Kelly 3572

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke 53 Malaysia!!!

Assalamualaikum

Hari ni public holiday! Merdeka day! Malam tadi pun kebetulan malam ke 21 Ramadhan. Kemungkinan jugak malam Lailatul Qadar? Harap-harap tak la sebab aku larat nak buat apa-apa pun malam tadi. Tunggu malam ke 23, 25, 29 dan jugak malam terakhir Ramadhan.

On the way balik dari keje semalam, aku tengok station PutraLRT KLCC buat persiapan untuk menyambut kebanjiran orang dalam KL yg kononnya nak menyambut detik 12 malam tuh. Harap-harap tak ramai la yang pergi ke tempat-tempat gathering macam KLCC tuh.

Lagipun, bukannya ramai orang tempatan pun nanti kan. Sendiri mau ingat. Dari experience aku, majoriti yang akan muncul ialah, budak-budak hingusan berbangsa Melayu, PATI dan jugak yang berkeizinan. Lepas tu kita akan nampak KL macam bandaraya sampah. That's a FACT! Kesian dengan pekerja dan petugas DBKL dan pekerja pembersihan syarikat lain yang terpaksa bekerja lebih masa untuk membersihkan semula kawasan tumpuan manusia di ibu negara.

Kadang-kadang aku terasa sekarang ni, Malaysia ni betul-betul merdeka ke? 10 tahun dari sekarang, macamana keadaan negara kita? remaja kita, khususnya umat Islam? Semoga kerajaan Malaysia dapat berbuat sesuatu sebelum segalanya menjadi semakin parah sebab pendidikan dari rumah sahaja tidak memadai.

Cukup la pasal merdeka. Aku harap kerajaan akan menjadi lebih TEGAS dalam menangani isu-isu kritikal.

Since aku overnight kat Gombak, so pagi tadi lepas tidur puas-puas, aku start hari merdeka aku dengan membelasah Kelly Comot tuh. Pergh!!! Memang penat cuci kete tengahari buta di bulan puasa ni.

Habis cuci kete, aku cuci sangkar Encik Kaka dan Puan Lucy pulak. Kesian pulak tengok bekas air dah kosong. Patut la muka diekor semacam jer. Aku bawak Kaka untuk cat walking keliling rumah. Biar dia exercise lebih sket. Sambil-sambil tuh, sikat bulu Didie, Messi, Kaka dan Bubut.

Then kutip daun manggis yang gugur tuh.

Lupa pulak nak update, anak Cheeky yang aku panggil Adik tuh mati petang semalam. Tak tahu pulak sakit apa.

Lepas Zuhur, aku dan wifey bergerak balik Setapak kejap sebelum ke Shah Alam untuk tukar jubah Mama. Cuaca macam sangat jealous dengan kebersihan Cik Kelly. Dari Gombak lagi hujan dah start turun. On the way balik Shah Alam pun hujan turun macam dah 10253 tahun tak hujan. Alhamdulillah. Tapi sian aa kat Kelly, sure comot balik lepas ni kan.

Federal Hiway jalan tak la jam sangat. Cuma hujan je la lebat. Sampai Kompleks PKNS, habiskan masa dekat setengah jam nak masuk ke underground parking. Ramai giler manusia nak shopping dan nak tukar jubah kot. Satu lagi sebab Kompleks PKNS ni padat dengan manusia ialah bukan takat rakyat jelata dari Shah Alam dan Klang je yang shopping sini, kawan aku all the way dari Ampang tu pun suka gak datang shopping kat sini dan SACC Mall ni. Senang nak cari pakaian yang berunsur Islamik untuk anak-anak dia katanya.

Sebelum gi tukar jubah, wifey gi order satay Kajang Haji Samuri yang tak dijual di Kajang, tapi di Shah Alam. Dah bayar satay, baru sambung mission.
Lepas tukar jubah, aku survey *ketayap transformer (KT). Dari pemerhatian dan info dari Along, harga ketayap transformer ni ialah around MYR35 to MYR45. According to Apai the BiL pulak, kat Mydin, you can get the Transformer's ketayap at MYR35. Alhamdulillah, murah rezeki aku, sebab aku terjumpa satu kedai kat ground floor kompleks ni yang jual KT ni dengan harga MYR30. Lepas pilih warna yang sesuai, aku pun bayar dengan puas hati. Dapat jugak aku KT untuk Aidilfitri tahun ni.
Tengah duk ronda-ronda window shopping tuh, tetiba aku terserempak pulak dengan cousin aku, Lokman sama wife dia, Elie. Diorang baru je sampai. Aku nyaris-nyaris tak cam cousin aku tuh dengan gaya rambut baru dia. Nasib baik la aku sempat scanned diorang betul-betul. Diorang nak bertolak balik beraya di Kelantan malam Jumaat nanti i.e 9 Sept. Ni memang nekad nak berjuang menempuh really bad traffic kat Bentong, K. Lipis, Gua Musang la ni. Selamat jalan ye. Hati-hati memandu.

Dah settle semua urusan, amik satay pastu chow balik rumah Seksyen 6. Lepas terawih, balik la semula ke KL.

