Thursday, September 30, 2010

DCR-SX44E, My New Toys!

Assalamualaikum

Banyak betul dugaan kalau pergi Plaza Low Yat ni. Orang lain yang ada agenda asal, orang lain pulak yang terjebak. Aritu dah kena dah. Ni la kejadian terbaru. Mangsanya aku lagi. He he. Dah tu sapa suruh ikut Sani nak pergi belikan wife dia handphone Nokia E72 tuh?

Takde langsung nawaitu nak beli bendalah ni. Sani ada la purpose nak ke Low Yat. Aku ni je yang 'purposeless' nak ke sana, main ikut je. Lagipun tak larat nak duk dalam aircond office ni lelama, demam aku bukannya betul-betul sembuh lagi.

Dah sampai Low Yat, melilau mata usha handphone yang Sani cari. 2 pilihan je, Nokia E71 or E72. The later is the latest product between the two. Price offered for genuine package were MYR850 & MYR1,150 respectively. Pastu Sani nak kaler putih pulak. Then it comes together with Nokia Original Bluetooth. Akhirnya benti la kat satu kedai ni, pakejnya agak menarik, and it attracted Sani to get it from there.

Kedai phone tuh pulak dekat dengan Sony Centre. Sesambil tunggu Sani mintak macam-macam kat dealer phone tuh, aku pulak merayau-rayau kat kedai toys cari replica fighter aircraft, tapi takde. Pastu aku saja je pulak gi masuk kedai Sony ni. Ceh!!! Hampeh tul. Gatal tul nak masuk.

Usha-usha digital camera dan jugak videocam. Digital camera wifey dah ada. Videocam? Hmm, tengok sket harga camne. Paling murah kat sini, MYR999.00. 4Gb internal memory. Pastu Cik May kelam kabut kat gambar bawah ni datang attend aku. Aku pong bertanya la macam-macam pasal videocam yang paling murah ni.

Dah alang-alang nak berjalan jauh nak gi tengok anak Rooney ni kan, why not sambar je la videocam ni. Aku tak pasti dah time ni samada aku yang decide ke setan yang menghasut nih. Takpe, niat betul-betul kali ni. Nak beli gadget ni untuk kebaikan, kerana Allah. InsyaAllah berkat dan tahan lama. Lagipun, kat dalam perut rimau aku tuh ada lagi 2-3 sen duit, cukup la untuk aku bayar videocam ni nanti.

Swipe le kad si siti tuh lagi untuk 1078 points. Aku tambah lagi 8Gb memory card for MYR79. Tak cukup lagi dengan tu semua, Cik May kelam kabut suh beli pulak screen protector lagi dengan harga MYR20. Pehhh, tak leh jadi ni. Dah, kena stop dah ni. Ni semua tak masuk dalam Travel Budget ni. Cukup May cukup!!! Jangan promote pape lagi dah.

Sani sengih je tengok aku terjebak dengan anasir membeli belah tanpa dirancang ni. Gi Low Yat ni kan aku rasa macam kita pergi Ikea la. Kalau pergi Ikea tanpa rancangan nak beli pape barang, tapi bila dah dalam Ikea tuh, mesti ada je gatal tangan bawak plastik bag kuning Ikea tuh kalau tak troly gergasi tu kan.

Excited nak balik explore apa menatang ni boleh buat. He he he, you're coming with me to Old Trafford baybeh!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...