Tuesday, April 27, 2010

Pak Ngah Meninggal Dunia

Aku dapat berita ni dalam pukul 10.45pm. Wifey pun tak berapa sihat. Aku pulak still kepenatan. Baru je plan nak rileks-rileks layan citer Bella tuh. Memang agak terkejut la jugak dengan pemergian Arwah Pak Ngah atau nama sebenarnya mengikut IC; Mohetar @ Mokhtar Bin Mohamad.

Arwah Pak Ngah meninggal dunia di kediaman beliau di Seksyen 18, Shah Alam. Arwah sebelum ini terkena strok kira-kira 2 tahun lalu kalau tak silap aku. Tapi keadaan Arwah sebenarnya telah beransur sembuh dan sihat dari segi fizikal dan juga pertuturan. Mengikut apa yang diceritakan oleh Mak Ngah, Arwah jatuh tersungkur ke atas meja makan ketika baru saja selesai makan malam bersama kaum keluarga.

Arwah diangkat masuk ke dalam rumah untuk dibaringkan sambil Mak Ngah memangku kepala Arwah untuk dibuat apa-apa yang patut seperti diajarkan mengucap kalimah Syahadah. Mak Ngah jugak menitikkan air zamzam ke dalam mulut Arwah dengan harapan ada reaksi positif dari Arwah. Tetapi, Allah lebih sayangkan Pak Ngah. Ambulan dari HTAR Klang pun dipercayai tersesat jalan dan hanya tiba di rumah Arwah kira-kira sejam kemudian. Aku rasa Arwah Pak Ngah pergi dalam pangkuan Mak Ngah. Sedih aku tengok Mak Ngah.

Sedih jugak bila dapat tahu Wana, anak Arwah Pak Ngah akan melangsungkan majlis pertunangannya pada 8hb Mei ni. Majlis kemungkinan besar terpaksa ditunda ke tarikh lain yang belum ditetapkan.

Aku dan wifey bergerak terus ke rumah Arwah Pak Ngah kira-kira jam 11.30mlm.

Semoga roh Arwah Pak Ngah sentiasa tenang dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman, Amin. Al-Fatihah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...