Kelly 3572

Sunday, April 25, 2010

PRK Hulu Selangor

Sebenarnya, aku bukannya suka sangat nak berceloteh pasal politik ni. Perkara ini merupakan satu isu yang sangat sensitif di Malaya ini. Silap karang cerita, badan bakal merana. Maklumlah, ada orang yang tidak boleh dikritik. Kritik je lepas tu mesti menangis, mengadu. Silap-silap meraung macam anak kecil tidak mendapat robot dari siri kartun Transformer di kedai mainan.

Saja je aku nak bagitau kat sini, parti besar yang kaya raya tu akhirnya berjaya jugak menang PRK yang ke 10 ini, berkat 'usaha gigih' mereka yang pagi petang siang malam tanpa jemu menabur janji dan menabur beribu-ribu lemon ke kawasan-kawasan yang terlibat dalam proses membuang undi. Tahniah diucapkan. Kesian dan malang sungguh parti miskin yang tidak mempunyai harta itu. Kalah jugak akhirnya.

Apa yang hebat sangat pasal PRK ni? Oo, lupa, ini pertandingan untuk merebut kerusi Parlimen negeri yang paling kaya di Semenanjung Malaya. Tak tahulah dah berapa billion Ringgit agaknya si kaya itu dah 'pendek' sejak si miskin berjaya merampas tampuk pemerintahan negeri Selangor ini ya. Hasil dari negeri Selangor ini mungkin telah diurus tadbir dengan cara yang berbeza sejak si miskin memerintah berbanding dengan cara pemerintahan pemegang tampuk sebelum ini.

Tapi sayang sungguh si miskin tidak mampu menandingi kekayaan si kaya yang sungguh amat kaya dan mewah itu. "Kau ikut aku, aku belanja kau ais-krim sampai muka kau jadi macam batang ais-krim tuh nak tak? Kalau kau nak b*** pun, aku akan bagi kau b*** sebanyak mana yang kau nak! Jom, jom, jom, jom, jom ikut aku!" Cenggitulah agaknya bait-bait ayat si kaya yang sungguh tiada pegangan hidup itu. Kuasa itu penting. Dan wang itu adalah senjata utama.

Maka peminat ais-krim dan b*** pun bersetuju bukan dengan sebulat suara lagi dah, tapi dengan semua bentuk fizikal suara yang wujud di dunia ini untuk mengikut orang kaya itu. Bagi aku, lantaklah apa nak jadi. Apa yang penting, bila disoal di akhirat kelak, aku dah menunaikan kewajipan aku sebagai umat Islam untuk memilih orang atau pertubuhan yang lebih menitikberatkan bukan saja soal duniawi, tetapi, soal di belakang hari nanti.

Mesti lagi banyak 'pendek' saku si kaya itu. Tak pasal-pasal, semua pemegang kad kredit dipaksa sedekah sekurang-kurangnya MYR25 seorang untuk mengisi semula tabung si kaya yang sungguh baik itu.

Keputusan aggregat setakat PRK-10; Kaya 3 Miskin 7!
Wallahualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...