Kelly 3572

Thursday, September 30, 2010

DCR-SX44E, My New Toys!

Assalamualaikum

Banyak betul dugaan kalau pergi Plaza Low Yat ni. Orang lain yang ada agenda asal, orang lain pulak yang terjebak. Aritu dah kena dah. Ni la kejadian terbaru. Mangsanya aku lagi. He he. Dah tu sapa suruh ikut Sani nak pergi belikan wife dia handphone Nokia E72 tuh?

Takde langsung nawaitu nak beli bendalah ni. Sani ada la purpose nak ke Low Yat. Aku ni je yang 'purposeless' nak ke sana, main ikut je. Lagipun tak larat nak duk dalam aircond office ni lelama, demam aku bukannya betul-betul sembuh lagi.

Dah sampai Low Yat, melilau mata usha handphone yang Sani cari. 2 pilihan je, Nokia E71 or E72. The later is the latest product between the two. Price offered for genuine package were MYR850 & MYR1,150 respectively. Pastu Sani nak kaler putih pulak. Then it comes together with Nokia Original Bluetooth. Akhirnya benti la kat satu kedai ni, pakejnya agak menarik, and it attracted Sani to get it from there.

Kedai phone tuh pulak dekat dengan Sony Centre. Sesambil tunggu Sani mintak macam-macam kat dealer phone tuh, aku pulak merayau-rayau kat kedai toys cari replica fighter aircraft, tapi takde. Pastu aku saja je pulak gi masuk kedai Sony ni. Ceh!!! Hampeh tul. Gatal tul nak masuk.

Usha-usha digital camera dan jugak videocam. Digital camera wifey dah ada. Videocam? Hmm, tengok sket harga camne. Paling murah kat sini, MYR999.00. 4Gb internal memory. Pastu Cik May kelam kabut kat gambar bawah ni datang attend aku. Aku pong bertanya la macam-macam pasal videocam yang paling murah ni.

Dah alang-alang nak berjalan jauh nak gi tengok anak Rooney ni kan, why not sambar je la videocam ni. Aku tak pasti dah time ni samada aku yang decide ke setan yang menghasut nih. Takpe, niat betul-betul kali ni. Nak beli gadget ni untuk kebaikan, kerana Allah. InsyaAllah berkat dan tahan lama. Lagipun, kat dalam perut rimau aku tuh ada lagi 2-3 sen duit, cukup la untuk aku bayar videocam ni nanti.

Swipe le kad si siti tuh lagi untuk 1078 points. Aku tambah lagi 8Gb memory card for MYR79. Tak cukup lagi dengan tu semua, Cik May kelam kabut suh beli pulak screen protector lagi dengan harga MYR20. Pehhh, tak leh jadi ni. Dah, kena stop dah ni. Ni semua tak masuk dalam Travel Budget ni. Cukup May cukup!!! Jangan promote pape lagi dah.

Sani sengih je tengok aku terjebak dengan anasir membeli belah tanpa dirancang ni. Gi Low Yat ni kan aku rasa macam kita pergi Ikea la. Kalau pergi Ikea tanpa rancangan nak beli pape barang, tapi bila dah dalam Ikea tuh, mesti ada je gatal tangan bawak plastik bag kuning Ikea tuh kalau tak troly gergasi tu kan.

Excited nak balik explore apa menatang ni boleh buat. He he he, you're coming with me to Old Trafford baybeh!!!

Wednesday, September 29, 2010

Demam Lagi


Assalamualaikum

Aku memang MC hari ni. Pagi tadi aku dengan wifey visit Dr Harjeet kat klinik dekat rumah aku tu la. Patutnya aku nak jumpa dia semalam, tapi sebab dia tutup klinik dia awal sangat. Kata business hour from 8 am to 10 pm. Kul 9.20 dah locked pintu tak kasi patient masuk. Ceh! Nasib baik kau doktor yang best. Dah tu pagi tadi, aku sampai klinik kul 9.30am, staff dia cakap doktor will only be in at 10am. Ceh ceh ceh...sah kau bangun lambat la ni Harjeet ye.

