Tuesday, March 23, 2010

Adoi Tren Rosak

Hari ni aku kua rumah dah agak awal dari biasa. Kononnya nak sampai opis lebih awal la. Dah sampai stesyen Wangsa Maju, naik ke platform, jap lagi sampai la 4 coaches train. Pastu jalan. Orang tak la ramai sangat sebab tren tu 4 coaches, leh accomodate more passenger.

Tetiba je bila dah nak sampai stesyen Damai, black-out, air-con off automatically, ye la sebab power dah off. Pastu bunyi cam ada something meletup kat one of the coaches tu. Semua manusia dalam tren diam seribu bahasa. Pastu plak ada bau hangit. Ada orang siap nampak asap lagi kat luar tren tuh.

Technician Putra pun nampak berkeliaran kat luar tren. Dia suruh passenger bukak tingkap kecik supaya kitorang can breath. Pastu nampak semua orang di suruh keluar dari tren melalui satu pintu yang diorang force-open. Bila semua keluar, penuh la platform tuh. Berdiri je tak tahu nak buat apa. Nampak cam besar jugak poblem ni. Aku call Zali cakap la pasal tren ni tengah buat hal.

Tetiba je ada wartawan datang interview manusia-manusia yang kat atas platform tuh. Agaknya wartawan tuh naik tren jugak kot. Pastu ada announcement suh passenger turun dari platform sebab tren tuh mungkin amik masa yang lama untuk di settlekan. Bas akan disediakan, kata security guard Putra tuh. Ramai ler orang turun dan berdiri tunggu bas yang dijanjikan. Aku tak turun sampai ke bawah. Aku tengok ada je orang tak kua dan menaruh harapan tren akan resume its service.

Tren yang rosak berjaya dialihkan. Tren yang dari arah Ampang Park pun dah lalu jugak ke Dato Keramat. Mungkin ada chan service to resume kot. Aku tengok ramai orang naik semula ke platform. Aku naik le balik. Jap lagi sampai la satu tren penuh dari Dato Keramat. Sempat la aku nyelit masuk. Tapi tren tu stop agak lama la sebab ada kesesakan kat stesyen hadapan. Pastu bila dah jalan dan sampai Ampang Park, tren stop lama jugak. Pastu jalan balik sampai le KLCC.

Aku sampai la opis aku dalam kul 0941hrs hari ni...

Dah lama tren tak buat hal kan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...