Kelly 3572

Thursday, August 12, 2010

Aku Sepasang Sandal

Assalamualaikum

Macam tajuk cerpen dalam majalah Dewan Pelajar yang aku selalu beli 25 tahun lepas je.

Apa kesnya? Habih solat witir, keluar je dari surau nak pergi amik sandal, dah takde. Sandal getah warna kelabu yang sedap dipakai tuh especially masa driving telah lesap. Maybe ada orang pinjam kot? Aku dah resah gelisah. Nasib baik wifey ada. Dan kebetulan pulak dalam Cik Kelly ada sepasang sandal glamour aku untuk pergi kenduri dan jugak majlis formal lain. Macam VIP la pulak ada majlis formal.
sandal glemerku

Bagi wifey kunci Cik Kelly, mintak tolong wifey amikkan sandal glamour aku tuh. Aku duduk kejap sambil tunggu dan usha sapa yang cilok or tercilok sandal aku tuh. Memang takde. Tetiba sorang adik ni tegur aku,"Bang! ni selipar abang ke?"

Aku tengok selipar yang adik tuh pakai dan aku cakap la tak sebab tu selipar ala-ala Jepun kaler hitam. Adik tu explain kat aku yang dia ingatkan aku tengah tunggu selipar yang dia pakai tuh. Adik tuh pun kehilangan selipar jugak, dia pinjam selipar tuh untuk pergi cari selipar dia kot sambil melayan moreh (meehun yang wifey cakap nampak macam menarik je; tapi kitorang tak jamah sebab dah too sleepy and full penangan nasi beriyani daging masa berbuka tadi)

Wifey pun sampai dengan sandal glamour aku tuh. Pastu wifey ternampak sorang pakcik berbaju melayu kuning dan bersongkok jalan ke arah motor dan kelihatan di kakinya macam sandal getah kelabu peberet aku tuh. Wifey suh aku pergi tanya pakcik tuh. Biar je la, maybe pakcik tu pun kehilangan selipar dia kot. Kang kesian pulak kalau aku approach pakcik tu, nanti dia segan pulak ke apa kan. Sabar je la, niat sedekah dan membantu pakcik tu di bulan yang mulia ini.

Soklan cepumas di sini ialah, macamana kes kehilangan selipar di surau dalam bulan Ramadhan semasa jemaah baru lepas solat terawih ni boleh berlaku? Mesti ada makhluk yang mulakan aktiviti mencuri sepasang selipar ataupun kasut kot. Pastu orang yang kehilangan selipar itu cilok pulak selipar orang lain sebab bengang or sebab dah takde pilihan lain dah. Wallahualam.

Sandal hilang pun nak heboh kat blog jugak ke?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...