Friday, July 30, 2010

Again...


video
Assalamualaikum

Hari ni, tren buat hal lagi. Mogok. Takmo jalan. Gaji tak cukup kot. Staff RapidKL tak bagi tren makan secukupnya kot. Sudahnya, aku dan beribu-ribu lemon yang lain sampai opis lambat. Aku masuk tren at 0825hours camtu la, tunggu punya tunggu, dekat sejam lepas tu la baru tren dapat jalan. Berdiri la aku dengan penuh setia dan bangganya dalam tren tuh sampai la normal service resumed. Aku sampai kat meja aku pun dah 0955hours. Malu 5 minit je nak kul 10 pagi kan...penat giler. Wifey pun called aku tanya pasal train sebab officemate dia pun sampai lambat angkara tren pagi ni... he he he!

Khabarnya, platform yang problem tuh kat Stesyen Masjid Jamek ke Stesyen Pasar Seni. Wallahualam. Kita tunggu laporan rasmi kat newspaper nanti.

Sempat la aku memvideorakamkan keadaan masa kejadian berlaku...ntah apa-apa punya video!


~Al-Quran Online~

Ni ada satu link yang menarik yang diemail oleh Saidi of Bursa Malaysia pagi tadi. Elok la kalau dipasang selalu. Siap ada translation pelbagai bahasa. Reciter pun boleh pilih nak suara siapa. Senang citer check it out kat sini ok kenkawan! Semoga mendapat berkat, specially di bulan Ramadhan yang dah nak hampir tiba ni. Tapi, kalau boleh, pasang la setiap waktu, jangan la tunggu bulan Ramadhan je baru nak pasang kan.

~The Sorcerer's Apprentice~
wifey ingat show at 2215hours, masuk-masuk takde orang lagi. So kita posing untuk ruangan berkenalan majalah mangga dulu...


Saje je walk-in to TGV, tengok citer apa yang available. Mula-mula terasa nak tengok Inception ataupun Garam, tapi semua tiket dah kehabisan dan kalau ada pun memang seat row A je tinggal. At last, ternampak citer TSA ni je yang available with seating row C ada lagi 2. Ok kot. Belasah je la.

Bila dah masuk hall 7 tuh, tengok row C memang dekat la jugak dengan screen. Tapi nasib baik la kitorang tak dizzy-dizzy fly.

Citer ni memang best jugak la. Sesuai kalau family dengan anak-anak kecik datang tengok, or beli DVD haram tengok kat rumah beramai-ramai. Adventurous, comedy, romantic and futuristic. Salah satu lagu dari soundtrack filem ni yang agak menonjol ke'best'annya ialah lagu Secret dari band One Republic. ( Najib dapat ilham 1Malaysia tuh dari band ni la agaknya kot...he he he)


~Al-Fatihah~

Ayah kepada colleague aku kat opis (Masrina) telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 2100 hours. Puncanya, aku diberitahu oleh Mas Aida ialah sesak nafas. Nanti aku double check balik dengan kenkwan later.

Aku dapat sms daripada Mas Aida masa aku dah pun beli tiket TSA dan aku baru je masuk A&W untuk dinner dengan wifey before proceed to the hall. Kalau belum beli ticket tu, maybe la aku sempat ziarah ke rumah arwah yang kebetulan agak dekat dengan rumah aku ni.

Semoga arwah ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Dan semoga kawan aku tuh bersabar dan tabah dengan ujian Allah ini. Amin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...