Tuesday, June 1, 2010

Hari Ulangtahun TUDM Ke 52

aku tahu sapa amik gambar ni, mamat yang tak join formation tuh...ni la masa aku dengan Jeffry ternganga kat tingkap office; skodeng diorang ni lalu betul-betul atas bumbung opis aku...
Dah seminggu aku perasaan diorang ni selalu buat rehearsal kat ruang udara Klang Valley ni untuk preparation for today. Tetapi, yang aku musykilnya, yang selalu flyover my parent's house ialah Hawk dan MiG-29.

Bila aku dah standby kat tingkap office aku pagi ni, aku dikejutkan oleh kehadiran 10 bijik Su-30 MKM dalam formation yang cantik. Tapi gambar yang aku paste kat sini bukan la dari kamera aku la. Aku cilok dari kenkawan kat forum Panggilan Pertiwi. He he, sorry ek Afiq Flanker, den pun gila dengan burung besi ni, meleleh-leleh air liur tengok gambar Suk's kat forum tuh. Pasni kau akan jadi kroni aku la Fiq!!! He he.. ada masa nanti kalau aku balik Kelantan, boleh aa aku singgah kau punya fighter town tuh.. okey bro?

Bila la nak dapat model Sukhoi, MiG dan Hornet ni ek...
Ni la formation Sukhoi masa lalu betul-betul atas bumbung opis aku pagi tadi, around 1030 hours. Sebenarnya ada 10 bijik, tapi lagi satu tu eksyen gamaknya, takmo masuk formation yang 9 bijik ni. Tapi papepun, ni la first time in my life aku dapat tengok 10 Sukhois sekali gus. Perghhh!!! I'm speechless!!! Ternganga aku dengan Jeffry kat tingkap office...

Totally a priceless experience.

Looking forward to Sungai Besi AB open day in conjunction of RMAF 52nd Anniversary this coming June 20th, 2010 if i'm not mistaken.

(the top two photos taken from TUDM website)

1 comment:

anak merdeka said...

preparation untuk hari tu memang penat....crew masuk base kul 4 pagi untuk pastikan semua berjalan lancar... rehearsal buat tiap2 hari tapi tak semua la yang airborn... time D-Day je semua naik ( 10 buah ). masa D-Day tu....tepat jam 0900 semua 10 buah naik....time tu ruang udara sekitar base memang bergegar la coz for the first time 10 buah fly...biasa yang fly 2 buah je... lepas buat flypass kat Sungai Besi...semua ciksu p jalan2 buat flypass di Kuantan n Terengganu.. dalam kul 12 baru balik ke Gong Kedak.....airport KB ade request suruh ciksu wat flypass kat sana tapi keadaan tak mengizinkan... low on gas time tu...huhuhu...ciksu yang ke 10 tak masuk formation coz yang tu act sebagai pesawat sokongan...kene la standby kalo2 ade yang kat dalam formation tu rosak ke ape ke...hehehe...yang no 10 tu jugak bertindak sbg jurugambar...hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...