*Ketayap Transformer - aku pun tak tahu apa nama brand ketayap ni, suka2 hati kucing aku je panggil ketayap transformer. Mungkin sebab logo kat ketayap tuh yang kaler gold tuh kot ala2 logo robot dlm citer Transformer la tuh.

Saturday, August 28, 2010

Rombongan Cik Kiah & Cik Jah ke Kompleks PKNS

Assalamualaikum

Raya dah dekat. Macam biasalah, dekat-dekat raya ni, bila hujung minggu camni, shopping complex mula padat, saf kat surau dan masjid mula berkurang. Betul tak?

Kebetulan aku balik Shah Alam minggu ni, dan Luqmans' pun ada kat rumah nenek Shah Alam, jadi diorang pun ikut la sekali rombongan cik jah dan cik kiah ke kompleks PKNS untuk membeli pakaian baru untuk Aidilfitri nanti.

Aku berjaya jugak jumpa baju melayu putih aku dengan harga MYR60 dari harga asal MYR79 sebab ada defect sket pada baju tuh. Jangan lupa bro, baju kaler hitam dia pun cantik ooo!!! Ish... nafsu la ni. Beria betul aku nak kaler putih sebab aku dengar masa kuliah zuhur last week, Ustaz tuh cakap Rasulullah suka warna putih ni untuk ke masjid. Tu yang aku bersemangat nak kaler putih tuh. Yang kaler hitam tuh, aku sendiri yang suka. Cakap lagi pasal baju melayu hitam tuh. Berkenan betul nampak...

Pastu wifey dan Nana pergi beli jubah untuk Mak dan Mama pulak. Then katanya nak beli tudung pulak untuk matching dengan baju raya wifey yang kain cotton tuh. Aku dukung Ayip kejap je. Tak larat ooo, sebab puasa ke sebab Ayip dah berat??? He he...

Lepas shopping, tunggu Raimi gi amik cik City. Tu yang kitorang tengah tunggu kat tepi kompleks tuh. Ayip dah mula bad mood sebab panas dan penat plus ngantuk kot. Suruh posing pun takmo pandang camera dah. Ammar je pandang. Tu pun sebab dah minum susu dalam botol kat sebelah tuh dengan milo yang beli kat McD sebelum tuh.

Balik rumah terus rileks kejap. Pastu mesej kak Nani/Shina (same person la), tanya dia ada kat rumah tak petang nanti sebab aku nak gi angkut biskut puasaraya aku. Kak Shinani (jangan marah ek kak, tukar nama pulak) mintak aku amik biskut sekarang sebab lepas Asar dia dan family nak ke Ampang, most probably bukak puasa kat sana la kot. So, aku pun bergegas la ke BJ dalam pukul 1620hrs camtu dengan wifey sebab dia cakap it's ok kalau aku sampai rumah dia dalam pukul 1640hrs. Another surprise to wifey! :)

Sampai depan rumah Kak Shinani tuh, called, hero-hero; En. Khairi, En. Imran or En. Hafiz pulak yang jawab phone sebab Kak Shinani tengah solat. Shortly after that, the gate opened and we were invited to come in. Akhirnya, berjumpa jugak dengan Kak Shinani. Aritu masa amik kek tak sempat jumpa sebab Kak Shinani takde jugak.

Berkotak-kotak lagi biskut yang tunggu diambik oleh customer. Lepas check semua biskut, ok, beres. Bank-in slip pun aku tinggalkan pada Kak Shinani for her reference. Tak nampak pulak meow-meow. Hmm. Pastu balik rumah cepat-cepat takut sangkut dalam jammed kat traffic light ke Giant SA kat stadium tuh.

Sampai bawah rumah, Nana, Ida n Aiman baru sampai dari jayen SA jugak. Fuhh, ada kentaki la. Keh keh keh. Aiman sebenarnya yang dah 2 minggu mengidam kot nak makan kentaki. So her his ummi fulfilled his wishes! Pak Ngah tumpang sekaki...

Masuk dalam rumah, terus biskut-biskut tuh diserahkan kepada jabatan perasa dan pengkritik yang tak boleh berpuasa untuk di nilai. He he, semua cakap ok dan bersedia untuk membuat tempahan lagi sekiranya ada.

Takpe, lepas buka pose nanti, giliran den pulak meghaso biskut tuh...

Friday, August 27, 2010

How To Detect A Hidden Camera In A Changing Room

Assalamualaikum

Lagi safety tips dari email yang kenkwn forward. Boleh cuba tips ni. Tapi nak kene cari la jugak changing room yang ada hidden camera untuk buktikan tips ni menjadi atau tidak kan?

Ada sesiapa yang tahu keberkesanan teori ni? Kalau betul, sila la tinggalkan komen ok? Kalau tak betul pun, komen la jugak, at least dapat gak dgr pandangan korang.

"Dear All,

Please read and pass to your friend.

How to detect a HIDDEN CAMERA in changing rooms in garment shops & boutiques...

In front of the changing room, take your mobile phone and make sure that your mobile can make calls. Then enter into the changing room, and make a call.

If u can't make a call, there is a hidden camera. This is due to the interference of fiber optic during the signal transfer.

Please forward this to your friends to educate the public of this menace. To prevent our innocent sisters and ladies from HIDDEN CAMERAS AND UNSOLICITED STARRING ROLES IN PASAR MALAM VIDEOS."

