Kelly 3572

Friday, August 20, 2010

Ziarah Sahabat Di Lembah Jaya

Assalamualaikum

Pagi tadi, office aku dikejutkan dengan berita pemergian ibu kepada salah seorang officemate aku, Ijam. Arwah ibunya meninggal lewat malam ataupun awal pagi tadi akibat sakit tua.

Boss aku dan beberapa officemate lain pergi ziarah pagi ni jugak. Aku tak ikut sebab kerja tak mengizinkan. Tapi Sani ajak aku pergi masa lunch break selepas solat Jumaat.

Dalam pukul 1220hrs camtu, kitorang merempit ke Masjid Al Aman, Lembah Jaya Selatan untuk solat Jumaat dan jugak solat jenazah sekali. Sempat jugak aku dan Sani berjumpa dan bersalaman dgn Ijam selepas solat jenazah sebelum van jenazah meninggalkan masjid utk ke tanah perkuburan yang berdekatan.

Semoga Ijam tabah dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Bila difikirkan balik, arwah ibu Ijam sangat bertuah kerana dijemput mengadapNya di malam Jumaat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tak cukup dgn itu, ramai jemaah yang menyertai solat jenazah arwah kerana kebetulan selepas solat Jumaat. Semoga roh beliau ditempatkan bersama2 golongan orang2 yang beriman. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...