Sunday, May 9, 2010

New Stock


another 24kgs of Blackwood Adult Cat Food


Selama ini, kekucing korang makan 'biskut' brand apa? Ke diorang makan nasi campur ikan rebus je? Dulu masa aku kecik memang la nasi gaul dengan ikan goreng je menu untuk kekucing aku. Kenkadang mak aku rebus ikan untuk digaul dengan nasi tuh. Berebut-rebut jugak kekucing aku makan masa tuh.

Zaman sekarang ni, most of the cat owners akan feed the best premium cat food available in town for their lovely pets. Tapi sebenarnya bergantung jugak pada poket tuan kucing tu la. Kalau setakat Smartheart beli kat Pasaraya Ong Tai Kim kat Gombak dan Sentul tuh ok la, murah. Tapi khasiatnya tak sama dengan premium imported cat food. Kena pulak dengan brand yang famous amos macam iAMS, Royale Canin dan Science Plan. Harga pun hampir dua kali ganda dengan Smartheart tuh. Takpun lagi mahal. Smartheart tuh antara yang termurah kalau nak dibandingkan dengan makanan kucing yang setaraf dengannya seperti Friskies dan Whiskas.

Aku berkenalan dengan Blackwood ni sejak aku terjumpa product tuh dekat forum PetFinder. Setelah mengambil sample Blackwood tuh dari wakil penjual BW tuh, dan kekucing aku memang makan dengan berseleranya, maka sejak tu la aku order sekampit or seguni Blackwood seberat 24kg tuh. 24kg tuh untuk 2 bulan ok! Huih sungguh la eksyen kucing aku dapat makan best-best dan berkhasiat pulak tuh. Patut la banyak kucing aku yang lebih sihat dan hensem dari aku yer...

Kalau korang cat lover nak tahu lebih lanjut, jenguk-jenguk la forum PetFinder tuh ok.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...