Sunday, February 21, 2010

MU Kalah, Meow Day & BioHaruan


Ni la Ops Post Surgery aku yang telah berjaya arini. Aku beli sekotak ni dekat Farmasi Keluarga, Greenwood. Harga MYR16.00 sekotak. Dalam tu ada 3 paket, kiranya dalam MYR5 lebih la sepaket. Aku berjaya la jugak bodek sepaket yang free sample tuh. Ha ha.

Wifey terus cuba sepaket masa dinner kat Gombak tadi. Aku pun rasa sket, ok la taste dia. Takde la hanyir. Aku rasa much better dari Pati Ikan Haruan yang aku beli sebotol dulu kat farmasi belakang OTK tuh. At least my darling takde la rasa loya or hanyir. Boleh la beli lagi lepas ni.

Petang tadi jugak aku beli vitamin kegemaran Didie, kucing aku la, bukan Didi Benami AI9 tuh. Harga yang aku dapat kat kedai Pet belakang OTK tuh ialah MYR32.00. Dulu aku ingat harganya dalam MYR28.00 je. Tapi takpe la, janji meow-meow semua sihat dan terbela.

Suka aku tengok Didie makan vitamin tuh. Aku try feed semua meow-meow aku tuh dengan vitamin tuh except for Lucy & Kaka. Kaka kat dalam kondo, tu yang dia tak join party tuh. Lucy pulak susah nak tangkap. So Didie, Ronaldo, Cheeky & Bubut je yang makan vitamin tuh.

Pastu aku beli jugak ubat kurap dan kudis untuk anak-anak bulu aku tuh. Ynag jadi mangsanya malam ni ialah Didie, Bubut, Ronaldo & Cheeky. Harga ubat tuh MYR5.00. Ok la kot, janji memeow semua sembuh dari kekurapan. Puas hati aku tenyeh ubat tuh kat telinga Bubut & Didie. Ingat lepas ni kalau ada lebih rezeki aku nak bawak diekor pergi vet la pulak for regular check-up.

Next project aku nak sembur ubat kutu tuh pulak. Esok kang aku ingat nak cari ikan haruan pulak kat pasar pagi Greenwood. Dapat sekor dua pun ok la kot, mintak tolong mama bakar ikan tuh dengan daun pisang.

----------------------------------------------------------

Everton 3 Man Utd 1

Kesian betul aku tengok game malam ni. Chelsea menang 2-0 dengan Wolves. Arsenal menang 2-0 dengan Sunderland. Tapi takpe la, baru la lebih thrill bila nak sampai akhir season ni.

Berbatov berjaya tambah koleksi goal dia untuk cuba mengatasi 2nd top goal scorer untuk MU. Tapi kejap je MU score, Everton equalise. Sampai la akhir 1st half. 2nd half pun MU main nampak sangat lemah, specially kat defence. Maybe they all penat tak hilang lagi kot lepas bantai AC Milan arituh. Aku tengok faktor main tengahari dengan Van der Sar kena ngadap matahari masa 2nd half tu contribute to the defeat.

Lagi satu, aku rasa starting line-up tak berapa bagus. Aku rasa aku prefer Nani starting instead of Valencia. Rafael instead of Gary Neville, and not prefer Obertan to replace Park. I think Park did better than Obertan in this game.

Lepas ni, ada midweek game against West Ham at OT. West Ham pun tengah perform bagus sebab malam ni diorg menang dengan Hull City kot. So, MU need to win every game from now on to have the chances of retaining the thropy and breaking history by winning the league in four season back to back. Paling penting, MU kena beat Liverpool and Chelsea.

Current standing after tonite's game

Chelsea 27-61pts
Man Utd 27-57pts
Arsenal 27-55pts

Crucial game for tomorrow, Man City vs Liverpool. Aku harap diorang draw!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...