Friday, September 24, 2010

Nasi Beriyani Baeeeek Punye For Lunch

Assalamualaikum

Untuk hari ni, kitorang; aku, Sani dan Kakmam lunch kat area berhampiran Taman Maluri. To be exact, Jalan Pria off Jalan Perkasa, opposite Masjid Al-aman Shafie. Actually, last week aku ngan Sani dah lunch kat situ. First time lunch situ last week sebab dah takde tempat lain nak pergi. Sapa nak niaga kan lepas2 raya last week.

view gerai tuh dari entrance Masjid
Ni aku punye pinggan, acar timun, acar buah yg best, daging dan kuah kambing. Last Friday dah belasah kambing, malam tadi pun dah belasah beriyani kambing Ruzz Aladin, takkan arini nak belasah kambing lagi kan. Muak aku tgk kambing dan lagi muak kambing tgk aku!!! Tapi dapat kuah kambing ok jugak, sebab mmg best! Korang rajin try la gi sana.

Yang kurang best sket kat sini, ialah, kalau bawak kereta, memang susah nak parking la sebab gerai ni betul-betul kat tepi main road. Maybe boleh parking kat dalam area masjid kot, tapi, jangan parking kereta  untuk gi makan je. Lepas makan tu, kalau dah masuk Zuhur, pepandai la solat kat masjid sekali.
Lagi satu, harganya agak mahal lagi bagi golongan berpendapatan rendah macam aku ni. Sani dan Kakmam pun setuju dengan aku. Tapi Encik Dwen kata it's cheap. Well, bergantung pada pendapatan bulanan poket masing-masing la kan. Macam last week, aku makan beriyani kambing dengan teh 'o' = MYR10. Sani makan benda yang sama, minum air yang sama dengan aku jugak; MYR13. Muka masing-masing control ayu je bayar. Nasib baik masakannya sedap, tu yang tak la frust sangat kan. Hari ni aku amik daging dengan minum teh 'o' limau panas; MYR9. Kakmam dengan beriyani ayam dan teh 'o' ais; MYR9.50, Sani beriyani ayam & air nyior (kelapa); MYR10!

Kakmam first visit; beriyani ayam + kuah kambing!
view Masjid Al-Aman Shafie from the Beriyani stall
simpang masuk ke Jalan Pria dan Pasar Kampung Pandan

Dan ni la jugak kali ke 2, aku dengan Sani solat Jumaat kat masjid ni selepas kali pertamanya pada Jumaat minggu lepas. Suka jugak aku dengan masjid ni. Ada library, ada macam mini garden dan ada 2 projector yang diorang pasang masa khatib membaca khutbah. Segala isi-isi penting khutbah tuh diorang akan display kat projector tuh dan jugak segala doa yang dibacapun semua dipaparkan jugak. Jadi, bagus la untuk jemaah dapat ikut sama membaca dengan betul doa-doa yang dibaca khatib. Keadaan dalam masjid ni pun agak best sebab kedudukan masjid ni yang agak tinggi, angin dari luar pun boleh masuk dengan nyamannya kalau dibuka semua sliding door masjid tuh.
Ni la gugelmep nak ke gerai nasi beriyani tuh. Aku tak sempat nak tanda la gerai tu punya spot. Nak ke Pandan dari Jalan Perkasa tuh, korang belok kiri kat Jalan Pria tuh. Gerai tuh memang kat corner tuh. Weekdays aku tak pasti berniaga ke tak. Ok? Kalau dah jumpa dan korang suka, jangan lupa belanja la aku pulak makan beriyani kambing kat situ ok? Ha ha...

3 comments:

Dwen Ihsan said...

nampak lazat, terliur nak terus buak tengok..baper ringgit ni?

Dwen Ihsan said...

terus *buka*..typo lak

Kelly Chantek said...

jap aku lum habis update brojah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...