Kelly 3572

Sunday, April 25, 2010

Berjalan-jalan Ke Damansara

Inilah tempat yang kami lawati petang Ahad minggu ini. Sebagaimana topik pos di atas, foto ini saya rakamkan di Damansara. Untuk lebih spesifik lagi, di IKEA. Pasti ramai di antara pembaca yang terbaca blog saya ini tidak percaya dengan apa yang telah saya katakan sebelum ini. Kepada pembaca yang arif tentang kawasan sekitar dan telah biasa keluar masuk IKEA, sudah tentu mereka dapat mengenal pasti di bahagian mana foto ini dirakamkan.
Tak banyak barang yang kami beli dari IKEA pada kali ini. Itupun isteri saya yang begitu beria-ia untuk ke sana. Walaubagaimanapun, saya sempat melihat beberapa barang yang menarik perhatian saya untuk dibeli. Antaranya adalah, Stool With Storage, Laptop Cushion, Mini Fold-able Table dan Glass Cabinet. Nampak gayanya, saya terpaksalah mengumpulkan duit daripada sekarang. Saya pasti, kunjungan saya ke IKEA selepas ini akan menyebabkan barang-barang yang saya sebutkan tadi akan berhijrah ke rumah baru mereka!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...