Thursday, August 26, 2010

Transcend 2.5" Portable Hard Drive

Assalamualaikum

Lunch break tadi tetiba gatal pulak nak ikut kenkawan nak gi Low Yat. Diorang nak survey Samsung Corby je. Tapi aku ni pulak yang lebih-lebih. Dah sampai LY tuh, korang tahu la kan. Gadget henpon dan computer melambak-lambak. Sani pulak dah terjatuh chenta dengan Samsung Wave dengan AMOLED screen display tuh. Memang cun dan sharp display Wave tuh... tak caya gi la tengok sendiri. Kamera 5 megapixel. Price range; MYR1,488.00 to MYR1,699.00. Ter'promote' la pulok!!!

Dah jalan sana sini, sekali termasuk la kedai computer gadget ni. Terus aku cari 'pemacu keras luaran' untuk men'yaport' memori netbook Sasmung (purposely eja camni, bukan typo error!) aku yang tak berapa nak banyak tuh.

Tengah duk belek-belek brand yang ada kat situ, datang la pulok 2 promoter part time (Jef & Sani) nih cakap brand Transcend ni bagus sebab ada shockproof & slip-resistant. Promote lagi. Terus aku compared 3 size available kat situ; 320GB, 500GB & 640GB. Displayed price ranging from MYR225 to MYR299.

Selepas berfikir 2.45 kali, alang-alang amik yang biggest memory capacity available kat situ. Kedai tuh kasi aku MYR280 for 640GB. Oklah tu, aku pun malas nak bargain sangat. Swipe je la credit card. Hai gaji pun tak dibayar lagi ni. Bonus jangan mimpi ler... ha ha ha.

Balik office, belek-belek menatang ni, hmm, best la. Ada grip bagus punye. Memang 'slip-tahan' dan 'dalam kejutan' (google translate for slip-resistant & shockproof). Lepas ni wifey boleh la download segala macam lagu, movies, TV series, photo etc dan simpan leklok dalam cik Transcend ni yer.

Other info, warranty 2 years. Within a week from the date of purchase, kalau menatang ni tak berfungsi, sila bawa balik ke kedai kat LY tuh untuk ditukar dengan yang baru. Ok? Sekian.

Wednesday, August 25, 2010

Another MC


Assalamualaikum

Dari tengahari semalam lagi badan aku dah rasa alah dengan aircond office yang menggila tuh. Kejap-kejap aku kua ke toilet, sebab ada heater. Tak pun aku ke RENTAS room, bukak tingkap, kasi udara luar yang panas masuk. Baru lega sikit.

Kena pulak semalam wifey ajak aku berbuka puasa kat Sheraton Subang (sekarang nama baru apa ntah aku lupa). Spoil betul timing tuh. Makan pun sikit je. Not worth it at all.

Balik rumah, makan Panadol ActiFast 2 bijik, pastu solat dan tidur.

Pukul 0400hrs, tersedar sebab tak selesa. Terasa panas, maybe sebab aku makan lamb masa buffet kat Sheraton tuh kot. Pusing kiri kanan, rimas, memang takleh lelap mata. Aku bangun dari katil, bukak lampu, tengok jam dah 0440hrs. Dah 40 minit kot aku membazirkan masa tidur aku dengan berpusing-pusing atas katil.

Gi dapur, bukak bubur ayam McD yang beli on the way balik dari Subang tuh. Makan bubur sampai tinggal separuh, dan terus makan 2 bijik Pontalon (Mefenamic Acid 250mg) dan sambung baring, try to sleep dan akhirnya zzzzzz...Sambil makan sempat sms 4 officemates, bitau diorang yang kemungkinan besar aku akan ke klinik pagi nanti.

Sedar-sedar wifey kejut kul 0730hrs. Aku cakap aku tak larat nak ke office hari ni. Aku nak ke clinic. Pastu sambung tidur sampai 1100hrs. Lepas mandi manda, gi Mediviron. Ingat Dr Harjeet ada, tapi hampa. Esok baru dia ada. Masuk la jugak jumpa Dr Chinese lady.

Wifey dropped aku kat lobby. Aku naik rumah dan rest dan wifey off to work...

Tak pasti aku dapat penuhkan puasa untuk hari ni, sebab masa berbuka semalam pun tak makan banyak. Sahur pun bubur je separuh. Harap-harap aku dapat bertahan InsyaAllah. Setakat entry ni dibuat, Alhamdulillah, aku masih berpuasa InsyaAllah.

Get well soon.

Tuesday, August 24, 2010

Iftar At Sheraton Subang Jaya & 'Halal Beer'

Assalamualaikum

Hari ni wifey ajak aku berbuka puasa kat Sheraton Subang. FOC sebab TI dah bayarkan untuk wifey for attending a work related seminar at the same venue for the last two days.

Aku kua dari office lebih kurang jam 1800hrs. Dengan keadaan fizikal hari ni yang tak berapa sihat, ku gagahkan jugak diriku yang kerdil ini untuk ke station RapidKL KLCC untuk ke Asia Jaya di mana wifey akan tunggu aku kat station RapidKL. Ayat cerpen la pulok...

