Kelly 3572

Wednesday, September 15, 2010

Fahrenheit KL & Traffic Light Jalan Raja Chulan

Assalamualaikum

Hari ni aku noticed premise kat bawah ni dah pun mula beroperasi. Aku tak masuk pun dalam Fahrenheit ni sebab aku tengah rushing nak survey barang kat Sg Wang. Jangan pening-pening fikir kat mana shopping mall ni. Asal usulnya KL Plaza. Tapi sejak Pavillion dah mula beroperasi, KL Plaza semakin kurang pengunjung. Jadi aku rasa, untuk bersaing dengan Pavillion, KL Plaza perlu menukar imej yang lebih segar dan moden untuk memenuhi citarasa pengunjung masa kini. Lagi ayat skema...

Ok, sekarang pasal lampu isyarat di Jalan Raja Chulan susur ke Jalan Bukit Bintang. Kalau korang familiar area ni maybe korang tahu la kot. Kalau tak tahu, tak pe, buat-buat tahu ok. DBKL sila amik perhatian. Aku nak rekemen DBKL buat lampu isyarat yang lebih tinggi ataupun yang tergantung merintangi jalan. Sebabnya, traffic light yang sedia ada sekarang ni ialah yang macam tiang lampu biasa tu je. Most of the time, motorist memang speeding gile kat situ. Dan memang ramai yang maybe tak perasan kewujudan lampu isyarat ni. Risikonya, pedestrian macam aku ni la yang bakal tanggung.
Dan akhirnya, semalam, 14 September 2010, seorang lelaki telah dilanggar oleh sebuah lori di kawasan berdekatan. Aku tak tengok incident tu. Tea lady office aku yang bercerita pasal ni. Menurutnya lagi, lelaki malang tuh berkemungkinan besar mengalami patah tangan atau kaki. Nasib baik tak mengalami kecederaan yang lebih serius.
Atas keprihatinan aku, maka aku pun bersusah payah la mencari imej yang lebih jelas di Google Earth pasal kawasan yang aku ceritakan kat atas tadi. Jadi, you guys kalau nak cross jalan dari Pavillion ke Chulan Square tuh, berhati-hati ok. Driver Malaysia pun memang semua nak jadi F1 driver. So, don't expect too much generosity from them when it comes to crossing a super busy street like Jalan Raja Chulan. Ok?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...