Terkejut jugak si Harjeet tuh tengok aku punya suhu badan sampai 38.3 C. Wifey 36.6 C. Dah, dia suruh tidur berasingan sampai la 2-2 sembuh dari demam. Siap suruh aku MC lagi. Tapi aku memang terpaksa pegi office sebab Mas Aida pun demam lepas menjaga 2 anaknya yang demam dari hari Selasa tuh. Kesian pulak kat Jep nanti kelam kabut nak handle SWIFT sensorang.

Sampai opis, aku makan ubat dulu, pastu buat keje sket. Pastu tidur kat surau. 1300hrs tersedar dan naik la office kejap untuk update blog ni dan jugak buat pape yang patut. Ubat yang aku makan tuh memang power. Mamai giler aku sekarang ni. Lidah pun pahit semacam jer.

Sunday, September 26, 2010

Bengang

Assalamualaikum

Hari ni hari memenatkan! Wifey demam, gi klinik kat Section 2. Dah demam, duk la diam2 kat rumah. Esok nak keje, tak sampai lagi 2 minggu nak merayau pulak. Ni tak, lagi nak berjalan. Pastu, boleh kunci rumah tak bawak pulak. Boleh tak imagine apa nak cakap kat sini? Sabar je la. Belum lulus lagi bab2 bawak kunci. Still lalai.
Bajet nak balik awal tgk game BWFC vs MUFC. Tapi kene kelentong la pulak timing. Ingatkan kul 2000hrs. Rupenye kul 1855hrs. Tambah lagi bengang! Nasib baik seri 2-2. Kalau kalah? Lagi la bengang kan? Siapa cakap Micheal Owen dah tak boleh main? Boleh la jadi super-sub ala Ole Gunnar Soljkaer. At least, MU dah naik satu anak tangga, above Arsenal and below Chelsea with 3 points gap.

Ok tak kalau lepas ni aku akan gunakan kuasa veto aku sepenuhnye supaya lepas ni takda yang berani amik kesempatan or pijak kepala lagi???

Bengang kan??? Another tiring weekend. Next pun nampaknye akan penat jugak. Ni kene amik cuti weekdays ni to cover today and next weekend punye agenda.

Friday, September 24, 2010

Beware Of Scam

Assalamualaikum

Ni email aku dapat daripada opismate aku. Aku rasa sangat patut untuk aku share dgn satu dunia pasal ni. So, korang sila baca dan berhati2 kalau perkara ni terjadi pada korang semua. Ok?

"Received this from a friend…Beware

I cannot stop myself from sharing this with all of you.

Its all started when I received a call from someone claiming that he was from Maxis and he asked me to shutdown my phone for 2 hours for 3G update to take place. As I was rushing for a meeting, I did not question and shutdown my cell phone.

After 45 minutes I felt very suspicious since the caller did not even introduce his name. I quickly turned on my cell phone and I received several calls from my family members and the others were from the number that had called me earlier - 3954380.

I called my parents and I was shocked that they sounded very worried asking me whether I am safe. My parents told me that they had received a call from someone claiming that they had me with them and asking for money to let me free. The call was so real and my parents even heard 'my voice' crying out loud asking for help.

My parent was at the bank waiting for next call to proceed for money transfer. I told my parents that I am safe and asked them to lodge a police report.

Right after that I received another call from the guy asking me to shutdown my cell phone for another 1 hour which I refused to do and hung up. They keep calling my cell phone until the battery had run down.

I myself lodged a police report and I was informed by the officer that there were many such scams reported. MOST of the cases reported that the victim had already transferred the money! And it is impossible to get back the money.

Be careful as this kind of scam might happen to any one of us!!! Those guys are so professional and very convincing during calls. If you are asked to shut down your cell phone for updates by the service provider, ASK AROUND! Your family or friends might receive the same call...

Be Safe and Stay Alert!"

