Kelly 3572

Wednesday, August 25, 2010

Another MC


Assalamualaikum

Dari tengahari semalam lagi badan aku dah rasa alah dengan aircond office yang menggila tuh. Kejap-kejap aku kua ke toilet, sebab ada heater. Tak pun aku ke RENTAS room, bukak tingkap, kasi udara luar yang panas masuk. Baru lega sikit.

Kena pulak semalam wifey ajak aku berbuka puasa kat Sheraton Subang (sekarang nama baru apa ntah aku lupa). Spoil betul timing tuh. Makan pun sikit je. Not worth it at all.

Balik rumah, makan Panadol ActiFast 2 bijik, pastu solat dan tidur.

Pukul 0400hrs, tersedar sebab tak selesa. Terasa panas, maybe sebab aku makan lamb masa buffet kat Sheraton tuh kot. Pusing kiri kanan, rimas, memang takleh lelap mata. Aku bangun dari katil, bukak lampu, tengok jam dah 0440hrs. Dah 40 minit kot aku membazirkan masa tidur aku dengan berpusing-pusing atas katil.

Gi dapur, bukak bubur ayam McD yang beli on the way balik dari Subang tuh. Makan bubur sampai tinggal separuh, dan terus makan 2 bijik Pontalon (Mefenamic Acid 250mg) dan sambung baring, try to sleep dan akhirnya zzzzzz...Sambil makan sempat sms 4 officemates, bitau diorang yang kemungkinan besar aku akan ke klinik pagi nanti.

Sedar-sedar wifey kejut kul 0730hrs. Aku cakap aku tak larat nak ke office hari ni. Aku nak ke clinic. Pastu sambung tidur sampai 1100hrs. Lepas mandi manda, gi Mediviron. Ingat Dr Harjeet ada, tapi hampa. Esok baru dia ada. Masuk la jugak jumpa Dr Chinese lady.

Wifey dropped aku kat lobby. Aku naik rumah dan rest dan wifey off to work...

Tak pasti aku dapat penuhkan puasa untuk hari ni, sebab masa berbuka semalam pun tak makan banyak. Sahur pun bubur je separuh. Harap-harap aku dapat bertahan InsyaAllah. Setakat entry ni dibuat, Alhamdulillah, aku masih berpuasa InsyaAllah.

Get well soon.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...