak puas la, sekejap sangat singgah Paris ni. Dapat bonus nanti boleh la pergi ke France lagi.
Eiffel the famous tower
Dalam banyak-banyak tempat yang kitorang pergi ni, aku rasa Paris ni la paling sejuk. Walaupun nampak cahaya matahari terang benderang, tapi dia punya angin, mak ai! Sejuk ooo, sapa tak tahan sejuk macam aku ni, memang la kena pakai 3 lapis la baju dan 3 lapis jugak la seluar. Paling sejuk masa kat Eiffel Tower. Kena pulak dah masuk malam, lagi la terasa sejuknya. Memang kena tutup telinga la. Aku tengok KMJ dan wifey steady je. Ye la sebab diorang kan pakai tudung. Takde la terasa sangat sejuk macam nak beku telinga tuh! Ni baru autumn, kalau winter esok tak tahu la kan camne.
halal burger dekat dengan King Cross St Pancras Station, 4 pound!!! Puas hati oo!
Sampai London, kitorang menapak balik hotel. Dan sebelum tuh, sempat la grab something for dinner kat kedai kebab kat tepi jalan. Ada halal sign kat kedai ni. Alhamdulillah. Masa kitorang stop beli dinner tuh, diorang pasang tv EPL match MU lawan sapa ntah, aku dah lupa. Yang aku ingat, MU menang game tu. He he he.

Aku order burger dalam gambar kat atas ni la. Pergh... penat jugak aku nak ngabihkan burger ni. Dengan patty burger yang besar dan padat tuh. Memang sangat mengenyangkan la. Berbaloi aku bayar 4 pound!

Malam tu aku tidur kepenatan dan kekenyangan!!!

Tuesday, October 19, 2010

Spain, Madrid, Madrid-Gatwick Airport, UK

Assalamualaikum
Macamana ntah aku tersinggah kat sini!!!

Lepas 2 hari di Madrid dan lebih kurang 5 hari di Spain, hari ni kitorang bertolak balik ke London dari Madrid dengan Ryanair jugak. Kalau aritu masa nak gi Malaga, kitorang departed from Birmingham International, kali ni kitorang menuju ke airport lain pulak di London, iaitu Gatwick.

On the way nak ke Aeropuerto de Madrid-Barajas tuh, kitorang melencong dulu kat sekitar kota Madrid dengan naik Metro. Alang-alang dah sampai sini kan, singgah je la kejap kat Estadio Santiago Bernabeu. Mana la tau kot-kot mamat playboy CR7 tuh tengah buat publisiti murahan kat area stadium tuh. Tapi sayangnya tak terlihat kelibat budak tuh. Nak gi stadium ni sangat senang kalau naik Metro sebab stesyennya bebetul kat depan stadium tuh. Keluar je dari Metro station tu, terus nampak stadium tuh. Maybe ini lah sebabnya CR7 nak sangat pindah ke Real Madrid, senang nak gi stadium kalau ada game, tak yah susah-susah bawak kereta, naik Metro je. Ha ha...

Kebetulan pulak arini ada game Champions League between the host against AC Milan. Patut la aku nampak banyak gerai-gerai jual jersey, mafla dan berbagai merchandise kedua-dua team yang nak lawan tuh. Supporter AC Milan pun dah belambak kat station Metro tadi. Meriah betul nampak area ni masa match day. Kitorang sempat la masuk Real Madrid official megastore dan keliling satu stadium tuh, tak masuk dalam pun. Dekat-dekat kul 3 petang camtu kitorang gerak la ke station Metro untuk meneruskan perjalanan ke airport Madrid. Ryanair dah tak sabar nak bawak kitorang balik ke London. Adios Madrid! Adios Spain!
Bila dah selamat mendarat di Gatwick, kitorang cari train untuk ke hotel Travelodge Farringdon. Yang bestnya, wifey booking hotel ni untuk 2 orang je, tapi sekarang kitorang bertiga. Gamble je ni nak bawak KMJ masuk sekali ni. He he. Bila sampai je kat check-in counter, aku dan wifey je berurusan dengan staff Travelodge tuh, KMJ pi nyorok kat luar sementara nak dicilok masuk.