Nasi Beriyani Baeeeek Punye For Lunch

Assalamualaikum

Untuk hari ni, kitorang; aku, Sani dan Kakmam lunch kat area berhampiran Taman Maluri. To be exact, Jalan Pria off Jalan Perkasa, opposite Masjid Al-aman Shafie. Actually, last week aku ngan Sani dah lunch kat situ. First time lunch situ last week sebab dah takde tempat lain nak pergi. Sapa nak niaga kan lepas2 raya last week.

view gerai tuh dari entrance Masjid
Ni aku punye pinggan, acar timun, acar buah yg best, daging dan kuah kambing. Last Friday dah belasah kambing, malam tadi pun dah belasah beriyani kambing Ruzz Aladin, takkan arini nak belasah kambing lagi kan. Muak aku tgk kambing dan lagi muak kambing tgk aku!!! Tapi dapat kuah kambing ok jugak, sebab mmg best! Korang rajin try la gi sana.

Yang kurang best sket kat sini, ialah, kalau bawak kereta, memang susah nak parking la sebab gerai ni betul-betul kat tepi main road. Maybe boleh parking kat dalam area masjid kot, tapi, jangan parking kereta  untuk gi makan je. Lepas makan tu, kalau dah masuk Zuhur, pepandai la solat kat masjid sekali.
Lagi satu, harganya agak mahal lagi bagi golongan berpendapatan rendah macam aku ni. Sani dan Kakmam pun setuju dengan aku. Tapi Encik Dwen kata it's cheap. Well, bergantung pada pendapatan bulanan poket masing-masing la kan. Macam last week, aku makan beriyani kambing dengan teh 'o' = MYR10. Sani makan benda yang sama, minum air yang sama dengan aku jugak; MYR13. Muka masing-masing control ayu je bayar. Nasib baik masakannya sedap, tu yang tak la frust sangat kan. Hari ni aku amik daging dengan minum teh 'o' limau panas; MYR9. Kakmam dengan beriyani ayam dan teh 'o' ais; MYR9.50, Sani beriyani ayam & air nyior (kelapa); MYR10!

Kakmam first visit; beriyani ayam + kuah kambing!
view Masjid Al-Aman Shafie from the Beriyani stall
simpang masuk ke Jalan Pria dan Pasar Kampung Pandan

Dan ni la jugak kali ke 2, aku dengan Sani solat Jumaat kat masjid ni selepas kali pertamanya pada Jumaat minggu lepas. Suka jugak aku dengan masjid ni. Ada library, ada macam mini garden dan ada 2 projector yang diorang pasang masa khatib membaca khutbah. Segala isi-isi penting khutbah tuh diorang akan display kat projector tuh dan jugak segala doa yang dibacapun semua dipaparkan jugak. Jadi, bagus la untuk jemaah dapat ikut sama membaca dengan betul doa-doa yang dibaca khatib. Keadaan dalam masjid ni pun agak best sebab kedudukan masjid ni yang agak tinggi, angin dari luar pun boleh masuk dengan nyamannya kalau dibuka semua sliding door masjid tuh.
Ni la gugelmep nak ke gerai nasi beriyani tuh. Aku tak sempat nak tanda la gerai tu punya spot. Nak ke Pandan dari Jalan Perkasa tuh, korang belok kiri kat Jalan Pria tuh. Gerai tuh memang kat corner tuh. Weekdays aku tak pasti berniaga ke tak. Ok? Kalau dah jumpa dan korang suka, jangan lupa belanja la aku pulak makan beriyani kambing kat situ ok? Ha ha...

Tuesday, September 21, 2010

Cuti Jaga Rumah

Assalamualaikum

Syoknya cuti. Dah lama tak cuti. Aritu orang lain cuti sebelum dan selepas raya. Aku belum amik cuti lagi. Keje sampai pengsan.Weekend pulak tak rest sangat, pergi Banting; Taman Sri Putra, kenduri Eerul nak bertunang kat Taman Mutiara Kemuning petang hari yang sama. Pastu fama pulak ikut Tort pergi KB and lepas tu pergi Penang pulak. Lagi la penat sebab aku kene rushing balik keje pegi Gombak to feed the bulus. Maka sebab tu la aku amik cuti 2 hari ni.

