Tuesday, September 14, 2010

Ubat Kurap Untuk Cik Missy a.k.a Encik Messi

Assalamualaikum

Balik kerja tadi, terus aku ke Fama's untuk kasi diekor makan. Pastu cepat-cepat gerak ke Medan Idaman untuk cari kedai pet. Asyik tertunda je planned nak beli ubat kurap. Kesian pulak Missy tuh. Lepas ni aku nak transform Missy dari seekor kucing kurap kepada seekor kucing ayu yang mampu menggoda hero-hero  Kampung Changkat okey?

harga cream ni ialah MYR 17.00; for you all punya reference la...

Selain daripada beli ubat ni, aku jugak dah masukkan Puan Cheeky ke dalam studio apartment dia. Staying alone neighboring Mr Kaka the playboy and Puan Lucy the petite shy-shy cat type of cat. And low profile as well. Aku nak prevent Cheeky tuh dari terjeremus ke lembah hina dan terlibat dalam kancah gejala sosial yang teruk i.e penyalahgunaan dadah, minum arak dan seks bebas. Ayat harian metro betul ni!
ni la Missy yang berkurap... sian dia...

Next project, nak sumbat Puan Didie pulak dalam apartment tuh. Aku kena separate Kaka la kot. Biar the desperate housewives stay together in one unit. Ronaldo, Bubut and Missy; NR (non-resident) sebab CGPA diorang tak melayakkan diorang untuk dapat privilege duk dalam apartment tuh. Tingat kat ITM Segamat dulu... kah kah kah...
ni si Ronaldo, pesaing Bubut...

Aku lupa nak update kan pasal Mimi dah kena cat-napped. Seriously frustrated. Selalu sangat ikut Bubut jenjalan area kampung. Pastu dah tak balik. Bubut dengan Missy je balik. Ke Bubut dengan Missy berpakat untuk menjual Mimi kepada bapak ayam? Wallahualam. Ke Mimi pun dah kene tahan, pukul, bunuh dan bakar jugak? She's too young to die or suffer that way. May Allah protect her or place her in the custody of the other cat lovers; not cat eaters InsyaAllah.

Still mengharap Mimi kembali...

2 comments:

SpeechlessVanilla said...

salam..nak tanye..krim ni berkesan ke?

Mijoe said...

@SpeechlessVanilla

salam, terima kasih sebab sudi baca.

Krim tuh nampak agak berkesan la. Tapi memang kena maintain sapu sampai betul2 kurap tuh hilang. InsyaAllah berkesan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...