Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke 53 Malaysia!!!

Assalamualaikum

Hari ni public holiday! Merdeka day! Malam tadi pun kebetulan malam ke 21 Ramadhan. Kemungkinan jugak malam Lailatul Qadar? Harap-harap tak la sebab aku larat nak buat apa-apa pun malam tadi. Tunggu malam ke 23, 25, 29 dan jugak malam terakhir Ramadhan.

On the way balik dari keje semalam, aku tengok station PutraLRT KLCC buat persiapan untuk menyambut kebanjiran orang dalam KL yg kononnya nak menyambut detik 12 malam tuh. Harap-harap tak ramai la yang pergi ke tempat-tempat gathering macam KLCC tuh.

Lagipun, bukannya ramai orang tempatan pun nanti kan. Sendiri mau ingat. Dari experience aku, majoriti yang akan muncul ialah, budak-budak hingusan berbangsa Melayu, PATI dan jugak yang berkeizinan. Lepas tu kita akan nampak KL macam bandaraya sampah. That's a FACT! Kesian dengan pekerja dan petugas DBKL dan pekerja pembersihan syarikat lain yang terpaksa bekerja lebih masa untuk membersihkan semula kawasan tumpuan manusia di ibu negara.

Kadang-kadang aku terasa sekarang ni, Malaysia ni betul-betul merdeka ke? 10 tahun dari sekarang, macamana keadaan negara kita? remaja kita, khususnya umat Islam? Semoga kerajaan Malaysia dapat berbuat sesuatu sebelum segalanya menjadi semakin parah sebab pendidikan dari rumah sahaja tidak memadai.

Cukup la pasal merdeka. Aku harap kerajaan akan menjadi lebih TEGAS dalam menangani isu-isu kritikal.

Since aku overnight kat Gombak, so pagi tadi lepas tidur puas-puas, aku start hari merdeka aku dengan membelasah Kelly Comot tuh. Pergh!!! Memang penat cuci kete tengahari buta di bulan puasa ni.

Habis cuci kete, aku cuci sangkar Encik Kaka dan Puan Lucy pulak. Kesian pulak tengok bekas air dah kosong. Patut la muka diekor semacam jer. Aku bawak Kaka untuk cat walking keliling rumah. Biar dia exercise lebih sket. Sambil-sambil tuh, sikat bulu Didie, Messi, Kaka dan Bubut.

Then kutip daun manggis yang gugur tuh.

Lupa pulak nak update, anak Cheeky yang aku panggil Adik tuh mati petang semalam. Tak tahu pulak sakit apa.

Lepas Zuhur, aku dan wifey bergerak balik Setapak kejap sebelum ke Shah Alam untuk tukar jubah Mama. Cuaca macam sangat jealous dengan kebersihan Cik Kelly. Dari Gombak lagi hujan dah start turun. On the way balik Shah Alam pun hujan turun macam dah 10253 tahun tak hujan. Alhamdulillah. Tapi sian aa kat Kelly, sure comot balik lepas ni kan.

Federal Hiway jalan tak la jam sangat. Cuma hujan je la lebat. Sampai Kompleks PKNS, habiskan masa dekat setengah jam nak masuk ke underground parking. Ramai giler manusia nak shopping dan nak tukar jubah kot. Satu lagi sebab Kompleks PKNS ni padat dengan manusia ialah bukan takat rakyat jelata dari Shah Alam dan Klang je yang shopping sini, kawan aku all the way dari Ampang tu pun suka gak datang shopping kat sini dan SACC Mall ni. Senang nak cari pakaian yang berunsur Islamik untuk anak-anak dia katanya.

Sebelum gi tukar jubah, wifey gi order satay Kajang Haji Samuri yang tak dijual di Kajang, tapi di Shah Alam. Dah bayar satay, baru sambung mission.
Lepas tukar jubah, aku survey *ketayap transformer (KT). Dari pemerhatian dan info dari Along, harga ketayap transformer ni ialah around MYR35 to MYR45. According to Apai the BiL pulak, kat Mydin, you can get the Transformer's ketayap at MYR35. Alhamdulillah, murah rezeki aku, sebab aku terjumpa satu kedai kat ground floor kompleks ni yang jual KT ni dengan harga MYR30. Lepas pilih warna yang sesuai, aku pun bayar dengan puas hati. Dapat jugak aku KT untuk Aidilfitri tahun ni.
Tengah duk ronda-ronda window shopping tuh, tetiba aku terserempak pulak dengan cousin aku, Lokman sama wife dia, Elie. Diorang baru je sampai. Aku nyaris-nyaris tak cam cousin aku tuh dengan gaya rambut baru dia. Nasib baik la aku sempat scanned diorang betul-betul. Diorang nak bertolak balik beraya di Kelantan malam Jumaat nanti i.e 9 Sept. Ni memang nekad nak berjuang menempuh really bad traffic kat Bentong, K. Lipis, Gua Musang la ni. Selamat jalan ye. Hati-hati memandu.

Dah settle semua urusan, amik satay pastu chow balik rumah Seksyen 6. Lepas terawih, balik la semula ke KL.

*Ketayap Transformer - aku pun tak tahu apa nama brand ketayap ni, suka2 hati kucing aku je panggil ketayap transformer. Mungkin sebab logo kat ketayap tuh yang kaler gold tuh kot ala2 logo robot dlm citer Transformer la tuh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...