Thursday, August 26, 2010

Transcend 2.5" Portable Hard Drive

Assalamualaikum

Lunch break tadi tetiba gatal pulak nak ikut kenkawan nak gi Low Yat. Diorang nak survey Samsung Corby je. Tapi aku ni pulak yang lebih-lebih. Dah sampai LY tuh, korang tahu la kan. Gadget henpon dan computer melambak-lambak. Sani pulak dah terjatuh chenta dengan Samsung Wave dengan AMOLED screen display tuh. Memang cun dan sharp display Wave tuh... tak caya gi la tengok sendiri. Kamera 5 megapixel. Price range; MYR1,488.00 to MYR1,699.00. Ter'promote' la pulok!!!

Dah jalan sana sini, sekali termasuk la kedai computer gadget ni. Terus aku cari 'pemacu keras luaran' untuk men'yaport' memori netbook Sasmung (purposely eja camni, bukan typo error!) aku yang tak berapa nak banyak tuh.

Tengah duk belek-belek brand yang ada kat situ, datang la pulok 2 promoter part time (Jef & Sani) nih cakap brand Transcend ni bagus sebab ada shockproof & slip-resistant. Promote lagi. Terus aku compared 3 size available kat situ; 320GB, 500GB & 640GB. Displayed price ranging from MYR225 to MYR299.

Selepas berfikir 2.45 kali, alang-alang amik yang biggest memory capacity available kat situ. Kedai tuh kasi aku MYR280 for 640GB. Oklah tu, aku pun malas nak bargain sangat. Swipe je la credit card. Hai gaji pun tak dibayar lagi ni. Bonus jangan mimpi ler... ha ha ha.

Balik office, belek-belek menatang ni, hmm, best la. Ada grip bagus punye. Memang 'slip-tahan' dan 'dalam kejutan' (google translate for slip-resistant & shockproof). Lepas ni wifey boleh la download segala macam lagu, movies, TV series, photo etc dan simpan leklok dalam cik Transcend ni yer.

Other info, warranty 2 years. Within a week from the date of purchase, kalau menatang ni tak berfungsi, sila bawa balik ke kedai kat LY tuh untuk ditukar dengan yang baru. Ok? Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...