Friday, May 21, 2010

Lerk Thai at AEON Setiawangsa

Hari ni wifey beria-ria nak belanja aku makan kat restoren masakan Thai kat Jusco a.k.a AEON Setiawangsa. Balik keje, macam biasa la, wifey tunggu aku kat Stesyen Setiawangsa dan terus ke lokasi dinner malam ni.

Wifey dah pernah dine kat Lerk Thai ni sebelum ni dengan her colleague. Dia cakap sedap. Aku takde masalah. He he.

Tengok dari luar mmg cantik la surrounding outlet ni. Kene pulak landscape Jusco ni pun mmg unik bagi aku la. So, sapa2 yang belum pernah sampai ke Jusco Setiawangsa ni, sila la berbuat demikian. Promote la pulak! Jusco takmo kasi hadiah or complimentary gift ke kat aku???

Berbalik pada Lerk Thai ni. Bahagian dalam restoren ni nampak cozy dan cool je. Describe je, gambar interior restaurant tuh takde pulak. Amik gambar meal yang dipesan je.

Aku sebenarnya memang suka masakan Thai ni. Tapi aku tak tahu la sebab apa aku tak excited sangat dengan taste Lerk Thai ni. Maybe selera aku tak leh masuk dengan cara masakan or recipe diorang kot. Nak tahu sedap ke tak, korang la pulak pergi situ ok?

ready to eat?
aku suka landscape ari pancut ni, budak2 kecik lagi la suka...


Selamat mencuba!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...