Kelly 3572

Saturday, August 14, 2010

Cattyjah Delivering Cute Kittens..Now

Assalamualaikum

Live from Seksyen 6, Shah Alam. Catty is delivering now... kitty start keluar dari perut Catty jam 2330hrs. Aku punye estimated time of birth la tu. Tak tau berapa ekor semuanya. But so far aku nampak baru 2 ekor. Satu kaler gelap satu kaler orange.

Patut la petang tadi Catty cilok masuk dalam rumah dan terus ke bawah katil bilik mak. Port betul-betul kat penjuru katil. Memang dah terasa nak bersalin la tuh. Susah payah pulak aku dan Ridzuan nak paksa dia keluar sampai terpaksa gunakan deoderant spray; Catty takut kene spray tuh. Baru la dia keluar.
Ni la lokasi asal tempat Catty melahirkan 4 ekor anak-anaknya itu. Dalam kotak yang agak kecik. Aku mintak wifey call Ridzuan dan beritahu pasal good news ni. Mintak Ridzuan carikan kotak yang lebih besar to accomodate Catty dan anak-anaknya.

Ridzuan balik dan bawak satu drawer meja yang orang dah buang, dan jugak satu kotak yang slightly bigger. Tapi takde la nak transfer Catty tu terus dalam kotak baru tuh. Tunggu je la pagi esok, sekurang-kurangnya badan kitten tu pun dah kering dan keadaan Catty pun dah stabil.

August 15th, 2010 0117hrs
Dah 4 ekor anak Catty kelihatan. Kaler hitam, orange, putih dan jugak hitam dengan corak-corak putih sket kat bahagian kepala.
Pagi esoknya, Ridzuan berjaya transfer Catty dan anak-anaknya ke kotak yang baru. Tapi mak suruh Ridzuan masukkan Catty dan kitten dalam cage so that the kitten tak la merayau-rayau kat depan pintu bila dah boleh berjalan nanti.
Finally, drawer meja tuh yang masuk dalam cage tuh. Baru la nampak macam 3 star hotel sket dan Catty sekeluarga pun nampak comfortable sebab drawer tu mmg besar. Masalahnya pulak sekarang ialah litter-box kat luar cage. Kena la selalu monitor Catty la, kot-kot dia nak popok. Pasni kene la hantar Catty dan anak-anak ke klinik kembiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...