Kelly 3572

Tuesday, September 21, 2010

Cuti Jaga Rumah

Assalamualaikum

Syoknya cuti. Dah lama tak cuti. Aritu orang lain cuti sebelum dan selepas raya. Aku belum amik cuti lagi. Keje sampai pengsan.Weekend pulak tak rest sangat, pergi Banting; Taman Sri Putra, kenduri Eerul nak bertunang kat Taman Mutiara Kemuning petang hari yang sama. Pastu fama pulak ikut Tort pergi KB and lepas tu pergi Penang pulak. Lagi la penat sebab aku kene rushing balik keje pegi Gombak to feed the bulus. Maka sebab tu la aku amik cuti 2 hari ni.

Macam biasa la, lepas anta Puan Wifey gi keje, aku straight balik Gombak. Nasib baik malam tadi Encik Kitam dan Puan Zura dah tdo kat Gombak sebab sampai lewat dari Melaka, jadi diorang berkonspirasi untuk ponteng keje pada hari Isnin ha ha. Harap boss diorang baca blog ni. Kah kah kah.

Aku punya xtvt mcm biasa je. Sapu daun manggis dan rambutan yang berguguran macam musim luruh tu. Sapu, kumpul dan buat pembakaran terbuka kat belakang bilik aku dgn bertujuan nak halau lelebah yang selalu masuk bilik aku dan menyengat kaki wifey dan jugak fama. Then cuci longkang sket sambil mencabut tumbuh-tumbuhan kat dalam longkang tuh.

Pastu 'clear'kan pooh kat kondo Kaka, Lucy, Cheeky dan Didie. Tukar air, feed BW. Sapu ubat kurap kat Messi. Paksa diekor makan NutriPet. Syoknye memaksa diekor telan vitamin neh. Semua reluctant to lick. Heran aku. Dulu Didie memang suka sangat NutriPet ni. Sekarang ni sampai kena paksa pulak. Memang patut bawak gi vet dah ni. Check if something goes wrong with her.

Bila dah planned nak bawak meow gi vet, aku pun cuci la pet carrier dalam kondo tuh sekali. Senang sket dah bersih bila nak bawak budak-budak ni gi vet nanti.
hijau dan bersih!
Last sekali, angkat bangku konkrit letak bawah pokok manggis cam dalam gambar ni. Fuh, serious aku puas hati mengemas arini. Tapi tu la, tak rest jugak kan. Penat ada la. Mau tak penat angkut 3 bangku tuh. Sakit pinggang ooo.
Bila bangku konkrit tuh dah cantik aku susun, bukan aku je yang sibuk nak port situ. Hero-hero yang bebas ni memang mengendeng-ngendeng nak jugak port sama. Dah la asyik gaduh berebut kuasa dan berebut awek, depan aku baik je 2-2.
Tak tau la apa si Bubut tuh tengah ejek Ronaldo tuh. Boring agaknya sebab terpaksa belakon jadi kucing rumah yang baik.
Elok je lepak sama-sama, pastu membuang pun merata. Hilang macho mamat-mamat ni.

~ Asam Pedas Melaka, AEON AU2/ Setiawangsa ~

apa nak makan ni? ikan ke daging salai?

Lepas amik wifey kat opis, wifey ajak aku ke Wendy's Jusco AU2 untuk komplen pasal burger yang diorang tersalah bagi semlm. Ingatkan Wendy's nak refund the different, rupa-rupanya, diorang kasi burger yang betul macam yang wifey order. Fuhh, Alhamdulillah, rezeki wifey puasa ni.

Dah dapat burger, wifey ajak aku makan something heavy untuk bukak puasa. So, kitorang sampai la ke Restoren Asam Pedas Melaka ni. Banyak sangat outlet makan-makan kat Jusco ni. So aku takde la excited sangat. Lagipun, aku dah biasa makan asam pedas ni kat Restoren Asam Pedas nearby Setiawangsa LRT Station tuh.

Restoren ni ada jugak outlet kat Menara KL dan Menara Taming Sari, Melaka kalau diikutkan printing atas serviette ni la.
daging salai dan asam pedas ikan pari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...