40 minutes later aku sampai Asia Jaya dan wifey pun dah ada kat situ. Since aku tak larat, wifey terpaksa drive menempuh ke'jammed'an federal hiway untuk ke Subang. So sorry my darling, den betul-betul tak larat dan dehydrated.

Dah sampai depan hotel, cabaran nak cari parking pulak muncul. Lepas berpusing-pusing, finally wifey parked Kelly kat tepi jalan je. Banyak Ramai je orang parked kat tepi jalan. Ok kot.

nieces of wifey's colleague

Masuk je ke dalam hotel, terus dengar azan dilaungkan. Lepas wifey bagi voucher kat staff hotel tu, kitorang dibawa ke meja yang telah pun di'reserved'kan kepada peserta seminar tuh.

entertainment while enjoying our meal

Pada aku la, menu buffet kat sini memang tip top kalau nak compare dengan Prince Hotel arituh. Cuma yang tak bestnya ialah aku pulak yang tak berapa sihat malam ni. Kalau aku tengah sihat, baru betul-betul berbaloi layan buffet ni. Serius banyak option and variety!!!

Sofia the cutest and adorable 1 year and 8 months baby with wifey

Aku ingat, akhir Ramadhan nanti kalau ada kelapangan, aku nak survey harga buffet kat hotel ni, mana la tahu kot-kot time ramai orang dah bergerak balik kampung diorang boleh offer 40% or 50% off dari harga asal ke, ok jugak kan. Harap-harap aku dah betul-betul sihat InsyaAllah!

macam muka wifey sket kan?

my verdict:

Price : 7/10 (MYR95 per pack)
Taste : 8.5/10
Location : 8/10
Cleanliness: 9/10


~Hoffenberg Halal Beer~

business card brother yang duk satu meja dgn aku di Sheraton

Kebetulan pulak, abang kepada officemate wifey yang berbuka bersama dengan kitorang di Sheraton tuh distributor kepada produk Hoffenberg beer ni. Dia offer aku untuk merasa beer tuh. Tapi sebab masa dah agak suntuk dan aku pun tak berapa sihat, maka plan aku nak singgah amik sample beer tuh terpaksa dibatalkan.

Setelah di'gugel', aku terjumpa pulak posting pasal Hofffenberg beer ni kat sini. Credit to TiNiE. Nanti la, bila free aku akan survey Cold Storage or Giant hypermarket. Nak cuba try test beer ni.

Friday, August 20, 2010

Ziarah Sahabat Di Lembah Jaya

Assalamualaikum

Pagi tadi, office aku dikejutkan dengan berita pemergian ibu kepada salah seorang officemate aku, Ijam. Arwah ibunya meninggal lewat malam ataupun awal pagi tadi akibat sakit tua.

Boss aku dan beberapa officemate lain pergi ziarah pagi ni jugak. Aku tak ikut sebab kerja tak mengizinkan. Tapi Sani ajak aku pergi masa lunch break selepas solat Jumaat.

Dalam pukul 1220hrs camtu, kitorang merempit ke Masjid Al Aman, Lembah Jaya Selatan untuk solat Jumaat dan jugak solat jenazah sekali. Sempat jugak aku dan Sani berjumpa dan bersalaman dgn Ijam selepas solat jenazah sebelum van jenazah meninggalkan masjid utk ke tanah perkuburan yang berdekatan.

Semoga Ijam tabah dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Bila difikirkan balik, arwah ibu Ijam sangat bertuah kerana dijemput mengadapNya di malam Jumaat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tak cukup dgn itu, ramai jemaah yang menyertai solat jenazah arwah kerana kebetulan selepas solat Jumaat. Semoga roh beliau ditempatkan bersama2 golongan orang2 yang beriman. Amin.

Wednesday, August 18, 2010

Iftar At Prince Hotel & Residence

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Murah betul rezeki aku & wifey bulan Ramadhan tahun ni. Kali ni company aku organized iftar for their clients. Mungkin banyak lagi majlis iftar organized by other competitors or organizations on the same day, maka they all (dealer) pelawa la aku sekali untuk join the iftar at the nearby Prince Hotel. Ni kes takut low turn out dari client la ni kot... he he he. Takpe la, lagipun, bukan aku sorang je yang diorang invite. Few others from different department.

Mula-mula tu aku malas nak join. Tapi sebab dealer yang baik hati tu suruh wifey join je sekali, terus aku berkobar-kobar call wifey to come over. Thank you very much to the dealing people. Kalau wifey tak join, jangan harap la aku nak pegi iftar tuh. Tak sampai hati beb nanti masa nak sumbat kurma dalam mulut time berbuka, teringat kat wifey berbuka sorang-sorang. Ohh tidak!!!

melepak kat lobby kekenyangan dan sementara tunggu hujan reda

Menu untuk buffet tu takde la menarik sangat. Tapi since it was FOC, makan je la dan jangan banyak complaint ok? Yang penting ada kambing panggang favorite aku. Cuma tak banyak aku dapat makan kambing tuh sebab que ke stall kambing tuh pun dah 10km panjangnya. Ramai betul peminat kambing kan?

Selain dari kambing, ada yong tau foo, kuih muih, kurma, nasi putih dan nasi apa ntah lagi satu tuh, sup ekor yang cair, mee sup, bubur lambuk, buah2an. Tak banyak pilihan sangat la senang citer.

