Kelly 3572

Sunday, July 25, 2010

Restoren Amira Seafood, Nilai dan Mimi the cat!

Assalamualaikum

Aktiviti hari ni ialah jenjalan ke Nilai. Gi kedai perabot, gi kedai letrik sebenarnya, tapi kebetulan kat situ jugak diorang jual furniture. Tu yang amik gambar furniture instead of gegambar electrical appliances!

So, what do you think of this 6 seater dinner table? Aku suka corak-corak dia. Harganya kalau tak silap aku selepas discount adalah dalam MYR1,200.00 kot! Cantik tak?


Spoil je sebab takde 8 seater yang design camni kan? Pastu ada 2 drawer untuk cutlery kat bahagian tepi meja tuh.

Yang ni 8 seater tapi kalernye pulak tak meriah macam yang 6 seater tadi tuh. Harge yang 8 seater ni dalam MYR1,600.00 selepas discount.

Jadi, masalah sekarang ni nak amik yang mana satu? Dan ongkosnye ada ke tak? He he he...

Dah penat otak pikir pasal meja dan kipas yang takde dalam gambar ni, perut pun berbunyi-bunyi tanda dah kelaparan. Kebetulan satu row dengan kedai perabot tuh ada Pizza Hut, Kentaki dan Secret Recipe, nafsu makan tetiba je membuak-buak! Aku ikut je la memana wifey, Nana dan mak masuk.

Finally diorang masuk la satu kedai kat end lot rumah kedai tuh. Restoren tuh nampak cantik la jugak dekorasi kat dalamnye. Cuma lantai je nampak kurang bersih. Aku order mee goreng basah dgn telur mata kerbau. Wifey pun order mee goreng minus the telur. Mak dan Nana pulak order beehun ke mee bandung aku dah lupa dah.

Bila menu yg dipesan sampai, kitorang pun start le menjamah. Dan sebaik je semua dah dapat first taste of the meal, semua macam cakap masakan diorang sedap dan ada rasa! (memang betul pun sedap!)

Sekarang part yang kureng sket la selain dari tahap kebersihan. Bila Nana gi bayar kat kaunter, terkejut giler sebab total untuk 4 orang dewasa tuh makan dah jadi MYR29.00. Tengok kat dalam menu masa order tadi, average price untuk semua mee-mee yang diorder tuh dalam MYR3.50 - MYR4.50 la. Patut amik gambar menu diorang sebagai bukti kan. Keh keh keh (harap-harap kalau pihak Restoren Amira Seafood terbaca entry ni, please la ubah harge menu tuh ke harga yang betul untuk kebaikan semua pihak semasa nak bayar nanti..he he he)

Bila Nana dah bitau kitorang pasal MYR29.00 tuh, terus wifey bukak balik menu tuh dan kire balik. Sah!!! kalau berdasarkan price dalam menu tuh, memang jauh lagi nak cecah MYR29.00 tuh. Nana pun gi balik ke kaunter tuh sambil bawak menu nak tunjuk kat cashier tu la. (berkobar-kobar betul adik ipar aku sorang neh!!! Bravo! Bravo!)

Tak tahu la apa dialog sepenuhnye kat kaunter tuh, tapi according to Nana, cashier tuh cakap harga yang dipaparkan kat dalam menu tuh harga lama! Harga yang dia kira tadi adalah berdasarkan harga baru. Pastu Nana tanya lagi, berapa pulak harga baru utk semua hidangan tadi? Cashier tuh cakap ada pertambahan dalam MYR0.50 la untuk setiap hidangan dalam menu tuh.

Nak dipendekkan cerita, (kes ngantuk la ni...), Nana mintak cashier tuh kire lagi sekali, tapi cashier tuh taknak. Tak silap aku cashier tuh pulangkan balik duit kat Nana dalam beberapa ringgit kot. Ni aku kena confirm balik.

So, kalau korang ada pergi ke Restoren Amira Seafood ni, masa bukak menu tuh dan masa nak order, baik tanya waiter tuh betul-betul pasal harga tu ok? kalau tak nanti jadi la macam dalam story aku ni. Mana la tahu diorang dah naikkan harga kan. Ni baru our first dine kat sini. Maybe harga menu dah berubah sejak minyak dah naik MYR0.05 aritu kot! :)

Lepas aku google balik restoren ni, baru la aku dapat tahu yang tempat ni dah masuk dalam rancangan JJCM TV3suku tuh. Credit to Norseila as well sebab letak gambar restoren ni dalam blog dia.

Restoren Amira Seafood
Jalan BBN1/1, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, N9.
(2 48'51.54"N 101 47'49.75"E)


Meet Mimi the cat, still comot sebab belum pernah mandi dan jumpa vet lagi...

Ni pulak Mimi, anak Lucy. Actually sedara dia, Messi ada, tapi punya la shy-shy cat. Susah nak tangkap. Tak mesra rakyat kucingnya. Mimi ni manja sket. Baru nampak aktif, gurau-gurau gigit tangan aku dan main lompat-lompat nak grab langsir kat dinding.

Mimi ni pun sebenarnya camera shy jugak. Penat la pujuk nak ajak bergambar ni. Agaknya Mimi selalu dengar orang-orang tua cakap yang kucing ni tak elok diambil gambar, nanti pendek umur. Nauzubillah. Don't worry ok Mimi. Nanti bila free kite gi visit vet kat Melawati ok?

Mimi ni jugak la yang sekarang ni sedang diusha oleh Bubut, kasanova Kampung Changkat in the making. Dah banyak kali jugak la si Bubut ni kantoi dengan aku. Dia nak cuba apply teknik mematahkan tengkuk kat si Mimi ni. Nanti kalau Mimi dah besar sket lagi, sure Bubut akan cuba mengambil kesempatan untuk membuat sumbang mahram!!! Bahaya ni bahaya!!!!

2 comments:

Anonymous said...

I Blacklist kedai ni. I dinner -Siakap stim limau (kedai tk timbang..-ikut saiz-big n kecil - I pilih kecil), telur bungkus 1,sup cendawan1,air tembikai saiz biasa 1,air suam 1,nasi 2 plate= RM47! In d car,husb kata ikanRM25 coz kecil.habis tu Yg lain berapa? I tk puas hati..I keluar keta n see d cashier n da lain plak..girl tu kata ikanRM35..I said ikan I kecil..then she said she salah ckp kt my husb n gave meRM5 dia kata ikan tu RM30..apa ni?? suka-suka caj..TK CHCK SIZE IKAN!kejadian ni jadi bulan 12 hari tu.

Mijoe said...

salam Puan Anon,

saya pun memang dah tak pergi dah kedai ni. Tak berkat berniaga kalau camni... layan ayam kampung salai kat Batang Benar tuh lagi best... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...