Macam biasa la, lepas anta Puan Wifey gi keje, aku straight balik Gombak. Nasib baik malam tadi Encik Kitam dan Puan Zura dah tdo kat Gombak sebab sampai lewat dari Melaka, jadi diorang berkonspirasi untuk ponteng keje pada hari Isnin ha ha. Harap boss diorang baca blog ni. Kah kah kah.

Aku punya xtvt mcm biasa je. Sapu daun manggis dan rambutan yang berguguran macam musim luruh tu. Sapu, kumpul dan buat pembakaran terbuka kat belakang bilik aku dgn bertujuan nak halau lelebah yang selalu masuk bilik aku dan menyengat kaki wifey dan jugak fama. Then cuci longkang sket sambil mencabut tumbuh-tumbuhan kat dalam longkang tuh.

Pastu 'clear'kan pooh kat kondo Kaka, Lucy, Cheeky dan Didie. Tukar air, feed BW. Sapu ubat kurap kat Messi. Paksa diekor makan NutriPet. Syoknye memaksa diekor telan vitamin neh. Semua reluctant to lick. Heran aku. Dulu Didie memang suka sangat NutriPet ni. Sekarang ni sampai kena paksa pulak. Memang patut bawak gi vet dah ni. Check if something goes wrong with her.

Bila dah planned nak bawak meow gi vet, aku pun cuci la pet carrier dalam kondo tuh sekali. Senang sket dah bersih bila nak bawak budak-budak ni gi vet nanti.
hijau dan bersih!
Last sekali, angkat bangku konkrit letak bawah pokok manggis cam dalam gambar ni. Fuh, serious aku puas hati mengemas arini. Tapi tu la, tak rest jugak kan. Penat ada la. Mau tak penat angkut 3 bangku tuh. Sakit pinggang ooo.
Bila bangku konkrit tuh dah cantik aku susun, bukan aku je yang sibuk nak port situ. Hero-hero yang bebas ni memang mengendeng-ngendeng nak jugak port sama. Dah la asyik gaduh berebut kuasa dan berebut awek, depan aku baik je 2-2.
Tak tau la apa si Bubut tuh tengah ejek Ronaldo tuh. Boring agaknya sebab terpaksa belakon jadi kucing rumah yang baik.
Elok je lepak sama-sama, pastu membuang pun merata. Hilang macho mamat-mamat ni.

~ Asam Pedas Melaka, AEON AU2/ Setiawangsa ~

apa nak makan ni? ikan ke daging salai?

Lepas amik wifey kat opis, wifey ajak aku ke Wendy's Jusco AU2 untuk komplen pasal burger yang diorang tersalah bagi semlm. Ingatkan Wendy's nak refund the different, rupa-rupanya, diorang kasi burger yang betul macam yang wifey order. Fuhh, Alhamdulillah, rezeki wifey puasa ni.

Dah dapat burger, wifey ajak aku makan something heavy untuk bukak puasa. So, kitorang sampai la ke Restoren Asam Pedas Melaka ni. Banyak sangat outlet makan-makan kat Jusco ni. So aku takde la excited sangat. Lagipun, aku dah biasa makan asam pedas ni kat Restoren Asam Pedas nearby Setiawangsa LRT Station tuh.

Restoren ni ada jugak outlet kat Menara KL dan Menara Taming Sari, Melaka kalau diikutkan printing atas serviette ni la.
daging salai dan asam pedas ikan pari

Monday, September 20, 2010

How To Prevent Mosquito From Laying Eggs

Assalamualaikum

Ni lagi email yang agak berguna untuk kite cuba dan pastikan kesahihan teori ni. Kat rumah ni pun berlambak coin 1 sen. Jom la try!

Tiada aedes, tiada denggi!

"Do you still keep 1 cent coins? It's time to utilize it !!

How to prevent mosquitoes lay eggs?

No way! But, cheapest way of preventing survival of mosquitoes. We cannot stop mosquitoes lay eggs at any stagnant water in drains, ponds or water collected in waste pails, tanks, tins, used tyres etc.

Of course if you have fish inside the tanks or containers then there should be no problem. Do you know that there is a very simple and very economical way to destroy the mosquitoes' eggs and not let them hatch into larvae. Very very simple, just put in few 1 cent - copper coins into the tanks/containers then it will solve all your problems.

