Saturday, July 24, 2010

Welcoming Skype To Samsung N140

Assalamualaikum (ni pengaruh baik dari blog-blog yang baik la ni...)

Sebelum terlupa, semalam wifey convert MYR into GBP @ MYR4.94/GBP. Nyesal kan tak tukar masa convert Euro dulu. Banyak tu different.

Aktiviti pagi Sabtu yang best ni dimulakan dengan menunggu kedatangan Encik Fuad; (Liza TIs' BIL). Dulu dia dah datang dah. Refer here. Kali ni dia datang nak tolong bukakkan cover filter A BioAura Water Filter yang aku beli dulu tuh.

Aku dah try bukak sendiri dalam 3 minggu lepas, tapi sebabkan terlampau ketat, aku pun tak berupaya la nak bukak. Wifey bitau Liza, mintak tolong BIL dia datang untuk bukakkan filter tuh bila dia free.

Tadi pun aku tengok Fuad sendiri pun agak berhempas pulas la nak bukak cover tuh. Memang ketat, sampaikan dia terpaksa bukak dan letak atas lantai dapur, pastu ketuk anti-clock wise sampai la berjaya dilonggarkan after a few attempts. Alang-alang dia dah bukak, dia terus cucikan sekali la filter tuh. Memang lagi keruh dari air kat Sungai Kelang dan Sungai Gombak tuh la rupa filter tuh. Terlupa pulak aku nak jadi photographer tadi.

Habis pasal Water Filter.

Wifey pulak nak kena kerja kejap arini. Sambil dia prepare 3 bijik telur rebus dan Chicken Nugget with Cheese untuk breakfast, dia bitau yang Kodsia MJ ada email dan invited dia to join Skype! Wifey mintak aku download Skype kat Samsung ni. Maka pada hari ini, lahir la Skype kat netbook ni. Punya la lambat technology Skype ni sampai kat aku dan Wifey kan. Sedangkan bebudak dan orang-orang lain pun dah sampai ke planet mana dah. Kitorang baru je nak start dengan Skype. Tapi bukannya untuk apa pun, purely for easy communication between friends and family.

Skype is cool!!!

Next chores, basuh kain baju dan jemur. Done.
Basuh pinggan mangkuk. Done.
Buang sampah. Done.
Sapu lantai dan cuci toilet. Done.
Layan Winning 11 kat PS2. Going to... he he he! Done.

Wifey balik kerja, makan nasi ayam. Pastu aku continue layan PS2 sampai la lepas maghrib. Dalam pukul 9pm camtu, kitorang decided nak balik Shah Alam sebab esoknya pepagi lagi sebelum ayam serama dan Cattyjah kat balkoni tu bangun, dah nak kena gerak ke Nilai.

Wifey pulak tak puas menikmati hidangan fastfood kat Popeye last week, ajak aku dinner kat situ lagi. Maka aku pun dengan comot-comot serabai stop main PS2 di kala MU sedang bermain dengan prestasi yang sangat cemerlang kecuali drop 2 point bila seri 2-2 dengan Ajax. (tu pun main sambil lewa je, tapi yang aku letakkan tu semua 1st 11!)

Sampai kat Wangsa Walk Mall, manusia memang la ramai, nak cari parking untuk Cik Kelly pun kena tawaf WWM tuh 2 kali baru jumpa. Biasalah kan, malam minggu! Masuk Popeye, aku order menu yang sama macam aku order last week. Wifey pulak order fish & shrimps set. Aku punya set tuh boleh dikatakan berbaloi la sebab portion ikan tuh banyak la jugak untuk harga MYR10.00 ++ tapi fish & shrimps set (MYR14.95 per set) tuh aku rasa tak berbaloi sebabnya, kita hanya dapat 1 slice ikan dan beberapa ekor udang yang cute sangat saiznya. Serius tak berbaloi. Better korang jangan order set ni ok! Lain la kalau korang memang kerja chop duit... baik order menu lain ok!

Coleslaw dengan mash potato with gravy diorang sedap! Tu plus point yang aku boleh puji! French fries diorang aku belum rasa lagi. Lagi satu wifey saje je beli cheese tart dalam bekas kecik besar tapak tangan tuh. Sedap!!! Tapi manis sket la..rasa macam icecream pun ada.

Habis makan, kitorang pun balik le ke Shah Alam. Sampai rumah, lepas solat Isyak, terus aku terpengsan lepas baca 2-3 baris berita kat Kosmo.

Tamat la episod hari Sabtu yang produktif!

ZZZzzzZZZzzzZZZ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...