Saturday, February 6, 2010

Part-time Maid

Hari ni banyak aktiviti kat rumah sebelum nak balik ke rumah Tokma & Seksyen 6. Penat dari malam tadi pun tak ilang lagi, sebab malam tadi dinner mee segera Adabi yang tarikh expirednya ialah hari ni. Tapi aku rasa ok je. Daripada buang membazir je kan, baik aku settlekan dulu.

- basuh kain and jemur kain
- lap dan cuci standing fan kat master bedroom
- cuci stain kat atas lantai sket where visible
- sapu habuk kat lantai
- clearkan sinki kat dapur

malam ni MU(2) lawan Pompey(20). Aku harap MU tak underestimate Pompey la, ya lah sebab Pompey tengah masalah kewangan dan pastu struggling to avoid relegation. Biasanya team bawahan ni bila lawan dengan top teams macam MU ni diorang punya performance lain macam sket. So, MU kene beware & main cam biasa. Aku predict MU menang la 4-0.

Petang sket aku kua, niat asal nak gi tapau rojak Din Ampang Hilir tuh. Aku siap study garmin map kat notebook aku dulu sebelum gerak tuh. According to blog yang aku baca pasal rojak tuh sebelum ni, lokasinya nampak cam simple je. Tapi bila aku dah sampai area Jalan Ampang Hilir 1 tu, aku tengok takda tanda kewujudan stall rojak pun. Tak meniaga ke arini? or aku salah tempat. 2-3 kali aku tawaf area tuh sampai berapa banyak embassy dah aku lalu, last-last aku chow ke rumah Fama.

Hujan agak lebat petang ni kat KL. Anak-anak Cheeky yang dua ekor tuh still survive. Tapi poor kitten yang kaki dia tuh terjerut tali pusat tuh. Kaki dia dah putus separuh. Sedihnya. Aku tak nampak ada bleeding pun. Hopefully takde infection. Yg leganya, at least dia kudung dari kecik, so that dia akan get used to it, so bila dah besar dia tak la kekok nak buat aktiviti harian dia. Poor little kitten.

Lepaskan kaum kerabat dalam kondo tuh kejap. Pastu terpaksa masukkan balik sebab ujan dan Kaka dah start pancut kat Honda City. Ronaldo pun dah terer pancut dah sekarang. Dah grown up la tu kot.

Aku call Jeffry tanya exact location rojak tuh. Dia bitau stall tuh dekat parking lot Taman Tasik Ampang Hilir rupanya. I was a whisker away from the exact location tu la rupanya. Takde rezeki la hari ni nak belanja family aku makan rojak.Next time la ye.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...