Because in accordance to Japanese Research Scientists, they found the mosquitoes eggs will be destroyed by a kind of mineral discharge from the copper. DON'T BELIEVE?, Try it by yourself and even the small snails also will not visit the containers (with copper coins) collected with stagnant water. You will observe the water collected in the containers will be very clean and clear.

Please Share with friends!"

Sunday, September 19, 2010

Anak Cattyjah Yang Cute

Assalamualaikum

Ingat tak aritu Catty deliver 4 ekor kitten. Ni la salah sekor daripadanya. Jantina belum dapat kepastian sebab budak ni kecik lagi dan tak reti nak agak. Hopefully jantan la. Comel je port atas tapak tangan den masa wifey nak amik gambar dia.

cute tak saya??? tolong la cakap saya cute... ada sesapa nak adopt saya? he he he

Sila cadangkan nama untuk saya. Kalau jantan, apa nama yang sesuai, kalau saya gegerl pulak, apa nama saya?


(FYI, kitty cute ni dah di adopted. Tak sure Ridzuan kasi kat siapa. Semoga kitty ni selamat dan sejahtera dengan owner baru dia, Amin!)

Lockheed Martin F 22 Raptor

Assalamualaikum

First of all, sebelum aku terlupa, credit to Future Fire Power punye website; tempat aku jumpa Raptor ni. Antara 5th generation jet fighter yang paling canggih, paling mahal dan terkini.

Gambar atas tu sekadar simple and basic overview; various basic configuration untuk Raptor ni. Nak tahu lebih lanjut, search kat wikipedia or kat Raptor punye own website.

US dan Russia tengah nak tunjuk kehebatan masing-masing dalam air defence ni. Kita negara miskin ni tengok je la. Buat semua aircraft canggih manggih ni untuk lawan alien dan Decepticon la ni.

Wednesday, September 15, 2010

Fahrenheit KL & Traffic Light Jalan Raja Chulan

Assalamualaikum

Hari ni aku noticed premise kat bawah ni dah pun mula beroperasi. Aku tak masuk pun dalam Fahrenheit ni sebab aku tengah rushing nak survey barang kat Sg Wang. Jangan pening-pening fikir kat mana shopping mall ni. Asal usulnya KL Plaza. Tapi sejak Pavillion dah mula beroperasi, KL Plaza semakin kurang pengunjung. Jadi aku rasa, untuk bersaing dengan Pavillion, KL Plaza perlu menukar imej yang lebih segar dan moden untuk memenuhi citarasa pengunjung masa kini. Lagi ayat skema...

Ok, sekarang pasal lampu isyarat di Jalan Raja Chulan susur ke Jalan Bukit Bintang. Kalau korang familiar area ni maybe korang tahu la kot. Kalau tak tahu, tak pe, buat-buat tahu ok. DBKL sila amik perhatian. Aku nak rekemen DBKL buat lampu isyarat yang lebih tinggi ataupun yang tergantung merintangi jalan. Sebabnya, traffic light yang sedia ada sekarang ni ialah yang macam tiang lampu biasa tu je. Most of the time, motorist memang speeding gile kat situ. Dan memang ramai yang maybe tak perasan kewujudan lampu isyarat ni. Risikonya, pedestrian macam aku ni la yang bakal tanggung.
Dan akhirnya, semalam, 14 September 2010, seorang lelaki telah dilanggar oleh sebuah lori di kawasan berdekatan. Aku tak tengok incident tu. Tea lady office aku yang bercerita pasal ni. Menurutnya lagi, lelaki malang tuh berkemungkinan besar mengalami patah tangan atau kaki. Nasib baik tak mengalami kecederaan yang lebih serius.
Atas keprihatinan aku, maka aku pun bersusah payah la mencari imej yang lebih jelas di Google Earth pasal kawasan yang aku ceritakan kat atas tadi. Jadi, you guys kalau nak cross jalan dari Pavillion ke Chulan Square tuh, berhati-hati ok. Driver Malaysia pun memang semua nak jadi F1 driver. So, don't expect too much generosity from them when it comes to crossing a super busy street like Jalan Raja Chulan. Ok?