Pesanan penaja sket. Kalau korang tersangkut kat Prince Hotel sebab hujan lebat, dan tak boleh nak ke tempat parking kereta yang berdekatan ataupun nak ke tempat-tempat lain yang munasabah dan munasarawak, silalah pinjam payung dari concierge hotel tuh ok. Trust me, they can lend you an umbrella tapi kena la pulangkan balik ye tak. Ok? Chow!

Sunday, August 15, 2010

Iftar & Terawih At Setiawangsa

Assalamualaikum

Ramadhan tahun ni tuan rumah buat majlis kat dalam rumah je. Mungkin sebab keadaan cuaca yang tak menentu kot. Macam tahun lepas, buat 2-3 khemah kat halaman. Attendance pun ramai jugak. Masa solat pun 3-4 saf jugak la.
Kali ni mmg tak ramai. Solat pun dapat 3 saf je masa magrib. Masuk isyak dan terawih dah tinggal 2 saf je. Itupun saf ke 2 majoriti budak2 including 5 Amirs. Hamza tak solat la. Dia mmg nephew yang sungguh baik. Teringat masa solat magrib tuh, aku letak dia atas sofa sebelah aku. Dia relax je duduk daripada start kitorng solat sampai la dah bagi salam. So cute.
view swimming pool dari dalam rumah
Amir Hamza yang sungguh well-behaved
Wifey on the way to moreh session after completing solat witir from praying hall to dining area

nice interior design
habis la gambar kita sure masuk dalam blog nanti!!!
a trampoline???

Saturday, August 14, 2010

Cattyjah Delivering Cute Kittens..Now

Assalamualaikum

Live from Seksyen 6, Shah Alam. Catty is delivering now... kitty start keluar dari perut Catty jam 2330hrs. Aku punye estimated time of birth la tu. Tak tau berapa ekor semuanya. But so far aku nampak baru 2 ekor. Satu kaler gelap satu kaler orange.

Patut la petang tadi Catty cilok masuk dalam rumah dan terus ke bawah katil bilik mak. Port betul-betul kat penjuru katil. Memang dah terasa nak bersalin la tuh. Susah payah pulak aku dan Ridzuan nak paksa dia keluar sampai terpaksa gunakan deoderant spray; Catty takut kene spray tuh. Baru la dia keluar.
Ni la lokasi asal tempat Catty melahirkan 4 ekor anak-anaknya itu. Dalam kotak yang agak kecik. Aku mintak wifey call Ridzuan dan beritahu pasal good news ni. Mintak Ridzuan carikan kotak yang lebih besar to accomodate Catty dan anak-anaknya.

Ridzuan balik dan bawak satu drawer meja yang orang dah buang, dan jugak satu kotak yang slightly bigger. Tapi takde la nak transfer Catty tu terus dalam kotak baru tuh. Tunggu je la pagi esok, sekurang-kurangnya badan kitten tu pun dah kering dan keadaan Catty pun dah stabil.

August 15th, 2010 0117hrs
Dah 4 ekor anak Catty kelihatan. Kaler hitam, orange, putih dan jugak hitam dengan corak-corak putih sket kat bahagian kepala.
Pagi esoknya, Ridzuan berjaya transfer Catty dan anak-anaknya ke kotak yang baru. Tapi mak suruh Ridzuan masukkan Catty dan kitten dalam cage so that the kitten tak la merayau-rayau kat depan pintu bila dah boleh berjalan nanti.
Finally, drawer meja tuh yang masuk dalam cage tuh. Baru la nampak macam 3 star hotel sket dan Catty sekeluarga pun nampak comfortable sebab drawer tu mmg besar. Masalahnya pulak sekarang ialah litter-box kat luar cage. Kena la selalu monitor Catty la, kot-kot dia nak popok. Pasni kene la hantar Catty dan anak-anak ke klinik kembiri.

Thursday, August 12, 2010

Aku Sepasang Sandal

Assalamualaikum

Macam tajuk cerpen dalam majalah Dewan Pelajar yang aku selalu beli 25 tahun lepas je.

Apa kesnya? Habih solat witir, keluar je dari surau nak pergi amik sandal, dah takde. Sandal getah warna kelabu yang sedap dipakai tuh especially masa driving telah lesap. Maybe ada orang pinjam kot? Aku dah resah gelisah. Nasib baik wifey ada. Dan kebetulan pulak dalam Cik Kelly ada sepasang sandal glamour aku untuk pergi kenduri dan jugak majlis formal lain. Macam VIP la pulak ada majlis formal.
sandal glemerku

Bagi wifey kunci Cik Kelly, mintak tolong wifey amikkan sandal glamour aku tuh. Aku duduk kejap sambil tunggu dan usha sapa yang cilok or tercilok sandal aku tuh. Memang takde. Tetiba sorang adik ni tegur aku,"Bang! ni selipar abang ke?"

