Kelly 3572

Monday, July 12, 2010

Netherland 0 Spain 1

Akhirnya, tamat la edisi FIFA World Cup South Africa 2010 awal pagi tadi. Spain berjaya menjadi juara baru pertandingan bolasepak terbesar di dunia ni. Aku rasa memang diorang layak la. Ikutkan ranking FIFA sekarang ni pun, Spain kat tangga ke 2 di bawah Brazil. Sebelum tu, memang Spain berada di puncak ranking ni sebelum Brazil merampas balik kedudukan tuh. Andres Iniesta jadi hero bila dia score that golden goal a few minutes before the end of 30 minutes extra time. (Aku tak tengok pun... keadaaan kesihatan yang tak mengizinkan).

Antara Spain dengan Netherland, aku lebih sokong Spain la rasanya. Tapi sekarang ni kat Europe, Germany akan jadi team favourite aku. Salah satu sebabnya ialah keratan akhbar kat atas ni. Masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu didedahkan bahawa Germany ni ialah negara yang jahat; banyak tengok TV series, Combat la ni. Propaganda US dan Yahudi menjadi ke atas budak kecik macam aku ni dulu. Tapi sekarang, sedikit demi sedikit, diorang susah la nak tipu aku hidup-hidup.

Nak kena cari citer Schindler's List tu.

Sambung balik pasal bola. Germany berjaya menduduki tempat ke 3 selepas mendudukkan Uruguay 3-2. Sami Khedira jadi hero bila dia score goal kemenangan di akhir-akhir perlawanan. Takde la akhir sangat, dalam minit ke 80 lebih tak silap aku. Aku memang dah tak larat nak tengok game tu sebab penat driving petang Sabtu tuh tak hilang lagi. Pastu before game tuh, cadangnya nak tidur kejap, tapi gi layan Farm Frenzy 2 pulak. Pastu layan Ridzuan punya free tutorial pasal Flight Plan, LIDO Charts, Lufthansa punya product (best ooo...wpun aku tak 60% paham plus ngantuk).

At last aku tengok game Germany Uruguay tuh sampai la before halftime je. Masa tu 1-1. ZzzzZzzzZzzz...

Next world cup kat Brazil 2014 aku rasa FIFA akan gunakan video technology to assist the referees. Good and fair to all!!!

Sekarang nak sambung balik tumpuan kat MUFC!!! Tunggu le Old Trafford and Carrington, i'll be there soon, InsyaAllah!

2 comments:

roydotcom said...

Salams, time kasih sebab letak blogroll kat blog ko...dapat referral list dari wordpress. BTW Do I know you? Macam tak kenal je..

Kelly Chantek said...

salam Zairul..

ni KC. Aku sebenarnye secara tak sengaja terfollow your blog. Ni semua gara2 nak berjalan jauh la ni. And, mmg aku pun tak kenal kau jugak..so kirenye ni baru nak kenal la ni..he he...

pasal kau punye blog tuh, mmg best la, specially part nak travel tuh. Good info! Thanks bro! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...