Bila dah dapat kunci, aku dan wifey gi hantar barang kat bilik 419 tuh. Masuk je bilik, tengok ada satu queen bed dan satu single bed. Hmm, ok la ni untuk 3 orang kan? Pastu wifey suh aku stay dalam bilik dan dia turun semula ke bawah untuk cilok KMJ naik ke bilik. Aku pun perasaan jugak yang staff hotel ni noticed KMJ existence. Tapi Alhamdulillah diorang tak plak sound kitorang.
Bilik hotel ni kira orait la dari segi kemudahan asasnya. Hot & cold shower, electric kettle, complimentary tea and coffee, heater etc. Tapi yang aku perasan la kan, setiap Travelodge Hotel ni mesti provide Bible dalam drawer kat tepi katil diorang. Ceh!!! Bahaya betul ni. Masa kat hotel Travelodge Manchester pun ada gak.

Ticket Ryan Air dari Madrid Barajas ke Gatwick Airport, London;

RM142.50 - untuk aku dan wifey. Murah la kan untuk 2 orang...

Monday, October 18, 2010

Spain, Madrid, Makan Angin & Hard Rock Cafe Madrid

Assalamualaikum

Hari ni kitorang nak ronda-ronda kota Madrid. Sebenarnya takda specific place to go. Mungkin Hard Rock Cafe Madrid salah satu daripada destinasi hari ni. Lain dari tu rasanya, shopping dan window shopping la kot.
this fellow Malaysian tengah tunjukkan arah ke tempat-tempat best yang dia nak pergi...
Lepas siap-siap mandi dan ready nak gerak, kitorang terjumpa dengan satu group pelancong dari Malaysia yang kebetulan tinggal di hotel ni jugak. Apa lagi, seronok la borak sambil bertukar info pasal Madrid ni. The chinese guy tu tunjukkan jalan ke tempat-tempat yang menarik, butik-butik dan factory outlet yang patut golongan perempuan lawati. Dia pun dah buat survey pasal Madrid ni jugak. 
ni pun salah satu cara nak cari makan dan jugak tourist attraction
Mode of transport dalam Kota Madrid ni macam biasa la, Metro. Metro dekat Madrid ni nampak lebih cantik dari tube kat London. Mungkin sebab tube kat London tuh dah lama usianya. Kalau nak jalan-jalan bandar besar macam Madrid dan London ni, memang penggunaan keretapi bawah tanah ni sangat berguna dan menjimatkan masa dan duit. Tambang pun murah, dan tak perlu menempuh kesesakan jalanraya. Cuma tak boleh la nak tengok keseluruhan bandar tu dengan lebih jelas. 
Plaza Mayor, Madrid, Espana'
Kalau nak tengok bandar-bandar macam ni jugak, kena la duduk lebih lama, ataupun amik pakej tour dengan tourist bus. Baru la berbaloi. Kalau kesuntukan masa, memang Metro dan tube jadi pilihan yang terbaik.
cari makan kat Plaza Mayor
berapa Euro sehari agaknya mamat ni dapat
pigeons of Madrid
Kalau rajin jalan kaki pun ok jugak. Macam Hard Rock Cafe Madrid ni, sebenarnya, dekat je dengan hotel yang kitorang duduk ni. Tapi malas nak jalan kaki, naik Metro je la... he he.

Hard Rock Cafe ni terletak di Paseo De La Castellana. Aku rasa ni nama jalan utama la ni. Kalau ikutkan dalam map, kat jalan ni jugak la letaknya stadium kelab bolasepak tersohor di Madrid ni, Estadio Santiago Bernabeu. Maybe dalam 2km ke utara HRC ni, sampai la ke stadium tuh.
Puerta de Alcala di waktu senja
Takpe, pasal stadium Real Madrid tu, esok je la kita pergi, kalau sempat dan ada masa la. Hari ni pun dah cukup penat jalan-jalan dan posing untuk majalah mempelam...he he.