Tuesday, September 14, 2010

Ubat Kurap Untuk Cik Missy a.k.a Encik Messi

Assalamualaikum

Balik kerja tadi, terus aku ke Fama's untuk kasi diekor makan. Pastu cepat-cepat gerak ke Medan Idaman untuk cari kedai pet. Asyik tertunda je planned nak beli ubat kurap. Kesian pulak Missy tuh. Lepas ni aku nak transform Missy dari seekor kucing kurap kepada seekor kucing ayu yang mampu menggoda hero-hero  Kampung Changkat okey?

harga cream ni ialah MYR 17.00; for you all punya reference la...

Selain daripada beli ubat ni, aku jugak dah masukkan Puan Cheeky ke dalam studio apartment dia. Staying alone neighboring Mr Kaka the playboy and Puan Lucy the petite shy-shy cat type of cat. And low profile as well. Aku nak prevent Cheeky tuh dari terjeremus ke lembah hina dan terlibat dalam kancah gejala sosial yang teruk i.e penyalahgunaan dadah, minum arak dan seks bebas. Ayat harian metro betul ni!
ni la Missy yang berkurap... sian dia...

Next project, nak sumbat Puan Didie pulak dalam apartment tuh. Aku kena separate Kaka la kot. Biar the desperate housewives stay together in one unit. Ronaldo, Bubut and Missy; NR (non-resident) sebab CGPA diorang tak melayakkan diorang untuk dapat privilege duk dalam apartment tuh. Tingat kat ITM Segamat dulu... kah kah kah...
ni si Ronaldo, pesaing Bubut...

Aku lupa nak update kan pasal Mimi dah kena cat-napped. Seriously frustrated. Selalu sangat ikut Bubut jenjalan area kampung. Pastu dah tak balik. Bubut dengan Missy je balik. Ke Bubut dengan Missy berpakat untuk menjual Mimi kepada bapak ayam? Wallahualam. Ke Mimi pun dah kene tahan, pukul, bunuh dan bakar jugak? She's too young to die or suffer that way. May Allah protect her or place her in the custody of the other cat lovers; not cat eaters InsyaAllah.

Still mengharap Mimi kembali...

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah

Assalamualaikum

Sempena hari yang mulia ini, den nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua followers dan jugak pembaca blog ni yang secara tak sengaja terbukak blog ni. Dan ucapan ini jugak ditujukan kepada kaum keluarga dan kawan2 sedunia den. Paling istimewa untuk isteri den yang terchenta, papa, mama dan ibu mertua den.

Mohon maaf zahir dan batin serta halalkan makan minum den dari lepas raya tahun lepas sampai la pagi raya tahun ni.
Solat sunat aidilfitri tahun ni di MSSAAS Shah Alam. Sorry la sebab aku tak sempat nak amik gambar masjid ni yang betul2 proper, sebab masa aku snapped ni, aku on the way nak gi solat.
Aku perasan tahun ni, masjid ni tak sepenuh tahun sebelumnye sebab ramai warga Shah Alam dah pun balik ke kampung 2-3 hari sebelum hari ni. Lagipun sekolah dah cuti lebih awal. Ramai la balik kampung awal. Bagus la, at least hiway kurang sket kesesakannye.




1st Raya Programme

~Rumah Pak Uda @ Section 7~

~Rumah Mak Ngah @ Section 18~

~Rumah Arwah Pak Long & Mak Long @ Kampung Sg Merab Bangi~
Pakcik, Ucu, Mak, Pak Uda (Pak Anjang takda kat KL)

Ucu bukak outlet sementara 'sup kotak gear dan teh tarik' di Bangi tahun ni. What a surprise! Tu la yang orang2 dari Shah Alam berdesup ke Bangi tuh. Siap singgah kejap je kat Section 7 dan Section 18.

Wednesday, September 8, 2010

Heavy Downpour

Assalamualaikum

Hujan lebat just now. This is Royale Chulan Hotel's view from my office. Hujan rahmat la ni. Alhamdulillah.

