Thursday, July 15, 2010

Minyak Naik Minyak

Dari tengahari tadi lagi big boss aku menyebarkan rumours ni, harga minyak nak naik lagi mulai tengah malam ni. Hmm, dah lama aku tak dengar harga minyak petrol naik ni. The best part is, harga petrol ni kononnya nak naik MYR0.30 per liter!!! Banyak tuh. Harap-harap ni khabar angin je la. Imagine kalau betul, esok lusa sure harga barangan lain pun akan terjangkit sama. Sampai barang yang takda kait mengait dengan petrol pun nak naik jugak.

Atas dasar keperihatinan, maka aku pun berusahalah memberitahu beberapa kroni pasal rumours ni. Maka terkejut kucing la semua kroni yang berjaya dihubungi.

Petang ni pulak sebelum balik, boss aku sekali lagi sebarkan berita yg sama, cuma kali ni lebih spesifik; RON97 je yg mungkin naik, dan jugak RON95 mungkin la naik MYR0.05 per liter. Kalau camni, sejuk la sket telinga yang mendengar ni. Takde la kena heart attack (nauzubillah) kan tetiba je nak belasah naik MYR0.30.

Teringat pulak famous quote dari barisan kepimpinan negara yang selalu cakap macam ni bila ada petrol price hike;

- kita akan pastikan kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat

- harga petrol di negara kita ini masih lagi yang terendah di kalangan negara-negara jiran kita

Papepun, kite tunggu je la esok pagi, atau malam ni kita usha la petrol station nearby. Kalau nampak kereta beratur lain macam je tuh, maknanya betul la tuh kot. But still, hopefully it's just a false alarm.

------------------------------------------------------------------------

updated

Dah bukan false alarm! RON95 mmg naik MYR0.05 per liter. So sekarang, harga baru dah jadi MYR1.85. Gunalah petrol dengan lebih bijak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...