Tuesday, August 24, 2010

Iftar At Sheraton Subang Jaya & 'Halal Beer'

Assalamualaikum

Hari ni wifey ajak aku berbuka puasa kat Sheraton Subang. FOC sebab TI dah bayarkan untuk wifey for attending a work related seminar at the same venue for the last two days.

Aku kua dari office lebih kurang jam 1800hrs. Dengan keadaan fizikal hari ni yang tak berapa sihat, ku gagahkan jugak diriku yang kerdil ini untuk ke station RapidKL KLCC untuk ke Asia Jaya di mana wifey akan tunggu aku kat station RapidKL. Ayat cerpen la pulok...

40 minutes later aku sampai Asia Jaya dan wifey pun dah ada kat situ. Since aku tak larat, wifey terpaksa drive menempuh ke'jammed'an federal hiway untuk ke Subang. So sorry my darling, den betul-betul tak larat dan dehydrated.

Dah sampai depan hotel, cabaran nak cari parking pulak muncul. Lepas berpusing-pusing, finally wifey parked Kelly kat tepi jalan je. Banyak Ramai je orang parked kat tepi jalan. Ok kot.

nieces of wifey's colleague

Masuk je ke dalam hotel, terus dengar azan dilaungkan. Lepas wifey bagi voucher kat staff hotel tu, kitorang dibawa ke meja yang telah pun di'reserved'kan kepada peserta seminar tuh.

entertainment while enjoying our meal

Pada aku la, menu buffet kat sini memang tip top kalau nak compare dengan Prince Hotel arituh. Cuma yang tak bestnya ialah aku pulak yang tak berapa sihat malam ni. Kalau aku tengah sihat, baru betul-betul berbaloi layan buffet ni. Serius banyak option and variety!!!

Sofia the cutest and adorable 1 year and 8 months baby with wifey

Aku ingat, akhir Ramadhan nanti kalau ada kelapangan, aku nak survey harga buffet kat hotel ni, mana la tahu kot-kot time ramai orang dah bergerak balik kampung diorang boleh offer 40% or 50% off dari harga asal ke, ok jugak kan. Harap-harap aku dah betul-betul sihat InsyaAllah!

macam muka wifey sket kan?

my verdict:

Price : 7/10 (MYR95 per pack)
Taste : 8.5/10
Location : 8/10
Cleanliness: 9/10


~Hoffenberg Halal Beer~

business card brother yang duk satu meja dgn aku di Sheraton

Kebetulan pulak, abang kepada officemate wifey yang berbuka bersama dengan kitorang di Sheraton tuh distributor kepada produk Hoffenberg beer ni. Dia offer aku untuk merasa beer tuh. Tapi sebab masa dah agak suntuk dan aku pun tak berapa sihat, maka plan aku nak singgah amik sample beer tuh terpaksa dibatalkan.

Setelah di'gugel', aku terjumpa pulak posting pasal Hofffenberg beer ni kat sini. Credit to TiNiE. Nanti la, bila free aku akan survey Cold Storage or Giant hypermarket. Nak cuba try test beer ni.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...