Kelly 3572

Tuesday, August 10, 2010

Durian Frenzy Before Ramadhan


D24 the starter

It all started when my colleague wanted to give us a durian lunch treat before Ramadhan. So, the 4 of us; Arman, Jeffri, Sani and myself left our office at 1300hrs heading to Pandan Jaya. It's only a stall, a fruit stall by the main road towards Pandan Indah.

This is my first experience having durian, only durian for lunch. Hmm, boleh kenyang ke ni? For someone like me that is not a 'kaki or hantu durian', it's not a big deal la. Tapi dah orang nak belanja, why not? Rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah!

here they are, the fresh one from kampung arrived

Lepas kitorang settlekan the D24 starter, aku tengok semua melangut. Isi D24 yang agak keras diorang semua takmo usik. Siap mintak tokey tuh ganti dengan D24 isi yang lembut. Tokey tuh ganti sebijik or setengah bijik. Aku tak pasti.

Lepas tu melangut lagi. Aku dengan Sani pun dah gi cuci tangan yang dah melekat dengan haruman D24. Rupa-rupanya Jeffri nak tunggu stock durian fresh dari kampung yang biasanya sampai kat stall tu dalam pukul 1330hrs.

Manusia yang datang singgah dah makin ramai. Masing-masing nak membelasah durian untuk lunch sebelum puasa esok. Lunch time pun dah menghampiri masa kecederaan dah ni. Akhirnya, dekat pukul 1400hrs la jugak lori 3 tan yang bawak durian (katanya dari Pahang) sampai kat stall tuh. Tengok la gambar-gambar ni ye. Evidence!

downloading may take several minutes... harap bersabar!!!

Bila lori tuh stop je kat tepi gerai tuh, terus pekerja stall tuh berkerumun nak download hasil dalam perut lori tuh. Bermacam jenis durian dari semua bangsa dan keturunan dikeluarkan untuk dijual kat stall tuh. Giler betul diorang ni. Nasib baik la aku bukan suka sangat dengan durian ni. Bau pun dah pening...

the 101 in the huge bucket waiting to be displayed on the shelf

the fresher D24

Mamat kat dalam gambar atas ni tengah start susun durian D24 yang baru sampai tuh. Yang aku makan masa starter tuh bukan durian yang baru sampai. Yang dah agak lama la kot like petang semalam sampai kat stall tuh.

the last course for the day since lunch time is too short, the Musang King

Jeffri sebenarnya nak tunggu durian Udang Merah, tapi mungkin takda rezeki dia kot tengahari ni. Lagipun memang dah malas nak tunggu dah. Dah dekat 1415hrs dah, we're still here in Pandan Jaya. Sorry boss, lambat sket hari ni. Esok dah nak puasa.

Kitorang merasa D24 dengan Musang King je la tengahari ni. Bagi aku yang gitu-gitu je dengan Encik Durian ni, aku rasa Musang King is better than D24 tuh. Dan bagi kaki dan hantu-hantu durian sedunia sekalian, kalau nak makan durian, sila la bertandang ke gerai tepi jalan ni ok. Pergi lunch time pun ok sebab according to my friend, durian ni sampai dari kampung dalam waktu lunch ni la.

Nak kena kasi verdict jugak ke? ok la...

Location: 7/10
Taste: 7/10 ( utk musang king la ni )
Price: not sure, lagipun kawan aku belanja daa...
Cleanliness: 5/10 ( gerai tepi jalan, what do you expect... )


~Esok Puasa!!! Alhamdulillah~

2 comments:

ainilazwa said...

MUSANG KING TU KUNING GILERRR MIJOE!!
Tibe2 bau durian lepas buka entry ni....
apekahhh???!!

Mijoe said...

berjaya tak saya memprovoke ainil supaya beli musang king? :p

pe lagi nil, suh Pak Edz belikan 2 bijik la... pastu buat pulut deyan!

perghh..gua pulak tetiba terasa lapar! :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...