Aku tengok selipar yang adik tuh pakai dan aku cakap la tak sebab tu selipar ala-ala Jepun kaler hitam. Adik tu explain kat aku yang dia ingatkan aku tengah tunggu selipar yang dia pakai tuh. Adik tuh pun kehilangan selipar jugak, dia pinjam selipar tuh untuk pergi cari selipar dia kot sambil melayan moreh (meehun yang wifey cakap nampak macam menarik je; tapi kitorang tak jamah sebab dah too sleepy and full penangan nasi beriyani daging masa berbuka tadi)

Wifey pun sampai dengan sandal glamour aku tuh. Pastu wifey ternampak sorang pakcik berbaju melayu kuning dan bersongkok jalan ke arah motor dan kelihatan di kakinya macam sandal getah kelabu peberet aku tuh. Wifey suh aku pergi tanya pakcik tuh. Biar je la, maybe pakcik tu pun kehilangan selipar dia kot. Kang kesian pulak kalau aku approach pakcik tu, nanti dia segan pulak ke apa kan. Sabar je la, niat sedekah dan membantu pakcik tu di bulan yang mulia ini.

Soklan cepumas di sini ialah, macamana kes kehilangan selipar di surau dalam bulan Ramadhan semasa jemaah baru lepas solat terawih ni boleh berlaku? Mesti ada makhluk yang mulakan aktiviti mencuri sepasang selipar ataupun kasut kot. Pastu orang yang kehilangan selipar itu cilok pulak selipar orang lain sebab bengang or sebab dah takde pilihan lain dah. Wallahualam.

Sandal hilang pun nak heboh kat blog jugak ke?

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Akhirnye, setelah berminggu2 perasaan tak sabar nak puasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah sebab doaku hujung Ramadhan tahun lepas supaya dipanjangkan usia agar aku sempat merasa Ramadhan yang seterusnya telah Allah makbulkan. Alhamdulillah, sekurang2nye, aku tahu sebahagian dari doaku telah diterima olehNya.

Tak pasti pulak kenapa aku beria2 sangat dan tak sabar nak tunggu bulan Ramadhan tahun ni ek. Mungkin sebab sekarang ni dah lebih sedar yang diri sendiri ni teramatlah kurang dari segi amal kebajikan kot. Semoga korang kat luar sana yang terbaca blog ni pun akan turut berusaha untuk menjadikan Ramadhan tahun ni lebih bermakna dan berusaha untuk meningkatkan amal ibadah dalam bulan yang mubarak ini.

Teringat aku pada kata2 seorang Ustaz di TV9 pagi semalam dalam rancangan Tanyalah Ustaz. Dia cakap, ada antara kita ni, sebab dah 11 bulan duk berkawan dengan syaitan, bila masuk bulan Ramadhan ni pun kita still buat perangai macam masa bukan bulan Ramadhan. Padahal syaitan2 semua dah masuk lokap. Cuti, diorang tak keje la sebulan ni kan. Mungkin kita dah terbiasa dengan amalan2 yg tak elok tuh, jadi, bila syaitan takde pun, kita pun dah terbiasa dan jugak NAFSU pulak macam mendorong kita ke arah itu. Ni la orang cakap nafsu menguasai diri kot.

Kesimpulannye, mari la kita sama2 berubah ke arah kebaikan. Kalau biasanya kita selalu dengar muzik dalam kereta masa nak pergi keje pepagi tuh, kita ubah la siaran, dengar IKIM FM ke, or pasang MP3 bacaan ayat2 Quran ke. Sesambil buat kuih raya ataupun menyiapkan juadah berbuka puasa tu, elok sangat la dengar bacaan ayat2 suci Al Quran. Lagi bermanfaat. Senang2 je Allah bagi kita ganjaran di bulan Ramadhan ni. Kalau biasanye kita solat fardu sorang2 je, eloklah kita mulakan solat berjemaah. Besar pahalanya dari solat sorang2 kan...itu semua orang tahu. Semoga kat bazar Ramadhan petang2 nanti pun, beli la apa yang patut sahaja, jangan membazir. Jangan ikut nafsu ok? Tu belum cakap pasal nak beli juadah dari penjual yang jujur dan jaga solat 5 waktu lagi tuh. Lebih berkat kan.

Agak2nye kawan2 dan adik2 kat seberang laut tuh ada bazar Ramadhan tak petang2 macam kat Malaysia ni?

Malam tadi lepas magrib, aku kelam kabut jugak called sana sini nak tahu confirm ke tak puasa on Wednesday. Tgk semua siaran TV takde pulak display pape announcement pasal tarikh permulaan puasa tuh. Maybe ada kot, tapi kebetulan masa aku bukak channel RTM1 sampai la TV9 (rumah takde Astro) tu mmg takde. So aku pun memanggil la semua kawan2 sedunia dan kroni utk tahu pasal puasa tuh. Called Dwen, dia tgh dinner dgn rileknye dgn family dia. Dia pun tak tahu puasa ke tak. Called Sani, tak angkat, maybe dah gi surau kot. Called Jeffry pun tak angkat jugak. Mungkin dah sampai surau jugak kot. Last2 called adik aku, Encik Kitam. Dia cakap confirmed esok (Rabu) puasa.

Terus aku dgn wifey bergegas ke nearby surau. First time gi surau tuh kat area Danau Kota, next to Platinum Victory phase berapa ntah. Kecik je surau tuh, tapi padat la dgn manusia. Alhamdulillah kalau setiap kali solat fardu dapat jemaah seramai itu. Wifey terpaksa solat kat luar sebab penuh or maybe jemaah lelaki solat kat dalam dewan solat, pompuan kene solat kat luar. Aku tak sure. Malam ni kene tgk betul2.

