Friday, April 23, 2010

Ular & Wendy's


pasangan bahagia yang memekak kat Jusco malam tuh...

Plan asalnya singgah JJ AU3 ni nak solat maghrib je. Tapi lepas solat maghrib, aku tertarik plak tengok ada aktiviti kat concourse shopping mall tuh. First sekali aku ternampak ada mamat duk pegang ular sawa dewasa. Siap biarkan ular sawa tuh melepak-lepak dan melingkar atas badan mamat yang tengah pegang tuh. Aku dan wifey pun interested nak close-up dengan reptilia makan orang tuh. Wifey interested nak pegang dan rasa badan ular tuh je. Aku plak 50-50 samada nak pegang or nak buat macam mamat-mamat tuh buat. Finally wifey dapat pegang badan ular tuh, aku pulak dengan mengontrol rasa cuak dan konon-konon macho pun suh la mamat-mamat staff Zoo Negara tuh letak ular sawa batik tuh atas belakang aku. Gambar aku dengan si sawa tuh ada kat sini. Pergh, cuak betul sebenarnye, tapi kene control sket la sebab ramai orang tengah berkerumun tengok mamat tulang baru balik keje cuba mengofferkan diri untuk jadi santapan ular tuh.

first time makan kat Wendy's

Lepas aktiviti pegang ular sawa batik, ular tikus( kecik cam ular lidi ) dan tengok-tengok burung kenyalang dan lepas wifey melayan tarikan Body Shop, kitorang gi dinner kat Wendy's. Actually aku memang dah lama planned nak dine kat situ sejak aku ternampak iklan Wendy's kat local dailies yang tengah promote 3 layer melted cheese and mushroom burger. Memang meleleh-leleh air liur aku tengok burger tuh dan akhirnya, impian aku terlaksana jugak malam ni. Wifey pun first time makan kat Wendy's ni. Happy aku dapat introduce Wendy's ni kat wifey.

wifey had garden salad with grilled chicken, banyak betul isi salad dengan ayam tuh...

aku order Mushroom melted cheese double punye combo MYR16.49

Tengok ni, burgernya tak la besar sangat, tapi bila dah dibukak, hmm, bau cheese yang tengah panas dan cair tuh dengan bau daging burger tuh...hmm, perghh, tak terkata la. Teringat-ingat sampai sekarang woo. Tapi secara total, aku conclude yang Wendy's ni memang best daripada Burger King, McDonalds, maybe setaraf dengan Carl's Junior dari segi rasanya la. Price memang murah daripada Carl's Junior tapi lebih la daripada McD and Burger King.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...