Kelly 3572

Tuesday, September 7, 2010

Raya Hari Khamis?

Assalamualaikum

Ramadhan dah hampir ke penghujungnye. Syawal fast approaching. Tiket2 bas, keretapi, kapalterbang pun banyak dah yang sold out kot. Tinggal la orang2 macam aku ni yang tak balik kampung time raya. Maybe balik kampung masa bukan raya. Ni kes takmo bersesak2 atas jalan la ni.

Ikutkan kalendar, Aidilfitri sepatutnye di sambut pada hari Jumaat, 10 September ni. Acara 'skodeng' anak bulan pulak pada hari Rabu, 8 September. Jadi, kat sini, ada kemungkinan Aidilfitri mungkin disambut lebih awal, yakni.. (pergh, dah lama aku tak guna word ni) pada hari Khamis, 9 September.

Aku suka jugak pada kebarangkalian raya on Thursday ni sebabnye dapat cuti extra. Tu je sebabnya. Bukan sebab aku tak sabar2 nak tinggalkan bulan Remdan (gaya Arwah Saloma sebut). Tapi, jika ianye menjadi kenyataan, cuba bayangkan apa kesannye pada orang2 yang dah tempah tiket2 perjalanan on the Thursday eve tuh? Boleh tukar tiket ke? Kesian jugak kan? Hiway tuh tok sah cakap la. Mmg wajibul jem. Nasib baik la kalau naik aeroplane tak de jem macam kat atas jalanraya. Kalau tak sure berderet aeroplane kat atas awan bersesak2 ala bumper to bumper on the road.
kenderaan utk aku balik kampung...ok tak?

Papepun, mari la sama2 kita doakan semoga mereka yang nak balik kampung tuh selamat pergi dan selamat kembali. Kalau boleh, takde langsung eksiden. Dan jangan le main mercun dan munge api tuh. Membazir duit jer beli, lain la kalau dapat free kan. He he. Yang penting, ianya mengundang risiko utk hilang jari, hilang nyawa dan sememangnye hilang duit.

Tapi, kalau anak bulan yang di skodeng itu menampakkan dirinye di senja Rabu ni camne ek?

3 comments:

Mohd Sham said...

salam singgah..saya follow sebagai kawan...awak ikut sama skali ye...thank

Dwen Ihsan said...

harap raya jatuh 30 remdan yakni hari jemaat or else masak aku kena stay kt office sampai tengah malam

Kelly Chantek said...

Sham;

thanks for visiting. Den dah follow you dah..

Salam Aidilfitri!


Dwen Ihsan a.k.a Dol Said;

baru la syahdu jah bermalam raya di office. Once in a lifetime tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...