Imamnye mungkin seorang hafiz. Dia baca dari permulaan surah Al Baqarah. Cuma aku rasa tak best sebab dia baca agak laju. Risau pulak aku kalau tersilap grammar dan nahu bacaan tuh. Hopefully bacaannya OK InsyaAllah. Surau tu buat 8 rakaat je la plus 3 rakaat witir. InsyaAllah malam ni ke sana lagi.

Ni lagi satu hal yang agak 'kureng' yang aku alami semalam. Balik surau, wifey cakap dia tak larat nak masak. So, aku pun suggest pergi beli nasi lemak dan char kuey teow kat Mali's Corner Platinum Walk. Sampai kat situ, kedengaran la pulak muzik yg dipasang kat situ. Terasa macam tak respect bulan Ramadhan la pulak. Sekurang2nye kan, kalau takmo pasang bacaan Quran kat restoren yang maybe 100% pekerja dan pemiliknye Melayu Muslim tuh, jangan la pasang muzik or lagu2 tuh ok. Aku terfikir jugak ni, diorang tak join solat terawih ke, or maybe solat sendiri lepas habis waktu perniagaan? Wallahualam.

Selamat berpuasa untuk semua. Semoga puasa dan amal ibadah kalian lebih diberkati dan diterima Allah.

Tuesday, August 10, 2010

Durian Frenzy Before Ramadhan


D24 the starter

It all started when my colleague wanted to give us a durian lunch treat before Ramadhan. So, the 4 of us; Arman, Jeffri, Sani and myself left our office at 1300hrs heading to Pandan Jaya. It's only a stall, a fruit stall by the main road towards Pandan Indah.

This is my first experience having durian, only durian for lunch. Hmm, boleh kenyang ke ni? For someone like me that is not a 'kaki or hantu durian', it's not a big deal la. Tapi dah orang nak belanja, why not? Rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah!

here they are, the fresh one from kampung arrived

Lepas kitorang settlekan the D24 starter, aku tengok semua melangut. Isi D24 yang agak keras diorang semua takmo usik. Siap mintak tokey tuh ganti dengan D24 isi yang lembut. Tokey tuh ganti sebijik or setengah bijik. Aku tak pasti.

Lepas tu melangut lagi. Aku dengan Sani pun dah gi cuci tangan yang dah melekat dengan haruman D24. Rupa-rupanya Jeffri nak tunggu stock durian fresh dari kampung yang biasanya sampai kat stall tu dalam pukul 1330hrs.

Manusia yang datang singgah dah makin ramai. Masing-masing nak membelasah durian untuk lunch sebelum puasa esok. Lunch time pun dah menghampiri masa kecederaan dah ni. Akhirnya, dekat pukul 1400hrs la jugak lori 3 tan yang bawak durian (katanya dari Pahang) sampai kat stall tuh. Tengok la gambar-gambar ni ye. Evidence!

downloading may take several minutes... harap bersabar!!!

Bila lori tuh stop je kat tepi gerai tuh, terus pekerja stall tuh berkerumun nak download hasil dalam perut lori tuh. Bermacam jenis durian dari semua bangsa dan keturunan dikeluarkan untuk dijual kat stall tuh. Giler betul diorang ni. Nasib baik la aku bukan suka sangat dengan durian ni. Bau pun dah pening...

the 101 in the huge bucket waiting to be displayed on the shelf

the fresher D24

Mamat kat dalam gambar atas ni tengah start susun durian D24 yang baru sampai tuh. Yang aku makan masa starter tuh bukan durian yang baru sampai. Yang dah agak lama la kot like petang semalam sampai kat stall tuh.

the last course for the day since lunch time is too short, the Musang King

Jeffri sebenarnya nak tunggu durian Udang Merah, tapi mungkin takda rezeki dia kot tengahari ni. Lagipun memang dah malas nak tunggu dah. Dah dekat 1415hrs dah, we're still here in Pandan Jaya. Sorry boss, lambat sket hari ni. Esok dah nak puasa.

Kitorang merasa D24 dengan Musang King je la tengahari ni. Bagi aku yang gitu-gitu je dengan Encik Durian ni, aku rasa Musang King is better than D24 tuh. Dan bagi kaki dan hantu-hantu durian sedunia sekalian, kalau nak makan durian, sila la bertandang ke gerai tepi jalan ni ok. Pergi lunch time pun ok sebab according to my friend, durian ni sampai dari kampung dalam waktu lunch ni la.

Nak kena kasi verdict jugak ke? ok la...

Location: 7/10
Taste: 7/10 ( utk musang king la ni )
Price: not sure, lagipun kawan aku belanja daa...
Cleanliness: 5/10 ( gerai tepi jalan, what do you expect... )


~Esok Puasa!!! Alhamdulillah~

Sunday, August 8, 2010

Community Shield 2010 & My Lovely Jelitas

Assalamualaikum...mula-mula berita sukan!

Chelsea 1 Man United 3

Antonio Valencia, Javier Hernandez and Dimitar Berbatov sealed this memorable win over title rivals from London. Paul Scholes voted man of the match!

