Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Akhirnye, setelah berminggu2 perasaan tak sabar nak puasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah sebab doaku hujung Ramadhan tahun lepas supaya dipanjangkan usia agar aku sempat merasa Ramadhan yang seterusnya telah Allah makbulkan. Alhamdulillah, sekurang2nye, aku tahu sebahagian dari doaku telah diterima olehNya.

Tak pasti pulak kenapa aku beria2 sangat dan tak sabar nak tunggu bulan Ramadhan tahun ni ek. Mungkin sebab sekarang ni dah lebih sedar yang diri sendiri ni teramatlah kurang dari segi amal kebajikan kot. Semoga korang kat luar sana yang terbaca blog ni pun akan turut berusaha untuk menjadikan Ramadhan tahun ni lebih bermakna dan berusaha untuk meningkatkan amal ibadah dalam bulan yang mubarak ini.

Teringat aku pada kata2 seorang Ustaz di TV9 pagi semalam dalam rancangan Tanyalah Ustaz. Dia cakap, ada antara kita ni, sebab dah 11 bulan duk berkawan dengan syaitan, bila masuk bulan Ramadhan ni pun kita still buat perangai macam masa bukan bulan Ramadhan. Padahal syaitan2 semua dah masuk lokap. Cuti, diorang tak keje la sebulan ni kan. Mungkin kita dah terbiasa dengan amalan2 yg tak elok tuh, jadi, bila syaitan takde pun, kita pun dah terbiasa dan jugak NAFSU pulak macam mendorong kita ke arah itu. Ni la orang cakap nafsu menguasai diri kot.

Kesimpulannye, mari la kita sama2 berubah ke arah kebaikan. Kalau biasanya kita selalu dengar muzik dalam kereta masa nak pergi keje pepagi tuh, kita ubah la siaran, dengar IKIM FM ke, or pasang MP3 bacaan ayat2 Quran ke. Sesambil buat kuih raya ataupun menyiapkan juadah berbuka puasa tu, elok sangat la dengar bacaan ayat2 suci Al Quran. Lagi bermanfaat. Senang2 je Allah bagi kita ganjaran di bulan Ramadhan ni. Kalau biasanye kita solat fardu sorang2 je, eloklah kita mulakan solat berjemaah. Besar pahalanya dari solat sorang2 kan...itu semua orang tahu. Semoga kat bazar Ramadhan petang2 nanti pun, beli la apa yang patut sahaja, jangan membazir. Jangan ikut nafsu ok? Tu belum cakap pasal nak beli juadah dari penjual yang jujur dan jaga solat 5 waktu lagi tuh. Lebih berkat kan.

Agak2nye kawan2 dan adik2 kat seberang laut tuh ada bazar Ramadhan tak petang2 macam kat Malaysia ni?

Malam tadi lepas magrib, aku kelam kabut jugak called sana sini nak tahu confirm ke tak puasa on Wednesday. Tgk semua siaran TV takde pulak display pape announcement pasal tarikh permulaan puasa tuh. Maybe ada kot, tapi kebetulan masa aku bukak channel RTM1 sampai la TV9 (rumah takde Astro) tu mmg takde. So aku pun memanggil la semua kawan2 sedunia dan kroni utk tahu pasal puasa tuh. Called Dwen, dia tgh dinner dgn rileknye dgn family dia. Dia pun tak tahu puasa ke tak. Called Sani, tak angkat, maybe dah gi surau kot. Called Jeffry pun tak angkat jugak. Mungkin dah sampai surau jugak kot. Last2 called adik aku, Encik Kitam. Dia cakap confirmed esok (Rabu) puasa.

Terus aku dgn wifey bergegas ke nearby surau. First time gi surau tuh kat area Danau Kota, next to Platinum Victory phase berapa ntah. Kecik je surau tuh, tapi padat la dgn manusia. Alhamdulillah kalau setiap kali solat fardu dapat jemaah seramai itu. Wifey terpaksa solat kat luar sebab penuh or maybe jemaah lelaki solat kat dalam dewan solat, pompuan kene solat kat luar. Aku tak sure. Malam ni kene tgk betul2.

Imamnye mungkin seorang hafiz. Dia baca dari permulaan surah Al Baqarah. Cuma aku rasa tak best sebab dia baca agak laju. Risau pulak aku kalau tersilap grammar dan nahu bacaan tuh. Hopefully bacaannya OK InsyaAllah. Surau tu buat 8 rakaat je la plus 3 rakaat witir. InsyaAllah malam ni ke sana lagi.

Ni lagi satu hal yang agak 'kureng' yang aku alami semalam. Balik surau, wifey cakap dia tak larat nak masak. So, aku pun suggest pergi beli nasi lemak dan char kuey teow kat Mali's Corner Platinum Walk. Sampai kat situ, kedengaran la pulak muzik yg dipasang kat situ. Terasa macam tak respect bulan Ramadhan la pulak. Sekurang2nye kan, kalau takmo pasang bacaan Quran kat restoren yang maybe 100% pekerja dan pemiliknye Melayu Muslim tuh, jangan la pasang muzik or lagu2 tuh ok. Aku terfikir jugak ni, diorang tak join solat terawih ke, or maybe solat sendiri lepas habis waktu perniagaan? Wallahualam.

Selamat berpuasa untuk semua. Semoga puasa dan amal ibadah kalian lebih diberkati dan diterima Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...