Kelly 3572

Tuesday, February 16, 2010

Panas

Nasi Kukus Ayam Goreng Wafie di Greenwood
Cuaca agak panas 2-3 menjak ni. Maklum la, panas sebab dosa-dosa manusia yang berusaha sedaya upaya nak merosakkan dunia ni. Kalau boleh nak dunia ni rosak secepat mungkin. Tu la jadinya bila duit dah mengaburi mata dan hati.

Ada pokok, tebang semua, ada bukit, tarah semua, ratakan. Rakyat tak dapat dididik untuk menjaga kebersihan sebab orang yang berkuasa lebih pentingkan perkara lain dari perkara-perkara asas sebagai hamba Allah. Tu la jadinya akhir zaman ni. Manusia-manusia yang nama je beragama Islam, tapi mengamalkan cara hidup sekular dan jugak berjaya dirosakkan oleh anasir-anasir Yahudi dan musuh-musuh Islam.

1Malaysia rosak...

Gambar kat atas tu takda kena mengena dengan bebelan sebelum tu. Tu cuma dinner aku untuk malam ni je. Wifey makan nasi kerabu lauk daging bakar.

Ronaldo my cat nampak macam ada masalah bercinta dan gila kuasa sekarang ni. Bila terlepas kejap petang tadi, dia asyik nak lari dari aku je. Pastu marah bila Bubut ajak dia gurau. So, kejap je la Ronaldo dapat menikmati keindahan petang di Kampung Changkat. Sebab aku kondokan dia semula sebelum dia pergi jogging lebih jauh.

Nak cari ubat kurap Bubut tapi takda sebab semua pet-shop still tutup sempena CNY.

Malam ni, AC Milan vs Man Utd, Champions League last 16 first leg knock out stage, kick off at 0345hrs. All the best!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...