Count Dimitar celebrates after scoring United's 3rd goal

Masa aku tgk starting line-up Chelsea & Man United tu, aku rasa Chelsea ada more advantage to win the match. Tengok pulak defender MU pun bukannya regular starter except for Vidic dan Johny Evans. Midfield pun agak lemah. Carrick yang underperformed dan jugak Scholes si kuda tua. Tapi semalam kuda tua yang effective. His crucial long ball to Rooney that led to Valencia's opening goal tuh memang cun. Tu pun aku rasa Scholes patut score goal awal untuk MU tapi dia pergi rembat tinggi gila macam nak convert penalty main rugby pulak. You're forgiven Scholesy.

Masuk je second half, terkejut jugak aku bila Rooney kua, subbed by the most awaited Mexican new signing; Javier 'Chicharito' Hernandez and Dimitar 'Vampish Hair-Cut Looked' Berbatov for Micheal Owen. But the duo combined well. Hernandez was quick. The later was creative as usual.

United looked dangerous in their counter attacking play. And Hernandez finally got his dream debut for United when he comically (as quoted by several dailies) scored the second goal. This time Valencia turned provider to his new teammates. The Mexican ran towards United supporter and kissed the Devils' emblem on his shirt while celebrating the goal. The fans gonna love him for sure!

Chelsea tried to get back into the contest when Salomon Kalou tapped in the loose ball from Van der Sar after the Dutchman failed to clear Daniel Sturridge strike 6 minutes from time.

United keep their heads cool despite Chelsea's attempt to get the equalising goal in the dying minutes. 3 minutes added time shown by the fourth official. And to kill-off the game, United's 'not a pale face Edward Cullen but Count Dimitar Dracula' chipped the ball over Hilario in the second minutes of added time to extend Chelsea's losing streak to fourth game in a row. Nani claimed the assist of this one.

Still, United rule England. No money, no problem!
(photos credit to The Sun UK)

~Hana & Hani~

Ni la dia 2 orang Jelita kesayangan aku dari Penang. Bukan anak mami tau, ni anak mummy dan 'dede'.
this is Kak Nana, lepas di make-up oleh Auntie Malin
and this is her sister, Hani with Auntie Malin tumpang glemer sikit... he he
Saja je snap gambar diorang ni. Masa ni diorang tengah ready nak bertolak balik ke Penang. Mood pun semua nampak ok je. Bukan senang nak dapat pose 2-2 tengah senyum ni. See you during hari raya baybeh!!! Doakan Ayah Joe ni dapat bonus banyak-banyak so that korang jugak dapat benefit ok? Muah muah!

Pasni nak cari gegambar hero team volleyball dari BK pulak.

Wednesday, August 4, 2010

Upcoming Twilight Saga

giler kelakar...
Tgh aku surfing nuffnang punye site, terjumpa pulak aku citer pasal Vampires Suck. Check kat Yahoo! Movies, rupe2nye mmg ada. Terus aku bukak trailer. Adoi... malas nak komen kat sini. Korang tgk le sendiri nanti. Release on August 18th, 2010. Sapa2 yang dah download movie ni, bitau le aku ok!
Poster ni aku amik dari sini.

Tuesday, August 3, 2010

Happy Birthday To My Beloved Wifey

birthday card utk 2010
pemberian dari hero yang teramat macho dan bertubuh sasa lagi berjiwa murni, serta bersahsiah rupadiri...

Assalamualaikum

Pemberian yang tak seberapa untuk kekasih hati yang terchenta. Jimat duit sket tahun ni sebab ada projek resaksa. Aku still berhutang 'birthday dinner' dgn wifey neh. Any idea mana tempat makan yang elok kat KL ni? Sila rekemen kat aku ok...

TQ

Monday, August 2, 2010

Projek TigaHaribulanLapan

akhirnye...setelah berpeluh sampai buku lali sebab panik tak jumpa cari rumah Kak Nani, Alhamdulillah sampai jugak ke destinasi...

Assalamualaikum

Penat betul mencari tempat tuh. Guna Garmin pun pening jugak. Last2 aku berhenti kat tapak bazar remdan stadium Shah Alam, tarik nafas dalam2, start view map kat Garmin tuh betul2, dan akhirnye, selepas hampir sejam, sampai jugak akhirnye aku ke destinasi yang dituju. Sori la kak Nani, den tak familiar area umah kak Nani tuh. Janji kul 6pm ye kak, tapi sampainye dekat maghrib. Nasib baik Cik Alisya, Encik Hafiz and 'Puan Audi' (the cat) were there to greet me! Geram tgk 'Puan Audi' tapi tak sempat nak pegang... :p

Tapi, papepun kak Nani, rumah akak tuh mmg peaceful dan sejuk mata memandang. Terpaksa aa cari property kat area banyak pokok jugak.
amacam? meleleh tak air liur?

Hasilnye??? Hmm, sangat best dan cantik! Tak cukup la, cam kene beli lagi ni. Wifey cakap best dan sedap. Nana the SiL pun suka jugak. Me too!
belum sampai masanye dah dapat dah birthday cakenye?

Amacam? Terliur? Nak order? sila hubungi Kak Nani untuk kek di atas ataupun biskut2 raya yang lain. Eh... ter'promote' pulak. Ha ha ha... marketing officer la pulok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...