Tuesday, September 7, 2010

Wanna Fly With 747-400? Pick Your Seat Sir!!!

Cepat pilih seat mana korang nak!

Raya Hari Khamis?

Assalamualaikum

Ramadhan dah hampir ke penghujungnye. Syawal fast approaching. Tiket2 bas, keretapi, kapalterbang pun banyak dah yang sold out kot. Tinggal la orang2 macam aku ni yang tak balik kampung time raya. Maybe balik kampung masa bukan raya. Ni kes takmo bersesak2 atas jalan la ni.

Ikutkan kalendar, Aidilfitri sepatutnye di sambut pada hari Jumaat, 10 September ni. Acara 'skodeng' anak bulan pulak pada hari Rabu, 8 September. Jadi, kat sini, ada kemungkinan Aidilfitri mungkin disambut lebih awal, yakni.. (pergh, dah lama aku tak guna word ni) pada hari Khamis, 9 September.

Aku suka jugak pada kebarangkalian raya on Thursday ni sebabnye dapat cuti extra. Tu je sebabnya. Bukan sebab aku tak sabar2 nak tinggalkan bulan Remdan (gaya Arwah Saloma sebut). Tapi, jika ianye menjadi kenyataan, cuba bayangkan apa kesannye pada orang2 yang dah tempah tiket2 perjalanan on the Thursday eve tuh? Boleh tukar tiket ke? Kesian jugak kan? Hiway tuh tok sah cakap la. Mmg wajibul jem. Nasib baik la kalau naik aeroplane tak de jem macam kat atas jalanraya. Kalau tak sure berderet aeroplane kat atas awan bersesak2 ala bumper to bumper on the road.
kenderaan utk aku balik kampung...ok tak?

Papepun, mari la sama2 kita doakan semoga mereka yang nak balik kampung tuh selamat pergi dan selamat kembali. Kalau boleh, takde langsung eksiden. Dan jangan le main mercun dan munge api tuh. Membazir duit jer beli, lain la kalau dapat free kan. He he. Yang penting, ianya mengundang risiko utk hilang jari, hilang nyawa dan sememangnye hilang duit.

Tapi, kalau anak bulan yang di skodeng itu menampakkan dirinye di senja Rabu ni camne ek?

Monday, September 6, 2010

Plumber Part Time

Assalamualaikum

Lepas terawih, aku dah tak leh tangguh-tangguh lagi projek paip kat toilet dalam master bedroom  tu .Terus mengerjakan kepala paip kat bawah ni ha. And it's done within 10 minutes. Alhamdulillah.

Dekat sebulan dah paip ni terbiar jer. Latest water bill sampai, hmm, terkejut jugak aku. Ada la dekat MYR5 lebih daripada biasa. Tu yang aku terus settlekan ASAP tuh. Membazir je kan biar lelama air melimpah.

Yang ni pulak aku punya next project kat Gombak. Ingat nak buat last weekend, tapi kedai hardware dah tutup. Nampak gaya macam nak kene settlekan masa raya la ni.

Saturday, September 4, 2010

Collect Blackwood & Saturday Activities


Assalamualaikum

Tengahari tadi Kak Nurul called, mintak tolong datang amik Blackwood ASAP sebabnya supplier takleh hantar semua 37 bag tuh naik ke rumah Kak Nurul sebab lif sudah rosak. Kesian pulak Kak Nurul. Warung tomyam depan apartment Kak Nurul jadi tempat simpanan sementara. Dia suruh datang amik dari pukul 1300hrs to 1500hrs.

Kelam kabut jugak aku mandi manda dan bersiap ke Desa Tasik. Masuk MRR2 ok lagi, lepas je Melawati, terus traffic congested. Adui! Nyesal tak masuk DUKE. Sekurang-kurangnya kurang sket masa tersangkut dalam jam tuh. Jammed tu sampai ke exit nak masuk Jalan Ampang je, lepas tu traffic clear. Shortly after that, sampai la aku kat area apartment Desa Tasik tuh. Sebelum masuk gate aku dah nampak Kak Nurul duk kat gerai tomyam dengan anak dia. Ada la a few guys datang collect BW jugak masa tuh. Lepas angkut 24kgs BW tuh masuk Cik Kelly, aku pun chow ASAP kot-kot wifey nak ke office pulak. Jalan balik pun tak la jammed seteruk masa nak datang tadi.

