Sunday, May 30, 2010

Aircond Station


check aircond gas available dalam Kelly's aircond system; 0.18/0.50kg

diagram about how the system works

bukak dashboard untuk cuci cooling coil

Setelah 5 tahun dan 6 bulan, akhirnye pada hari ini, Cik Kelly telah pun dihantar ke klinik pakar aircond. Setelah aircon mula buat hal baru-baru ni. Dan setelah aku 'menyurvey' kat net dan feforum pasal aircond ni, aku terjumpa la satu posting kat forum mesra.net yang 'mengsuggest' aku try service dekat Aircond Station, Section 7, Shah Alam.
flushing aircond oil yg dah kotor

Yang menariknya pasal workshop ni ialah, pemiliknya ialah orang Melayu. Jarang sangat aku jumpa workshop kete milik orang Melayu ni, especially kat area Klang Valley ni. So, why not, give it a try. Mana la tau hasilnya memuaskan?

any problem regarding your car air condition system, please visit this outlet!!!

Hasilnya? Aku sampai kat workshop tu dalam kul 11 am la. Kebetulan masa tu memang tengah takda orang, ye la, pagi Ahad kan. Biasanya banyak kedai atau workshop tutup. Tapi sebab dah janji dengan Dahari ( boss a.k.a owner ) tu yang aku pergi gak tuh. Lagipun, aku tak sanggup la nak biarkan wifey berpanas-panas dalam Cik Kelly lelama sangat kan.

Dipendekkan cerita, dekat kul 3pm baru Kelly selesai dikerjakan oleh Dahari and his assistant. Tu pun belum betul-betul settle lagi tuh. Receiver dryer kene tukar (MYR50). Hari ni takleh tukar sebab barang tu takde, dia kene beli dan kedai yang jual tu pulak tutup arini. Aku kena la pergi lagi sekali minggu depan kot.

Hari ni diorang buat flushing minyak dalam aircond system tuh, memang dah pekat colour nya macam minyak masak cap buruh! Pastu gas pun tinggal 180gram je lagi. According to Dahari, for a car like Kelly and her class, patutnya kandungan gas tu should be around 450 to 500 gram. Ok, at least I'm learning something here okay! Another thing is diorang cuci cooling coil Kelly kat bawah dashboard tuh. Sempat la aku tengok hasil habuk selama 5 tahun lebih ni yang melekat kat coil tuh; macam vacuum cleaner yang tak pernah dibuang habuk! Sebab kereta in Kelly's class takde filter macam kereta-kereta mewah. Penapis ni terletak dekat dengan cooling coil.

Untuk hari ni, aku habiskan MYR300.00 untuk service aircond Kelly. Dan aku rasa berbaloi. Lagipun ni first time aku service aircond Kelly. Minggu depan another MYR50.00 for receiver dryer. On the way balik, memang sedap la aircond Kelly tuh. Cuma new problem arised; radio FM tak dapat detect any signal, pasang MP3 modulator ok je. So, minggu depan aku nak mintak Dahari checkkan balik. Takut ada yang tersilap teknik masa nak bukak dashboard nak cuci coling coil tuh.

Solution untuk radio FM tu rupa-rupanya, aerial tuh tak connect dengan radio. No wonder la radio tak dapat detect signal on air. Fixed at no charge!

Reminder, please service your car air condition system every 30,000 kilometers!!!

PERHATIAN!!!

PENULIS TIDAK MEMPUNYAI KEPENTINGAN DALAM MEMPROMOSI KEDAI SERVIS HAWA DINGIN KERETA DI ATAS. DAN JUGA TIDAK MENDAPAT ATAU MENGHARAP APA-APA KEUNTUNGAN DARIPADA MANA-MANA PIHAK SEKALIPUN. NIAT PENULIS HANYALAH UNTUK MEMBANTU SETELAH BERPUAS-HATI DENGAN LAYANAN DAN HASIL KERJA YANG DITERIMA DARI AIRCOND STATION. TERIMA KASIH DAN HARAP MAKLUM.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...