Selamat malam Madrid!

Sunday, October 17, 2010

Spain, Granada, Granada-Madrid, Live From El Granado Apartment

Assalamualaikum

Ni la first time update blog lepas check out dari APSH aritu. Masa kat Coventry aritu dah berjaya log in, konon nak update, tapi sebab terlampau mengantuk, terus pengsan. Lagipun wifey suruh tidur awal sebab next day tuh nak jenjalan ke Manchester. Excited gila oo!!!
tiket bas dari Granda ke Madrid
Waktu Malaysia ialah -6 hours. Lepas ni nak check out dari El Granado dan pergi ke Madrid dengan menaiki bas. Banyak nak kena update bila balik KL nanti. Semalam pepagi buta dah kua dari hotel sebab nak amazing race ke Alhambra. Penat tapi sangat berbaloi.

Perjalanan dengan bas untuk ke kota Madrid dari Granada ni mengambil masa lebih kurang 5 jam. Aku rasa jalan yang bas ni lalu pun toll-free. Jalan pun cantik je. Scenery sepanjang jalan pun best, banyak kincir angin kat atas bukit dan jugak ladang-ladang zaitun. Patut la senang sangat nak jumpa olive oil kat Spain ni.

Tambang bas dari Granada ke Madrid ni ialah 16.40 Euro including tax untuk seorang. Kitorang bertolak dari Granada pukul 1400hrs waktu Spain, lebih kurang pukul 2000hrs kat Malaysia la. Sampai Madrid memang dah agak gelap jugak la.
Bas yang kitorang naik ni agak spoil sebab air condition tak berfungsi sangat. Dah la kitorang bertiga dapat seat belakang sekali. Nak kena tahan pulak 5 jam dalam bas. Nasib baik la jugak halfway tu bas ni stop kat R&R.   Tak sabar pulak rasanya nak tengok kota Madrid ni. Sedih pulak tinggalkan Granada. Harap-harap hotel kat Madrid nanti setaraf ataupun better dari El Granado tuh.
Papepun, aku suka sangat dengan El Granado tuh!!! Korang kalau pergi ke Granada, try la stay kat situ.

Kat Madrid, kitorang stay kat Hostal Abami II. Hotel ni memang kat tengah Madrid jugak la. Tapi yang tak bestnya, bangunan hotel ni tak dilengkapi dengan lif. Tangga pulak tangga kayu ala-ala bangunan lama. Dah la hotel ni letaknya kat tingkat 3 kalau tak silap aku. Sesuai untuk golongan muda je. Sebab kalau orang yang dah berumur dan kurang upaya, camne nak daki tangga yang agak curam tuh?
lepas check-in terus terjah bilik!!!

pintu masuk bilik dari katil aku

ada 3 katil dalam bilik ni

ada plasma tv sebijik, tu yang excited tuh..

toilet yang standard dan selesa
Dari segi bilik dan perkakasnya kira ok la. Siap ada plasma tv 42 inci lagi. Itu dah cukup bagus dah untuk hotel ni.

Yang tak berapa bestnya ialah, takde cerek untuk masak air (masak air untuk makan maggi la ni...). Setiap kali nak air panas yang baru dimasak, kitorang terpaksa panggil room service, mintak diorang masakkan air. Dan diorang buat la seperti yang kitorang request tu. Tapi nampak berkerut jugak la dahi room service ni tiap kali kitorang mintak air panas tu.

Selesai letak-letak barang kat bilik, kitorang turun balik untuk jalan-jalan amik angin malam di Madrid. Sesambil usha kedai-kedai Asian yang jual makanan yang boleh dimakan. Tapi sebab dah malam, kitorang tak jalan jauh pun dari hotel ni. Dapat apa yang dicari, terus balik hotel, mandi manda, solat, layan TV plasma tu dan krooooh kroooh. Pengsan... esok agenda nak meronda Madrid!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...