Thursday, February 25, 2010

Pilot pelatih, nenek maut dalam nahas

GOMBAK: Seorang juruterbang pelatih penerbangan Malaysia (MAS) maut dalam keadaan mengerikan termasuk hampir putus tangan sejurus kereta dipandu dirempuh sebuah lori yang terbabas dan memasuki laluan bertentangan di Kilometer 14, Jalan Lingkaran tengah Dua (MRR2) di sini, malam kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila mangsa, Mohd Hazin Mohd Hafiz, 22, turut menghembuskan nafas terakhir bersama neneknya Halimah Sulaiman, 70, yang ketika itu turut dalam kenderaan berkenaan manakala adiknya, Nursyahhira Mohd Hafiz, 17, cedera parah.


Jurucakap polis trafik berkata, dalam kejadian jam 12.30 malam itu, semua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Melati, Gombak selepas menziarahi saudara mereka di Kota Damansara di sini.


“Bagaimanapun, kira-kira dua kilometer sebelum tiba di rumah mereka, kereta dinaiki mangsa dirempuh sebuah lori tidak jauh dari susur ke Plaza Tol Gombak “Siasatan awal mendapati, kemalangan itu berpunca apabila sebuah lori yang membawa muatan kotak kosong tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan kanan lalu memasuki laluan bertentangan,” katanya.


Menurutnya, lori terbabit yang dalam perjalanan dari Banting, Selangor, menuju Bentong, Pahang didapati merempuh pembahagi tengah jalan sebelum merempuh kereta mangsa yang datang dari arah bertentangan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

ni versi Harian Metro pulak. Lewat jugak kua dalam paper. Pastu byk jugak fakta yg tak sama dgn laporan dalam Malay Mail.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...