Kelly 3572

Saturday, August 28, 2010

Rombongan Cik Kiah & Cik Jah ke Kompleks PKNS

Assalamualaikum

Raya dah dekat. Macam biasalah, dekat-dekat raya ni, bila hujung minggu camni, shopping complex mula padat, saf kat surau dan masjid mula berkurang. Betul tak?

Kebetulan aku balik Shah Alam minggu ni, dan Luqmans' pun ada kat rumah nenek Shah Alam, jadi diorang pun ikut la sekali rombongan cik jah dan cik kiah ke kompleks PKNS untuk membeli pakaian baru untuk Aidilfitri nanti.

Aku berjaya jugak jumpa baju melayu putih aku dengan harga MYR60 dari harga asal MYR79 sebab ada defect sket pada baju tuh. Jangan lupa bro, baju kaler hitam dia pun cantik ooo!!! Ish... nafsu la ni. Beria betul aku nak kaler putih sebab aku dengar masa kuliah zuhur last week, Ustaz tuh cakap Rasulullah suka warna putih ni untuk ke masjid. Tu yang aku bersemangat nak kaler putih tuh. Yang kaler hitam tuh, aku sendiri yang suka. Cakap lagi pasal baju melayu hitam tuh. Berkenan betul nampak...

Pastu wifey dan Nana pergi beli jubah untuk Mak dan Mama pulak. Then katanya nak beli tudung pulak untuk matching dengan baju raya wifey yang kain cotton tuh. Aku dukung Ayip kejap je. Tak larat ooo, sebab puasa ke sebab Ayip dah berat??? He he...

Lepas shopping, tunggu Raimi gi amik cik City. Tu yang kitorang tengah tunggu kat tepi kompleks tuh. Ayip dah mula bad mood sebab panas dan penat plus ngantuk kot. Suruh posing pun takmo pandang camera dah. Ammar je pandang. Tu pun sebab dah minum susu dalam botol kat sebelah tuh dengan milo yang beli kat McD sebelum tuh.

Balik rumah terus rileks kejap. Pastu mesej kak Nani/Shina (same person la), tanya dia ada kat rumah tak petang nanti sebab aku nak gi angkut biskut puasaraya aku. Kak Shinani (jangan marah ek kak, tukar nama pulak) mintak aku amik biskut sekarang sebab lepas Asar dia dan family nak ke Ampang, most probably bukak puasa kat sana la kot. So, aku pun bergegas la ke BJ dalam pukul 1620hrs camtu dengan wifey sebab dia cakap it's ok kalau aku sampai rumah dia dalam pukul 1640hrs. Another surprise to wifey! :)

Sampai depan rumah Kak Shinani tuh, called, hero-hero; En. Khairi, En. Imran or En. Hafiz pulak yang jawab phone sebab Kak Shinani tengah solat. Shortly after that, the gate opened and we were invited to come in. Akhirnya, berjumpa jugak dengan Kak Shinani. Aritu masa amik kek tak sempat jumpa sebab Kak Shinani takde jugak.

Berkotak-kotak lagi biskut yang tunggu diambik oleh customer. Lepas check semua biskut, ok, beres. Bank-in slip pun aku tinggalkan pada Kak Shinani for her reference. Tak nampak pulak meow-meow. Hmm. Pastu balik rumah cepat-cepat takut sangkut dalam jammed kat traffic light ke Giant SA kat stadium tuh.

Sampai bawah rumah, Nana, Ida n Aiman baru sampai dari jayen SA jugak. Fuhh, ada kentaki la. Keh keh keh. Aiman sebenarnya yang dah 2 minggu mengidam kot nak makan kentaki. So her his ummi fulfilled his wishes! Pak Ngah tumpang sekaki...

Masuk dalam rumah, terus biskut-biskut tuh diserahkan kepada jabatan perasa dan pengkritik yang tak boleh berpuasa untuk di nilai. He he, semua cakap ok dan bersedia untuk membuat tempahan lagi sekiranya ada.

Takpe, lepas buka pose nanti, giliran den pulak meghaso biskut tuh...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...