Bubut and Co. berjaya bukak pose dengan stock baru BW!

Malam layan Transformer kat TV2. Best giler!!! Satu sebab aku suka movie kat TV2 ni ialah sebab kurangnya iklan yang mengganggu konsentrasi layan movie. Good TV2! Keep it up!!!

Happy Saturday!

N 3.07019 E 101.71395

Friday, September 3, 2010

CatBowling & Zakat Fitrah

Assalamualaikum

Hari ni agak busy sebab my colleague sorang cuti. Tapi busy pun, sempat jugak update blog ek? Sebab update blog dah hari lain, masa dah free.

Sampai je office, nak amik mood keje, kene layan computer games dulu. Kalau boss aku terbaca posting or blog ni, naya je kan. Habis appraisal aku tahun ni. Takpe boss, gua sokong lu beli Blackberry Bold 9700 tuh! Lu nampak lagi handsome dan macho bila ride Shadow sambil sebelah lagi tangan pegang BB9700 tuh. Ha ha...
CatBowling ni skrg tgh top chart game aku. Almost everyday mesti aku layan kejap. Pagi Jumaat ni agaknye skill aku bagus sket kot. Selama ni main tak pernah dapat lebih dari 160 points, 7 kali strike & sekali spare, tetiba hari ni terus dapat score above 200. Perghh!!! Best! Best! Tu yang aku amik gambar untuk 'tepek' (Kelantan & Terengganu word for TAMPAL) kat sini tuh. Nanti kalau aku score lagi tinggi dari 207 neh, aku tepek lagi gambarnye.

Ala ni computer game, cuba kalau aku turun lane bowling yang real, sure juara bertahan raja longkang la.
Sani ajak aku solat Jumaat kat Masjid Negara hari ni sebab dia nak usha perfume2 Arab yang lebih murah kat bazaar depan masjid tuh. Takde la pape sangat yang menarik perhatian aku selain dari snow cap yang dijual dgn rege MYR5 tuh. Hmm, tapi aku tak beli la. Kang member aku confused la pulak pesal mamat ni beli snow cap dgn cuaca Malaya yang hangat ni.

Lepas solat, kitorang ber'hibernasi' 20 minit. Pergh..lentuk betul. Mmg lena, nasib baik tak mimpi minum air tebu or mango lassi yang pekat tuh. Sedap kan?

Pukul 1430hrs, kitorang terjaga. Kalau Sani tak set alarm at 1430hrs tuh mau sampai masuk Asar aku berdengkur kat situ. On the way nak balik, singgah dulu jumpa amil untuk tunaikan zakat fitrah. Alhamdulillah.

Korang dah bayar zakat fitrah?

Thursday, September 2, 2010

Cara Rakyat Kelantan Menyambut Kemerdekaan

Assalamualaikum
Aku dapat gambar2 ni dari email yang kenkwan forward. Fenomena ni mmg dah sedia maklum dan bukan sesuatu yang pelik kat Kelantan. Kalau sesapa tengok pun, sejuk je hati. Aku rasa kalau non-muslim tgk pun diorang suka kalau sambutan kemerdekaan negara disambut dgn cara begini berbanding dgn buat konsert2, bakar duit dgn mercun dan bunga api.


Tak yah la aku cerita panjang2 kan, tgk gambar pun cukup. Sesiapa yang belum pernah ke Kelantan, sila la ke sana kalau ada masa terluang, especially hari Jumaat. Boleh gak ikuti kuliah dari Menteri Besarnye sendiri kat tgh2 bandar tuh. Subhanallah. Kalau la kay KL boleh buat camni, Datuk Bandar KL sampaikan kuliah, imamkan solat etc.


Stadium bukan tempat tgk bola semata2
Kalau la Stadium Bukit Jalil tuh kat Kota Bharu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...